Melaka : 'Port' Durian Kahwin Gred Terbaik dan Harga Mampu Milik !

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Melaka : 'Port' Durian Kahwin Gred Terbaik dan Harga Mampu Milik ! : Siapa peminat Durian semestinya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati kelazatan dan keenakan Durian yang kini boleh didapatkan di Melaka berdekatan Mahkota Parade Melaka. Cx sebagai orang Melaka sudah pasti tidak ketinggalan untuk merasai keenakan Durian Kahwin ini! Ya! Bukan durian biasa-biasa okay, Durian Kahwin gred terbaik sahaja dibekalkan buat anda tau! Ini serius!

Antara  yang sempat cx makan

Deretan Durian Kahwin. Pilih sahaja nak yang mana. 

Tempat Durian Kahwin ni jika korang nak pergi, mudah sangat landmark yang boleh dikenal pasti. Ianya berdekatan dengan UpTown dan jalan ke depan sikit ada Wong Solo serta Texas Chicken, kemudian korang dah boleh nampak Stall Durian Kahwin ni. Mudah! Kalau lalu kawasan Dataran Pahlawan tu dan Mahkota Parade, korang senang sangat jumpa. Okaylah, banyak pula membebel. Meh cx belanja gambar . Cx boleh jamin korang terliur punya. Hahah! 




Jenis Durian Kahwin:


Musang King | XO | iOi | D2 | D13 | Hong Lo | Udang Merah | D24 | D18 | D96 | D98

Waktu Operasi:  10pagi - 11malam
Harga Durian: Ikut Musim


Bergambar bersama Mr.John Lau. Manager Stall Durian Kahwin berhampiran Mahkota Parade Melaka





Memang berbaloi sangat tau kalau pergi makan durian dekat sini. Bukan durian biasa-biasa. Gred baik punya disediakan. Tak rugi punya. Cx makan waktu tu durian Hong Lo, D13 dan dan iOi. Pergh! Padu! Takleh nak makan banyak². Bahaya hahahah!  Pelanggan yang datang pon puas hati tau! Full House! Kalau nak datang, boleh contact Mr.John Lau. Beliau Manager Durian Kahwin terbaik di Melaka ni. Contact sahaja beliau di nombor berikut : 018-778 6998 | Mr.John Lau


Cx sempat bergambar dengan durian Hong Lo. Cx suka durian Hong Lo ni. Sedap sangat! Isi dia tebal, biji kecil, rasa dia padu habis! Lemak² manis dan pahit. Pergh! Terbaik! 

Isi Durian Hong Lo. Padu beb!

Kalau korang nak tahu, durian kahwin ni semua hasil dari kebun mereka tau! Terbaik dari ladang gitu! Memang fresh! Stall mereka memang full house! Kalau tak nak ketinggalan untuk rasa kehebatan lazatnya durian kahwin ni, lelaju pergi terjah okay! Gerenti sedap dan puas hati! 


Antara pelanggan yang hadir
Full House Stall!

Dengar cerita tadi Mr.John ada cakap, mereka akan buka buffet bulan Julai 2019 nanti. Fuh! Jom serbu! Harga InShaaAllah berpatutan. Tak serbu rugi tau! Kbai!

Durian Kahwin Sedap
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

17 Comments

el said…
alamak kita mmg hantu durian..mcm2 durian skarang ni..IOI pun ada dah mcm nama kumpulan KPOP tu ha..ni kalau makan mmg layan..ni teringin nak buat serawa durian plak
Cik Lily Putih said…
durian kahwin?? ermm apekah. maybe benihnya di kacukkan sehingga dapat nama tuh kan. ntahlah kak lily bukan makan durian pun so memang tak tau menahu hal ni. ermm dekat Melaka tuh bolehlah bagitau my cousin pasal ni sebab diroang tuh kaki durian
Ana Suhana said…
Kecur air liur kita wak tengok deretan durian2 tu semua. Fresh from farm lagi. kita dah lah hantu durian. Lps tu takde stok pulak kat sini. Rasa mcm nk terbang ke melaka je skrg.
Aerill Hassan said…
wahh durian! saya sekeluarga hantu durian. baru je lepas makan durian dekat balik pulau, pulau pinang. durian kahwin jugak. terliur tengok gambar durian yg kuning2 tu. tapi jauhla pulak kt melaka. in shaa Allah kalau ada sebab nak ke sana saya akan singgah. harap2 harganya berbaloi :)
Ernie Tomo said…
Ya Allah bestnya tengok isi durian tu.. Memang padu la. Kat tempat saya ni belum ada lagi orang jual durian. Tertunggu2 jugak.. Al maklumlah hantu durian :D
Sekarang memang musim durian. Ramai akan pusu2 mencari durian. Termasuk Naim sendiri, hehe
Sunshine Kelly said…
Wah! ni kena and nak pergi Melaka lah. Nak makan durian at the reasoanable price.
Bella Jamal said…
Kita memang tak tau la jenis durian apa. Rasa macam mana untuk jenis2 durian pun sis tak tau. Btw, suka juga makan durian but tak la segila setiap kali musim durian sampai berlori beli. hehe. Boleh le kite folo apa CX bgtau ni nak cari durian nanti.
Mimie said…
Saya tahu durian musang king je.. Yang lain asalkan durian tak ku hirau nama nama. Hahaha.. Janji boleh makan dan sedap. Nyum2.. Sekarang ni mana mana pergi banyak betul durian
xulhlmi said…
sedapnyaaa, terliur xul dibuatnya tengok durian tu. Balik kerja semalam nampak banyak gerai jual durian ioi dekat area Puchong. tapi malas berhenti takut habis duit. hahaha
Ruby said…
Fuhhh jauh mencari durian. Saya di KL ni durian semua mahal. Tunggu balik kampung je.
huda said…
wah best yer dapat makan durian premium camni. Huda last week beli durian longgok yang murah2 jer. Kat teganu harga durian mahal compare kat melaka. Bulan depan nak travel ke melaka la , nak makan bufet durian. mesti puas hati
Farhana Jafri said…
Memang tak pandai nak beza durian jenis apa kecuali durian kuning dengan durian merah haha. Kalau jenis isi lemak manis tu sedap kalau makan dengan pulut durian. Fuhhh
saidila said…
tengok cara sususn durian tu sama pulak macam kat ss19 ker berapa kat selangor nih ...tengok warna isi durian sikit punya menarik...fuhhh bilalah sendiri nak merasa
Ya ampunnnnn mmg kuning raja betul warna durian ni. Suka tengok isi durian ni mmg nampak padat dan memikat hehehe
Nadia Johari said…
ramainya yang tunjuk duriann..haishh meleleh ai rliur..jauhnya wak Melaka..dekat kl ni nak cari yang warna mcm ni sush sikit..kene pandai cari,..anak kita dah ngidam durian..hahaa
cre8tone said…
i nak makan durian.. paling suka... banyak jenis durian ni... yang penting sedap je... tak kira apa jenis.. hahahaha