بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Pagi semua! Semalam cx berkesempatan untuk makan di gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir, Melaka yang tengah viral sekarang ni. Cx pon taknak kalah, nak juga pergi rasa. Apa yang viral nau² tu kan? Tak cuba, kita tak tahu. Almaklum, kalau tak kenal, maka tak cintalah gamaknya. Wah gitu! Siapa yang dah pergi? Angkat tangan sikit! Waktu cx datang tu, gerai penuh juga.
Okay sebelum tu, meh cx cerita serba sedikit asal usul gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir yang makin gah viralnya di Malaysia. Pemilik kedai tersebut adalah sepasang suami isteri yang mempunyai empat orang cahaya mata. Kehidupan mereka sebelum dikenali dan viral amatlah perit. Diduga pelbagai ujian dan dugaan. Mereka pernah hidup susah sehingga nak makan pon tak mampu. Tahun paling perit bagi pasangan suami isteri ini adalah pada tahun 2013. Namun, selepas lahirnya cahaya mata mereka yang keempat, sedikit demi sedikit Allah mula buka pintu kesenangan bagi mereka. Sehinggalah mereka mendapat ilham untuk berniaga Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir ini. Alhamdulillah.
Apa yang istimewanya di sini adalah Nasi Lemak itu sendiri den sambal resepi rahsia turun temurun daripada arwah nenek Puan Liya. Memang sedap sungguh sambalnya. Cukup perasa, manis, pedas, masin memang lengkap!. Ditambah lagi istimewa Nasi Lemak Hijau UP ini apabila digandingkan dengan pelbagai pilihan ayam, sotong, udang, dan ikan. Ada lima menu paling 'kick' di sini, setiap hari memang menu ini akan menjadi pilihan paling tinggi. Jom cx kongsikan di bawah!
Terliur tak? Haaa, itu baru cx up gambar makanan yang hot dan dan dekat Nasi Lemak Hijau UP ni tau! Memang sedap dan padu! Serius! Paling sedap pada cx adalah Nasi Lemak Hijau Crispy Chicken. Terbaik! Okay dah, jom cx belanja air dan makanan sampingan lain yang ada di sana.
Di gerai Nasi Lemak Hijau UP ini juga ada menyediakan otak-otak dan menu² lain. Cuma di sini, cx kongsikan menu paling kick dan mendapat sambutan hebat! Itulah punca viralnya Nasi Lemak Hijau UP ni. Memang padu! Korang rasa sendirilah okay! Gerenti puas hati.
Okay. Satu lagi, InShaAllah Nasi Lemak Hijau UP akan buka cawangan baru di Klebang. Nantikan tau! Kalau tiada aral, InShaaAllah hujung bulan Ogos 2019. Nanti terjah ramai² okay!
Sedap Padu Habis!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
Pagi semua! Semalam cx berkesempatan untuk makan di gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir, Melaka yang tengah viral sekarang ni. Cx pon taknak kalah, nak juga pergi rasa. Apa yang viral nau² tu kan? Tak cuba, kita tak tahu. Almaklum, kalau tak kenal, maka tak cintalah gamaknya. Wah gitu! Siapa yang dah pergi? Angkat tangan sikit! Waktu cx datang tu, gerai penuh juga.
Puan Liya, pemilik gerai Nasi Lemak Hijau Ujing Pasir |
Gerai Penuh dengan Kehadiran Pelanggan |
Okay sebelum tu, meh cx cerita serba sedikit asal usul gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir yang makin gah viralnya di Malaysia. Pemilik kedai tersebut adalah sepasang suami isteri yang mempunyai empat orang cahaya mata. Kehidupan mereka sebelum dikenali dan viral amatlah perit. Diduga pelbagai ujian dan dugaan. Mereka pernah hidup susah sehingga nak makan pon tak mampu. Tahun paling perit bagi pasangan suami isteri ini adalah pada tahun 2013. Namun, selepas lahirnya cahaya mata mereka yang keempat, sedikit demi sedikit Allah mula buka pintu kesenangan bagi mereka. Sehinggalah mereka mendapat ilham untuk berniaga Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir ini. Alhamdulillah.
Apa yang istimewanya di sini adalah Nasi Lemak itu sendiri den sambal resepi rahsia turun temurun daripada arwah nenek Puan Liya. Memang sedap sungguh sambalnya. Cukup perasa, manis, pedas, masin memang lengkap!. Ditambah lagi istimewa Nasi Lemak Hijau UP ini apabila digandingkan dengan pelbagai pilihan ayam, sotong, udang, dan ikan. Ada lima menu paling 'kick' di sini, setiap hari memang menu ini akan menjadi pilihan paling tinggi. Jom cx kongsikan di bawah!
Nasi Lemak Hijau Crispy Cheese [RM12.00] Paling sedap dan padu bagi cx. Marvelous habis! Ini pon menu yang kick dekat Nasi Lemak Hijau UP tau! Cx bagi rate 5/5! Memang padu habis! |
Nasi Lemak Hijau Sotong Diraja [RM15.00++] Ini pon tak kurang hebatnya. Sotong kemain besar lagi. Rangup krup krap krup krap tapi dalamnya lembut. Sedap! Rate 4.5/5 |
Nasi Lemak Hijau Popcorn Chicken [RM10.00] Ini pon tak nak kalah. Sedap juga lembut je isi ayamnya. Rangup di luar of course! Rate: 4/5 |
Air Hijau : Big Cup Green Tea [RM5.00] Air Oren : Orange Fruit Juice [RM3.70] Air Merah : Tembikai Fruit Juice [RM3.70] |
Ikan Bakar [RM6.50++] Ini serius sedap! Sambal dia diperah limau nipis dimakan pula ikan fresh. Memang lembut dan cukup rasa. Ini pon cx ratah! Haha! Rate: 5/5 |
Choco Jar Nasi Lemak Hijau UP [RM6.00] Ini pon sedap. Rangup krup krap krup krap. Padu pula dengan coklat. Fuh! Terbaik! Rate: 4.5/5 |
Di gerai Nasi Lemak Hijau UP ini juga ada menyediakan otak-otak dan menu² lain. Cuma di sini, cx kongsikan menu paling kick dan mendapat sambutan hebat! Itulah punca viralnya Nasi Lemak Hijau UP ni. Memang padu! Korang rasa sendirilah okay! Gerenti puas hati.
Makluman;
Okay. Satu lagi, InShaAllah Nasi Lemak Hijau UP akan buka cawangan baru di Klebang. Nantikan tau! Kalau tiada aral, InShaaAllah hujung bulan Ogos 2019. Nanti terjah ramai² okay!
| FACEBOOK PAGE | INSTAGRAM |
Sedap Padu Habis!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
22 Comments
Dah lama tak jalan-jalan cari makan kat Melaka.
Nama je duduk Melaka. Hahahaha.