AFY Haniff: Kempen #JomTukar kepada SWiPEL

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kelmarin cx berkesempatan untuk hadir dan memeriahkan lagi kempen #JomTukar kepada yang lebih selamat oleh AFY Haniff Sdn.Bhd.  Apa yang menariknya adalah, AFY Haniff yang turut serta menyokong padu bersama sempena Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara di Dataran Pantai Tanjung Bidara Melaka telah membawa dan membuka ruang pengenalan kepada para pengunjung mengenai bahayanya racun serangga aerosol kepada sekeliling dan AFY Haniff memperkenalkan SWiPEL sebagai satu langkah terbaik bagi melindungi alam sekitar kita. 

Encik Amirul Firdaus.
Managing Director AFY Haniff Sdn Bhd.

Waima kempen #JomTukar ini masih belum dilancarkan secara rasminya, namun dengan join venture sebegini, AFY Haniff berjaya memberi pendedahan yang baik kepada para pengunjung.  Sempena Majlis Sambutan Alam Sekitar Negara ini, AFY Haniff telah mengadakan sesi penukaran PERCUMA bagi botol aerosol kepada SWiPEL sebanyak 20,000 unit. Ternyata AFY Haniff begitu komited dalam menjaga dan meningkatkan kesedaran para pengguna mengenai bahayanya penggunaan aerosol kepada kehidupan dan alam sekitar. Tahniah AFY Haniff !

Sesi #JomTukar kepada yang lebih selamat kepada SWiPEL AFY Haniff.




SWiPEL merupakan produk inovasi daripada penyembur serangga yang dahulunya dikenali sebagai serai wangi.  AFY Haniff menjenamakan semula dengan penggunaan nama baru iaitu SWiPEL yang kini lebih eksklusif dan dikenali ramai. SWiPEL mampu berfungsi membersihkan dan menghalau serangga dan ianya berasaskan bahan semulajadi, tidak beracun, selamat kepada manusia, haiwan dan persekitaran. Bersesuaian dengan Hari Alam Sekitar yang berlangsung kelmarin, #JomTukar kepada SWiPEL mampu memberi impak yang positif kerana ianya semulajadi dan lebih selamat! 

Sesi kunjungan ke booth AFY Haniff oleh Yang Berhormat. 

Team hebat AFY Haniff Sdn. Bhd

Produk AFY Haniff memang sangat disyorkan untuk penggunaan harian kita kerana ianya lebih selamat untuk manusia, haiwan dan alam sekitar. Tak perlu lagi risau akan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang racun serangga kedalam hidupan harian. Cx memang galakkan korang turut serta #JomTukar kepada SWiPEL ini tau sebab cx pon sekarang pengguna SWiPEL! SWiPEL ini sangat wangi dan berkesan untuk menghalau serangga.  Bila cx sembur sahaja atas permukaan yang dikehendaki, dibiarkan dua tiga saat, kemudian cx lap. Permukaan akan jadi bersih dan wangi.  Tiada lari hurungan semut, lalat dan seangkatan dengannya. Sangat bagus! Cx dah guna lebih setahun. Puas hati sangat! Jom tengok sikit inovasi baru SWiPEL yang telah dipertingkatkan. 

Inovasi Serai Wangi kepada SWiPEL

Penghalau Serangga dan Pencuci
Spray (650ml/375ml/250ml)

Penghalau Serangga dan Pencuci
Pekatan (2L/900ml/500ml)

Minyak Pati Penghalau Serangga
Hanging (10ml)

Penghalau Tikus dan Lipas
Kiub

AFY Haniff merupakan Syarikat yang menjadi hakmilik warisan keluarga.  Produk mereka telah berjaya menembusi beberapa negara asean serta seluruh Semenanjung Malaysia khususnya adalah 100% anak jati tempatan Melaka. 

