Tips Naikkan Followers Instagram

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Okay kali ini cx nak kongsikan macam mana nak naikkan jumlah followers di instagram. Cx kongsikan tips yang selalu cx buat tanpa jemu . Tapi kadang-kadang jemu juga. Hahaha! Kena konsisten dan istiqamah sebenarnya. Cet! Kemahen istiqamah kan? Hehe siapa sahaja yang tak suka bila jumlah followers makin meningkatkan? Lagi-lagi jika kita buat bisnes.  Memang jumlah follower itu amat penting untuk dapatkan sale yang baik bagi mencapai target. Betul tak? Okay jom!


| Tips Naikkan Followers Instagram |

1. Teknik Artis
Cx rasa, semua orang tahu teknik artis ini . Memang famaous dah teknik artis di kalangan instagrammer. Apa yang perlu korang buat adalah, follow seramai mana yang boleh artis-artis kita di Malaysia.  Kalau nak follow artis luar pon pon boleh tapi followers yang korang dapat tu pon daripada sanalah. Faham? Tapi cx follow dalam 20 orang sahaja sebab memang seronok follow ramai-ramai tapi nak konsisten tu payah. Sebab apa? Okay nanti cx kongsikan di tips ketiga.

2. Teknik Instafamous
Teknik Instafamous ini pon sama sahaja dengan teknik artis, cuma teknik ini lebih berkesan dan seronok sebab rata-rata instagrammer akan follow instafamous. Betul tak? Kadang-kadang itu, instafamous lagi power followers dia berbanding artis. Instafamous sekarang memang menjadi influencer yang sangat gah! Ini serius! 

Teknik Artis

3. Teknik Masa
Okay, ini teknik yang cx nak kongsikan jika korang buat dua teknik di atas. Teknik masa sangat penting tau! Jika buat teknik dua di atas , korang kena buat dalam masa selang dua jam. Maknanya, korang follow bermula jam 14:00 petang, kemudian korang kena tunggu dua jam untuk unfollow semula. Jadi, dalam jam 16:00 petang, korang bolehlah unfollow semua artis dan instafamous tu. Pastu, follow semula. Tunggu lagi dua jam. Buat lagi dan lagi. Haa, sebab tu, cx kata kena istiqamah kalau nak buat. Rajin ke? Hehe

4. Follow orang lain
Teknik akhir ini, senang. Rajin-rajin follow orang lain.  Lagi-lagi orang yang buat bisnes , cx confirm diorang akan follow korang semula. Tapi tak semua okay.  Korang kena tahu juga, jumlah untuk follow orang dalam dua jam pertama adalah 200 sahaja. Tak boleh lebih. Nanti kena block! Hahah Teknik ini tak perlulah unfollow sampai mencecah max following 7,000 akaun instagram.


Okay dah. Cukuplah tips yang ini ya.  Kalau nak tips lagi, meh DM cx di Instagram : @chazaxiaojie sekarang! Nanti cx kongsi lagi. Tapi satu tips RM50. Kah³! Okay gurau.

Semoga Berjaya!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

14 Comments

Ain Athirah said…
Utk org business boleh la guna tips ni. Selamat berbusiness korangg.. Ain dah tak guna ig. Bukan pun sebulan sekali kot haha.

Haluuuu puliss tgok ni ada org nak cas 1 tips RM50 hahahahaha. gurau2 :p
Anak Perak said…
ha ah..org business blh try guna tips ni. tapi kena gigih juga ni. hehe

masa awal2 dulu, ingat IG ni platform utk org yg suka selfie je. skrg?macam2 ado kat ig..siap boleh jadi tempat jana duit.hehe
Mrs Pip said…
Utk yg rajin nak byk2 followers, no harm try teknik ni, selamat mencuba korang ... lagi ramai followers, lagi byk income boleh jana...tak gitu? All the best.
SalinaJohari said…
Nice tips ! Nak try jugaklah .. cuma terkadang tu followers ramai tapi likes sendu . Ape pun tak cuba kita tak tahu kan, nanti ada kelapangan kita cuba ya .. tq sis
mek yunie said…
tk istiqamah. hahah. hari tu buat lepas tu malas. lepas tu mngharapkan tolong lah follow aku. hahaha
Aerill Hassan said…
Terima kasih atas tips sebegini. Bolehlah apply dkt instam haha nak merasa 1000 follower pun susah. Thanks ya
Wahh ada teknik rupanya. Kita jns bukak insta sbb nak join contest sebenarnya. So xderla beria sangat followers. btw tq for the tips
Wsh.. Tq share bedt tu follow artis2 and instafemoys ni
Thanks for sharing info. Can follow same niche group too.
Zandra Zane said…
Ah I see. But followers tu nanti bukan selalu kedai2 ke org biasa ye? Nanti ramai followers takut kurang engagement pulak. Hehe.
Ruby said…
Akak selalu tengok ramai business owner guna teknik ni. Dari akaun mereka pun kita tahu itu bukan personal akaun sebab mereka dah bawa nama business. Tidak kira bisnes sendiri atau ejen jenama lain. Saya dah cuba semua teknik ni, cuma tiada masa untuk konsisten. Kadang sedar-sedar dah petang. Sehari nak pos satu gambar pun lama nak pilih. Hahaha. So saya menjaga content sahaja. Susah juga sebab kamera tak sharp macam influencer oversea. Hahaha. Saya guna apps planoly pun kecundang tak da gambar baru. Haihhh busy betul bila jadi mak ni. Hahaha.
Faries said…
Wah tips yang menarik! Boleh cuba implementkan ni untuk social media kite. Thanks for sharing. huhuhu
sheayang said…
Memang kena blaja dengan awak ni,cx. nanti kita pm. 😅
Sayidah Napisah said…
fuhhh kena rajin sebenarnya kalau nak buat semua tu hahahhaa. nak tak nak je kann.