Kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade Melaka
Waktu nanti nak bawa anak-anak jalan mana mak abah semua? Mesti mak abah nak bawa anak-anak pergi jalan ke tempat yang seronok dan mampu memberi manfaat, sudah pasti destinasi yang dipilih ada manfaat dua dalam satu, bermain sambil belajar. Betul tak? Mana nak pergi tu? Haish! Jangan pening-pening, jom cx kongsikan tempat paling menarik untuk anak-anak habiskan masa bersama.
Kidzoona |
Baru-baru ini cx berkesempatan untuk bawa anak-anak ke kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade Melaka. Jujur cx cakap, ini kali pertama kami jejak kaki ke sana. Nama sahaja orang Melaka tapi baru pertama kali sampai . Tapi memang sangat berbaloi dan seronok tahap maksima. Mak abah dia yang teruja bila tengok anak-anak aktif untuk bermain sambil belajar. Di Kidzoona MP Melaka ini menyediakan banyak permainan yang boleh bermain sambil belajar. Di samping itu, mereka juga ada aktiviti tersendiri setiap hari pada waktu petang bersama maskot Lala ! Memang seronok sangat! Anak-anak pon enjoy sahaja. Jom cx kongsikan antara aktiviti yang anak-anak boleh bermain dan turut serta.
Aktiviti Menarik di Kidzoona
Kemasukan ke Kidzoona ada harganya. Masa cx tiba di sana, pihak Kidzoona akan suruh kita daftar nama. Kemudian kita semua akan diberikan sanitizer untuk cuci tangan supaya bersih tidak membawa kuman ke dalam. Anak-anak juga akan diperiksa suhu badan agar tiada yang demam bagi mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain. Bagus sungguh kan? Menjaga kesihatan dan kebersihan. Sebelum masuk, kena pakai sarung kaki ya. Semua wajib pakai. Kasut boleh diletakkan dalam bakul di kawasan yang disediakan khas.
Kidzoona |
Air Slider Kidzoona
Air Slider adalah permainan yang istimewa dicipta daripada kidzooona. Tangga Air Slider kidzooona berbeza daripada biasa kerana ianya dicipta bentuk struktur dan permukaannya yang lembut serta mampu membantu stimulate keseimbangan badan anak-anak. Ball Pool pon seronok sebab anak-anak boleh rasa amcam berenang dalam lautan bebola bagaikan air laut. Cx tak bagi anak naik Air Slider dan main ball pool masa ni sebab diorang takut dan kawasannya besar sangat untuk anak seusia anak-anak cx. Haha. Anak-anak cx kan masih kecil. Hihi ada lagi satu bahagian ada Ball Pool yang kecil sedikit ruangnya. Itu sesuai untuk anak-anak kecil.
Kidzoona |
RolePlay Town Kidzoona
Di kidzooona ada banyak profesion yang anak-anak kita boleh cuba. Anak-anak cx sangat teruja masa di Roleplay Town ni tau. Mana tidaknya, siap ada uniform khas sebelum mula bermain. Memang teruja sungguh bila anak-anak cx berlakon jadi profesion yang mereka inginkan. Anak bujang cx suka sangat berjual beli seperti burger dan aiskrim. Bagus sangat Roleplay Town ni sebab ianya boleh memperbaiki kemahiran sosial anak-anak. Anak-anak cx kemain suka lagi, lebih-lebih lagi bila cx cerita perwatakan Mail dalam cerita upin ipin yang suka berniaga . Teruja sungguh mereka! Sudah pastilah mereka penjual dan mak abah mereka pembeli.
Kidzoona |
Toy Corner Kidzoona
Okay, Toy Corner kidzooona memang banyak tapi sangat bagus untuk pembelajaran anak-anak. Ada banyak aktiviti seperti mewarna, membentuk dan pelbagai cara untuk bermain ada di sana. Dekat area sini, anak-anak dapat membentuk kreativiti mereka ketika bermain dan dalam masa yang sama, dapat meningkatkan ketangkasan jari jemari. Korang tengoklah sendiri cx kongsikan di bawah. Memang seronok.
Kidzoona |
Cyber Wheel Kidzoona
Ini best! Anak lelaki cx kemain suka lagi main. Dia bergolek-golek dalam Cyber Wheel dah macam Sugar Glider. Hehe Bagus Cyber Wheel ini sebab ianya menggunakan seluruh badan untuk keseimbangan. Ianya mampu meningkatkan sensasi keseimbangan otot, konsentrasi dan kekuatan badan anak-anak. Waktu anak-anak main Cyber Wheel ini, perlu ada pengawasan ibu bapa ya .
Maskot Lala Kidzoona Aktiviti
Selain daripada yang cx sebutkan di atas , di kidzooona juga ada event mereka sendiri tau. Kita boleh tengok dan lihat perkembangan anak-anak apabila mereka bermain dan berkomunikasi dengan kawan² yang berbeza usia. Cx suka event Kidzoona ni sebab anak-anak memang seronok. Lagi-lagi dengan kehadiran Lala, Maskot kidzooona yang sangat comel. Mereka belajar diy, bernyanyi dan bermain bersama.
Tambahan lagi, kalau korang nak buat birthday party pon boleh dekat kidzooona ni tau! Mesti anak-anak seronok dan akan ingat moment terindah dalam hidup mereka. Event Birthday Party ada package mereka yang tersendiri.
Kidzoona |
Kereta Api Kidzoona
Di Kidzoona juga ada sesi bersama untuk naik kereta api tau! Serius seronok sungguh! Naik kereta api ni dapat buat satu pusingan level di kidzooona. Harga pon sangat berpatutan. RM5 sahaja tau! Memang seronok! Nanti pergi, jangan lupa naik kereta api tau!
Okay, cx dah kongsikan seberapa banyak maklumat yang ada di sana. Memang seronok dan bermanfaat untuk anak-anak juga ibubapa. Dapat luangkan masa bersama² dengan anak². Baik, kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh tekan link di bawah tau!
Kidzoona |
| Kidzoona Facebook | Telefon: 06-2884637 |
18 Comments
entry fee nyer mahal sgt. sama jugak la dgn aeon. aduhai. dulu kala fee nyer reasonable.
budak kan yg nak masuk. sib baik la Izzat dah tak nak masuk sini, prefer main games byr singgit tu.
Ni pun sibuk nak ajak pergi lagi..
Nanti boleh la ajak ddy dorang ke sana time balik melaka. Thank you CX share info.