Jika korang berminat untuk mendapatkan produk AFY Haniff, bolehlah hubungi di talian +6017 566 8141 (Pn Nurul Adilah) atau +606 269 7599 untuk keterangan lanjut. Jom kita beli produk buatan Malaysia! Jom cx belanja sikit video kempen #JomTukar kepada SWiPEL sempena Hari Alam Sekitar Negara.



Facebook: AFY Haniff
Instagram: @afyhaniff_consumer

Jom Tukar kepada SWiPEL
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

20 Comments

cc kak fas said…
Pertama kali dengar produk Swifel ni. Mesti bagus kan?
been so busy seldom go blog walking, glad to know this from you. 1st time to know this brand as didn't use this in household. Now I going to check it out!
Rawlins GLAM said…
Bagusnya usaha sebegini dalam mendidik pengguna agar menggunakan produk yang lebih mesra alam dan juga praktikal serta selamat. Tahniah AFY Haniff
Zaza Iman said…
Produk jenama ni zaza baru je tahu.. Nanti boleh beli.. Kt pasaraya sini tak pasti ada ke tak.. Ada masa nanti blh la zaza usha tgk..
Nina Mirza said…
Bagus laaa kempen dia. Tukar!
Sayangnya nun jauh kat Melaka. Bila nak buat kat KL? Pasti kita join kempen ni..
RAIHANAH AHMAD said…
baguslah kalau ada produk yang mesra alam. kadang orang tak tau kenapa pentingnya pilih produk yang mesra alam. bukan sahaja sebab nak jaga alam sekitar, tapi sebab nak jaga kesihatan kita
Kak Sue said…
Tahniah AFY Haniff.. mesti bau best nie kan. Nanti nak cuba juga lah..
Azlinda said…
Bagus program dia ni, suk a pulak dgn produk ni. Produk Muslim, jom support
Nadia Johari said…
Nampak bgusla produk dia ni..nak cari la nnti..jom la support barangan orang kita
I am Vee said…
Thanks for sharing! Dah tengok kat IG... kalau mereka kat kl.I sure tukar semua!
Saya memang pengguna brand Afy haniff!! Wah sekarang ada Swipel pulak. Sangat bagus. Spray serangga kebanyakannya beracun dan
Lea Azleeya said…
bagus ada kempen cmni.. tahniah AFY haniff..
Cik Puan Ena said…
Ingatkan macam instagram kena swipe left. Haha.. Bau dia ok tak? Kadang tula hidung ni sensitif pulak dengan produk halau serangga ni. Huhu
AhmadiKatu.com said…
owh dah tukar dah namanya ye..aku memang gunakan produk ni seri wangi memang best je baunya. patutlah tgk kat market design lain. ingatkan produk lain. haha
Aerill Hassan said…
kenapa kena tukar nama ke swipel? hehe. saya suka bau serai wangi. nanti nak cubalah produk ni. terima kasih share ya.
bestnya prog macam ni...dapat cuba dengan bekkas lama..sebab kita boleh try guna dulu mana tahu mmg best boleh continue beli kan heheh
Tengkubutang said…
wah.. nama baru ke? sebelum ni nama lain kan? sekarang Swipel lak? bagus gak bunyi dia.. hehehehe.. serai wangi ni selamat digunakan nanti boleh la try
Alia Farhan said…
Xpernah Guna lagi swipel ni.. Mcm best ja. Nnt nak beli satu la try
Balqis Athirah said…
Menarik produk dia. Qiss pun suka kalau produk serbaguna macam ni. Kalau dekat boleh singgah booth dorang kan. Nak juga cuba produk keluaran Afy Haniff ni
Zandra Zane said…
Program kat Melaka ya. Hehe depa tak nak mai Shah Alam ke buat program ni. Nak jugak tengok2 produk apa yg ada. First time dulu pun kawan kita introduce cuma tak pernah nak beli sendiri lagi sebab selalu rembat yg ada kat pasaraya je.