بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Waktu makan tengahari sudah semestinya kita akan pilih tempat dan menu yang paling sesuai, selesa, sedap serta berbaloi. Betul tak? Sekarang ni di Melaka dah banyak tempat makan sedap-sedap dan murah. Namun, sesekali nak juga tukar citarasa dan selerakan? Nak juga merasa makan tengahari di hotel, ala-ala orang kaya dan eksklusif sikit siap dijamu. Tak gitu? Sesekali pasti seronok dan mengapa perlu pergi hotel yang mahal-mahal tetapi menu tiada dalam pilihan? Tak perlu runsing, jom ke Novotel Melaka menjamu selera tengahari anda dengan penuh eksklusif , sedap, selesa dan berbaloi. Hanya RM20.00 sahaja tau untuk satu set. Memang berbaloi!
Office Lunch Menu Set |
Novotel Melaka |
Kejadiran cx ketika tiba di Novotel Melaka disambut oleh Cik Yati. Waktu tiba di sana, kawasan mereka sangat selesa, luas dan eksklusif. Terasa macam orang ada-ada pula. Hehe. Office Lunch ni ada empat jenis menu mengikut set. Pada cx, ianya memang berbaloi. Antara menu set yang disediakan adalah seperti berikut dan setiap set hidangan akan disajikan semangkuk sup bersama sepotong kek yang enak serta beberapa potongan buah-buahan segar.
MENU SET 1:
Fish and Chips
Fries and Coleslaw on Salad dihidang bersama Tartar Sauce
|
Rate: 4.5/5
Ulasan:
Fish and Chips dia lembut sangat tapi rangup di luar. Sedap makan. Krup krap krup krap. Kentang dia lembut juga dan dilawan dengan tartar sos serta mayonise buatan sendiri. Anak-anak cx suka makan.
MENU SET 2:
Grilled Chicken Chop Hainan-style
Chinese Fried Rice with Salad on the side served with Chinese BBQ Sauce
|
Rate: 5/5
Ulasan:
Ini pon boleh tahan. Chicken Chop dia lembut di dalam dan rangup di luar. Bila makan, rasa merembes sahaja ke dalam mulut dengan kuahnya yang sedang-sedang pedasnya. Makan dengan nasi goreng china hainan, memang sedap. Masuklah orang cakap. Hehe
MENU SET 3:
Nasi Putih, Hirisan Timun, Ulam, papadom dan sambal Belacan. |
Tenggiri Asam Pedas Melaka |
Rate: 4.5/5
Ulasan:
Cx makan haritu, memang sedap. Cukup rempah rasa masam manis semua cuma sedikit pedas. Hehe Bagi cx sangat okaylah sebab cx sejenis hantu pedas , tapi untuk yang kurang makan pedas, bolehlah makan bersama sup yang disediakan. Sedap!
MENU SET 4:
Nasi Putih, Hirisan Timun, Ulam, papadom dan sambal Belacan |
Mamak-style Chicken Curry with Potatoes |
HIDANGAN MENU TAMBAHAN
Sup Ayam Rate: 4/5 |
Pencuci Mulut Kek dan buah-buahan segar Rate: 4.5/5 |
Memang berbaloi sangat. Kalau korang nak cuba, mehlah datang! Office Lunch ini bermula Julai 2019. Korang boleh datang dan ajak kawan-kawan pejabat atau keluarga sanak saudara sekali. Memang enak menjamu selera di Novotel Melaka! Kalau nak dapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk di bawah okay.
Tempahan:
+6 (06) 289 8222
Alamat:
No 1A, Jalan Melaka Raya 2
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
Makan Mana? Novotel Melakalah!
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
19 Comments
kami baru bercadang nak bercuti di Melaka akhir tahun nii...
Insya Allah boleh try
Dapat makan set yang mengenyangkan plak tu. Adush. Kecur liur tengok asam pedas
sesekali nak ajak mr.asben dating, boleh ajak ke sini :)
harga dgn makanan, mcm ok ok. affordable.
sesuai harga dgn portion nyer :)