بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hai. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 buat semua pembaca blog cx! Kali ni nak cerita review drama. Haritu sebelum merdeka, acapkali iklan drama ini berkeliaran di TV. Ingatkan cerita orang putih tapi iklan dia Cina. Jadi dalam kepala dok cakap, oh! Boleh tahan sebab cx pon memang suka layan cerita Cina tak kira drama kita atau luar negara. Tapi tiba-tiba ada campur Melayu. Eh! Makin menarik pula cerita ini. Tapi cx tak perasan pon bila tarikh dan masa drama ni. Tup-tup semalam terbuka 8tv, eh! Cerita ini lah! Teruslah layan. Apalagikan? Hehe
Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-62, 8TV membawakan sebuah telefilem istimewa yang menggabungkan pelakon drama Cina dan Melayu iaitu Ernest Chong, Remon Lim, Jasmine Suraya Chin, Azizah Mahzan, Charlie Numan Salleh, Yuna Rahim dalam Back To You pada 31 Ogos (Sabtu), jam 8.30 malam menerusi slot Primori8.
Drama Back To You ini merupakan arahan Simon Long dan Moo Siew Keh. Misi mereka adalah mahu menonjolkan kelainan dalam keharmonian bermasyarakat di Malaysia walaupun berbeza budaya dan agama. Memang bestlah cerita ni. Cx tekun sungguh tengok. Serius menarik! Satu kelainan yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia!
Zhi Cheng, Mak Kandung, Sofia, dan Mak Angkat |
Kembar Terpisah. Dari kiri; Zhi Cheng, Mak Kandung, Sofia |
SInopsis Ringkas; Back To You
Drama ini berkisarkan tentang sebuah keluarga Cina yang susah dalam kehidupan mereka demi membesarkan anak-anak yang ramai. Lebih perit apabila anak yang kelima merupakan kembar. Mereka tidak mampu untuk menyara anak mereka. Jadi, bapa mereka berikan salah seorang anak kembar kepada saudara mereka sendiri untuk dibela. Namun, menjadi lebih sedih apabila keluarga saudara yang menjaga anak mereka itu ada masalah ekonomi dan ditinggalkan suami. Jadi , anak itu dihantar ke rumah anak-anak yatim Melayu. Bermulalah episod perbedaan agama, budaya dan bangsa apabila anak itu besar kelak.
Bila anak dah dewasa berusia 28 tahun, mulalah episod pencarian. Cerita ini waima genre sedih tapi banyak juga diselitkan lawak jenaka. Cx tengok memang asyik gelak sahaja. Comel sangat. Lagi² part belajar bahasa melayu. Memang kelakar. Mak kandung Cina Sofia (Anak Cina yang dibela keluarga angkat Melayu dan diislamkan sejak kecil) berusia 60tahun yang tidak pandai bertutur dalam bahasa melayu mula mencari Sofia dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri, perbezaan agama, bangsa dan agama demi mendekati anaknya itu. Berlaku banyak konflik luar dan dalam sehinggakan kedua² mak Sofia mengalah demi kebaikan dan kasih sayang terhadap Sofia.
Babak pencarian keluarga kandung buat kali pertama buat Sofia ketika berusia 18tahun |
Sofia bersama kembarnya; Zhi Cheng |
Drama ini juga ingin mengajak kita semua untuk saling memahami perbezaan dan menghormati setiap bangsa dalam kalangan masyarakat kita. Memang cx bangga dan tabik dengan Simon Long dan Moo Siew Keh yang menghasilkan karya hebat sebegini. Drama sedemikianlah yang terbaik dan perlu diperbanyakkan bagi mengembalikan keharmonian sepertj dahulu kala. Cx pula rasa terharu dengan keharmonian hati yang ditunjukkan dalam drama ini. Terbaik!
Sofia; seorang anak dan kakak yang baik, lemah lembut, sopan santun. Takut gelap dan tempat tinggi tetapi berjiwa besar dalam kerjaya dan kehidupannya. |
Selamat Hari Kemerdekaan
Lahirkanlah Keikhladan Dihatimu
17 Comments
Confirm kalau tengok lagi menangis. Kita can't cerita2 family ni sbb cepat tersentuh. And kes ni pun mmg banyak happen.
Dulu belajar kat uni pasal kes mak islam anak islam dari family cina bagai sampai kebumi berebut nak ambik family tu balik. Alahai sedihnya.
But terharu gilos bila mak dia sanggup belajar cakap melayu for her daughter and sanggup terima je seadanya. Sedih!
Penceritaan yang baik. Cumanya tv kat rumah ni dah lama meninggal huhuhu