بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Cara Delete Followers di Instagram | Okay harini cx jumpa satu benda baru. Mungkin lama bagi yang lain tapi cx baru dapat tahu mengenainya pada hari ini. Selalunya kita kalau tak suka orang atau mungkin ter-follow benda merapu, kita boleh sahaja unfollow mereka kan? Itu perkara biasa yang kita buat. Contoh lagi, korang taknak follow dah ex-partner boyfriend or girlfriend, so korang unfollow mereka. Paling kejam pon, terus block. Betul? Tapi kali ini macam mana kalau orang follow kita dan kita taknak dia tahu kisah kita? Kekwat tak? Hahaa!
Macam inilah ya cx cerita, contohnya macam money collector. Diorang kan suka follow kita. Jaga-jaga juga tau, sebab kadang-kadang ada stalker yang follow, scammer ke kan? At last, diorang hack akaun Instagram kita. Tak ke naya jadinya? Lagi haru bila akaun tu kita buat bisnes. Lagi-lagi bloggers. Sungguh bagai dikatakan? Ahaha! Okay, jom cx kongsikan cara nak delete followers. Ini contoh.
Cara Delete Followers di Intsgaram:
1. Buka akaun instagram macam biasa.
2. Tekan dekat "Followers". Akan keluar senarai followers korang. Contoh gambar di : "Step 2"
3. Pilihlah followers mana yang korang nak delete. Contoh cx buat adalah search for "money collector". Di gambar : "Step 3", korang boleh tengok ada senarai dua money collector dalam senarai followers cx.
4. Kemudian, korang tekan tiga titik sebelah box follow tu. Macam yang cx bulatkan bulatan merah di "Step 3"
5. Lepas dah tekan, akan keluar box "Remove Follower?". Haa korang tekan sahaja "Remove" seperti contoh gambar di "Step 4". Settle!
Step 2: Senarai Followers |
Step 3: Searching Followers |
Step 4: Remove Follower |
Senangkan? Okay, bila korang dah remove followers yang dipilih, ia memberi makna yang followers korang akan berkurang okay. Faham ke faham? Jadi, semoga entry ini bermanfaat buat korang! Cx tengah usaha buang tiga ribu followers sekarang di akaun lagi satu. Haha! Jenuh! Wish me luck! Eh! Haha. Nak buat private account. Itu yang delete. Hehe Jangan salah faham ya. Kbai.
Semoga Berjaya
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
14 Comments
Kena buat satu-satu jugak lah ye kan. Sebab kadang-kadang kita tak nak block just tak nak orang tu follow jek. Hehehehe.