بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hai korang! Tengah buat apa tu petang hari? Ngeteh apa? Cx satgi rancang nak buat mee goreng udang sahaja. Tapi sebelum tu, ayuhlah update entry di blog. Tiba-tiba dapat idea gara-gara dok lepak dengan mak tadi.
Elok tengah tengok drama di TV, tiba-tiba mak cx buka mulut;
Mak:
Betul ke Cristiano Ronaldo tu? Bukan edit?
CX:
Eh! Betullah tu Mak!
Mak: Iyeke? Dia tak edit?
CX: Taklah. Diorang tak boleh suka-suka hati edit video muka orang lagi-lagi yang terkenal macam Cristiano Ronaldo. Mau kena saman? Muka ada nilai tu. Influencer seantero.
Mak: Oh! Ingatkan Edit.
Sungguh beriya mak cx nak tahu pasal iklan Shopee ni tau! Iyalah, semua orang tahu Cristiano Ronaldo pemain bola sepak terkenal, dan tiba-tiba jadi duta, berjoget pula tu. Nak ke dia buat semua tu kan?
Ramai macam pelik mungkin. Tapi tak peliklah sebab dah tentu-tentu bayaran dia tinggi! Bukan senang nak lentur seorang pemain bola menari tau! Hihihi.
Percaya ke Idok?
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
20 Comments
My two cents je