بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun |
Holla semua! Harini cx rajin pula nak update entry. Sebenarnya dah lama tajuk ini dalam kepala tapi nak update tu yang tak menyempat atau kata lainnya, malas! Hahaha sila jangan tiru perangai mak² cenggini ya. Hehe. Okaylah cx ni sediamaklum, ada anak perempuan seorang. Sejak sebelum kahwin, masih anak dara gittew kan, cx dah ada misi untuk anak-anak tau! Haha! Antara misinya adalah nak didik anak dara cx pakai tudung seawal usia. Alhamdulillah berjaya. Syukur sangat! Okay jom, kita terus ke tips yang nak cx kongsikan.Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun Pengalaman Anak² Tengok Korban |
1. Amalkan Menutup Kepala Anak Sejak Bayi.
Macam cx, cx amalkan tutup kepala anak sejak dia kecil lagi. Tak kisahlah pakai topi ke pakai scarf kecil ke. Asalkan bertutup. Tapi ada masa buka juga. Iyalah, kita ajar perlahan-lahan. Ada masa anak rimas juga. Iyalah diakan kecil lagi. Jadi, take time okay.
2. Selalu Pakai Tudung Depan Anak
Cx suka pakai tudung depan anak bila nak bersiap keluar. Kemudian cx akan mula cakap-cakap dengan dia yang kalau anak pakai tudung , akan jadi lebih cantik dan ayu macam mak. Anak² kan suka nak jadi mak abah dia. Betul tak? Mak abah kan role model kepada anak-anak.
3. Seawal Usia Setahun Lebih, Belikan Tudung
Cx memang dah target , anak kena pakai juga tudung . Haha! Suka tengok anak² kecil pakai tudung. Comel. So, cx praktiklah dekat anak sendiri. Hehe. Cx belikan anak tudung kecil masanusia dia setahun lebih dan jinak²kan dia pakai tudung penuh.
4. Puji Anak
Cx suka puji anak bila dia pakai tudung. Cx cakap, 'cantiknya anak mak pakai tudung!' . Nanti masuk syurga, Allah pon sayang.
5. Belikan Tudung Ikut Warna Kegemaran
Kadang-kadang susah juga nak suruh dia pakai tudung. Tak dinafikan. Awal² memang dia akan on off tapi cx cuba cari akal lain pula. Belikan tudung warna kesukaan dia. Anak cx suka warna pink. So cx belikan ! Kemain suka lagi dia.
Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun Di Pesta Lampu Melaka |
Okay cukuplah lima tips. Buat perlahan-lahan. Sekarang anak cx dah berusia dua tahun dua bulan. Alhamdulillah sekarang kalau nak keluar pon dah pandai tanya dan cari tudung dia. Bila keluar pon, dia tak bagi orang lain buka tudung dia melainkan dia buka sendiri. Alhamdulillah. Sekarang ni, koleksi tudung anak cx pon dah banyak macam mak dia. Haha!
Cx ingat lagi, kami pergi rumah nenek dia yang sebelah taman sahaja pon, bukan main menangis lagi meraung² bila nenek dia bukakan tudung. Haha! Waktu tu lepak rumah nenek dia. Kemain solehah lagi. Alhamdulillah. Ada sahaja orang cakap, "Dah besar nanti , jangan tak pakai tudung pula". Hurm. Pada cx kita sebagai mak abah, cakap dan doalah yang baik² untuk anak². InShaaAllah. Elakkan cakap² macam tu dalam hati. Kita doa yang baik , maka dapatlah yang baik. Tapi jika dah besar anak² tersasar , kita jualah yang akan menarik mereka kembali. Betul tak?
Okaylah, korang pula macam mana? Ada tips lain selain yang cx kongsikan di atas? Jom kongsi di ruangan komen! 😊
Melentur Biarlah Dari Rebung
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
20 Comments
Ruby ada sorang je anak pompuan. Yang lainnya, 3 boboy.
Ruby mula pakaikan dia tudung, tahun ni. Umo dah 4 tahun. Suka dia pakai tudung. Sampai dalam rumah pun nak pakai tudung. Mak pulak yang rimas tengoknya. Hahaha.
Budak² excited, begitulah CX kan
Tak perlu layan pandangan atau cakap2 negatif orang CX. Abaikan je. Mulut orang