بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hi semua! Kelmarin cx beriya nau nak makan shellout tau tapi tak jadi² nak beli makanan lautnya. Nak makan dekat kedai, dok fikir anak² pula tak pandai pedas . Cx nak makan ketam sambal shellout tapi ketam asyik mahal nau², makanya terkuburlah impian. Tapi tiba-tiba encik suami bawa balik kupang. Kupang pon bolehlah. Terus masak sambal kupang shellout ! Pergh! Padu bila dapat makan. Hahahaha okay jom cx kongsikan resepi kupang RM5 . Haha! Sikit sahaja buat. Kami berdua suami isteri yang makan.
Cx masak simple sangat. Sambal Kupang Shellout lawan dengan sup ayam. Makan panas² memang in habis! Suami kata sedap! Aicewah! Terangkat! Hehe
Selamat Mencuba!

Sambal Kupang Shellout |
Resepi Mudah;
Bahan A: (* Dikisar)
Bawang Merah 2ulas*
Bawang Putih 3ulas*
Halia 1inci*
Serai 1batang
Asam Keping 1kpg
Bahan B;
Kupang RM5 (siap direbus)
Cili Kisar 4sb
Sos Tiram 1½sb
Sos Cili 1½sb
Sos Tomato 1½sb
Gula 1sb
Garam 2sk
Belacan 1inci
Air
Minyak Masak
Cara Masak
1. Panaskan minyak masak. Masukkan Bahan A yang yang telah dikisar sahaja. Kacau sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Kacau sehingga garing dan pecah minyak.
2. Setelah garing, masukkan air sedikit bersama serai, asam keping dan Bahan B yang lain kecuali kupang.
3. Biarkan mendidih dan masak. Akhir sekali masukkan kupang yang telah direbus tadi. Kacau ratakan sambal dengan kupang.
4. Siap! Sedia untuk dihidang!
Cx masak simple sangat. Sambal Kupang Shellout lawan dengan sup ayam. Makan panas² memang in habis! Suami kata sedap! Aicewah! Terangkat! Hehe
Selamat Mencuba!
1 Comments