Cikitang dan Boaba Float Sg.Putat Melaka Terbaik!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa yang selalu dan suka sangat datang ke Melaka tu, meh cx nak bawa korang cuba Cikitang dan Boaba Float di Sungai Putat Melaka. Sedap Oii! Padu! Negeteh petang hari dengan member, memang layan! Ajom terjah berjemaah!



Cikitang Melaka ada dua tempat kalau korang nak tahu. Cikitang utama ada dekat Mee Kari Sungai Putat, lebih senang korang waze sahaja dekat Mango Float Royale Sungai Putat. Lokasi kedua adalah di Murtabak Cheese Jumbo Sungai Putat. Cx berkesempatan pergi ke lokasi yang kedua ini. Lagipun di lokasi kedua ini, cx berpeluang untuk rasa sekali Boaba Float Cikitang. Memang in-lah bila ngeteh complete makan dan minum yang ringan-ringan. Betul tak?


Menu pilihan cikitang yang disediakan mempunyai beberapa jenis. Antaranya adalah; Original Castor, Crunchy Mamee, Cornfries, dan Mozarella Stick.

Menu pilihan Boaba Float pula adalah; Brown Sugar, Boaba Float, Cream Cheese dan Green Tea.

Mozarella Cheese. Harga : RM8.00
Paling padu weh! Masa untuk makan Mozarella Cheese adalah antara 5-8 minit untuk dapatkan kesan tarikan mozarella. Kalau lambat, Mozarella akan mengeras. Korang pon sedia maklum keadaan mozarella kan? Cx makan Mozarella Cheese memang pergh! Bila nak putus weh Mozarellanya? Dok tarik² masuk mulut tapi tak putus². Haha Pergi cuba sendiri okay! Sedap! Luar rangup. Tak muak!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Jom tengok cx tarik Mozarella Cheese Cikitang!
Atas: Crunchy Mamee. Harga: RM5.00
Crunchy Mamee ini pon sedap. Bila gigit sahaja, memang krup krap krup krap dalam mulut! Dahlah corndog besar. Memang padu! Ngap! Ngap! Habis!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Bawah: Cornfries. Harga: RM5.00
Cornfries dia boleh tahan . Taknak kalah beb! Krup krap juga bila makan. Sedaplah senang! Haha
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Gabungan Mantap Gais!

Signature Drink: Cream Cheese. Harga: RM9.90
Signature Drink dia memang sedap! Lengkap dengan boaba yang lembut kenyal² dan manis² gitu. Sekali sedut  boleh habis! Haa sampai gitu sekali sedap dia! Takleh nak berhenti. Huhu Signature dia boleh setanding dengan Xing Fu Tang dan Boaba Milk Tea yang lain. Serius!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Boaba Float. Harga: RM6.00
Boaba Float dia ada gabungan Boaba Milk Brown Sugar Float dan Ais Krim. Pergh! Sedap jugalah cerita dia! Hahaha!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐ /5⭐

Boaba Cream'O. Harga: RM7.90
Cx paling berkenan di tekak ini haa. Sedap betul! Gabungan oreo + Boaba dan Whipping Cream. Pergh! Slurp! Slurp!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐
Haaa, suka ke suka tu? Menarikkan? Cx yang rasa dan menikmatinya memang lagi ummmphh! Sungguh sedap! Makan panas-panas, tengah lapar² baru lepas balik kerja ke kan? Baru habis kelas ke, memang seronok layan.  Jomlah bawa sedara mara ke Cikitang! Confirm repeat lagi beb!

Cikitang No.1 di Melaka

Menu Boaba Float
Okay, kalau nak pergi sana dan korang mahukan maklumat lebih lanjut, boleh terus ke link² yang cx kongsikan di bawah.


Instagram: cikitang_melaka

Waktu Operasi: 
12:30 Tengah Hari - 18:30 petang
(Setiap Hari)

Lokasi : (waze)
📍Mee Kari Sungai Putat @ Mango Float Royale Sungai Putat

Lokasi Drive Thru : (waze)
📍Murtabak cheese Jumbo Sungai Putat
📍Link Maps: 

Rasa Dulu Baru Tahu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

10 Comments

Cik Min said…
Nampak menarik semua menu tu hehe..skrg dah kembali trend boba ni jadi di mana2 pun ada je yg jual boba ni kan?
Ezna Khalili said…
Boaba ni di mana sahaja zaman sekarang ni ye?....mak aihhhh corndog tu susah nak makan tu...boleh share 2 orang tu....hehe
Alia Farhan said…
Wow cikitanh dengan boba dia nampak sedap.. Harga pun jauh lebih murah dri yg tgh trending skrg ni kan... Semoga terus suksess bisnes org kita ni
Cik Nor said…
amboi sedap tu syaza..:)
Hye. Terima kasih share makanan yang best dan menyelerakan . Insha Allah, jika Naim ke sana, Naim nak cuba. Ada waze senang nak cari
Izaramli said…
alamak sedapnya dua dua tu. terliur kita tengok tau. rasa macam nak pergi melaka sekarang je cari. mana nak cari kat kuantan ni. huhuhu
adianiez AIDA said…
lama dah x ke situ, chaza :)
weekend heboh dgn anak tuisyen.
then pindah rumah, jauh skit ler dari area sana tu.
mango float pun dah naik harga :) hi hi hi...
mem menarik air chaza tu.
"cikitang, sila tunggu acik Aida ni dtg dgn anak2 ye. ngadap cikitang reramai." hi hi hi hi...
Zharif Azis said…
okay noted ! kita dah save nama tmpt nie. nanti dtg melaka nak cari tempat nie. harga dia murah betul. nanti kita nak cuba kalau datang ke sana. thanks info
Mawardi Yunus said…
wah cikitang tu. memang mengundang sungguh. ni rasa macam nak ke melaka terus ni. serius nanti nak p cari.
sheayang said…
Ya ampun, kalau jalan area sini, memang kena kosongkan perut baru dapat rasa semua.
Hari tu pergi dah kenyang, saja singgah beli mango float. Menyesal rasanya pi makan tempat lain.
Kat situ je dah boleh buat kenyang. Huhuhu.