بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Pada 03 Mei 2019 bersamaan Jumaat, cx bersama rakan #BloggerMelaka menghadiri jemputan sempena kempen Domino's × Mobile Legends "United We Win" di Domino's Pizza cawangan Ayer Keroh Melaka. Kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis perisa pizza baru yang termasuk dalam bilangan 515 Domino's Pizza terpilih sempena kempen ini.
United We Win : 515 Quest |
Rakan Blogger Melaka |
Kita sebagai rakyat Malaysia berpeluang menikmati sajian istimewa apabila Domino's Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen "United We Win"!. Apa yang menariknya kempen ini adalah, kita sebagai pelanggan boleh merebut peluang untuk bertarung bersama² rakyat Malaysia yang lain, bersama misi menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang! Menarik kan?
Makluman semua, Permainan Mobile Legends: Bang Bang! ditubuhkan oleh Moonton dan ianya terpilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia juga tidak terkecuali tau, kita dipilih dan akan melancarkan kempen Global Mobile Legends "515 Unite Day" ; pemain menyelamatkan dunia. Fuh! Hebat bunyinya bukan? Kempen United We Win anjuran Domino's akan menyokong '515 Unite Day' dengan matlamat menarik penyertaan baharu disamping mod permainan terkini akan dilancarkan dan pemain akan berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma.
Royale Chicken Pizza |
Royale Tuna Pizza |
Royale Delight Pizza |
Banana Kaya (6") |
Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85. United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo. Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.
Royale Chicken Wings |
Royale Cheesy Stix |
Fabulous Four |
Blueberry Cheesecake |
Domino’s Malaysia dan Singapura berpegang janji ; ‘It’s All About You’ menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran. Melalui janji itu, kerjasama dengan Mobile Legends membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming. Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri e-sports yang kian berkembang dengan mengiktiraf potensi besar e-sports dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita semua akan menikmati tawaran ‘515’ Domino's yang luar biasa! Ianya begitu mengujakan sebab cx peminat Domino's Pizza tau!
Kempen Mobile Lebends: Bang Bang! ini berlangsung dari (20 April - 8 Jun 2019). Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari (29 April - 23 Jun 2019). Promosi ini membolehkan kita bawa balik ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza daripada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90. Wow!
Jadi, apa tunggu lagi? Jomlah kita kongsikan momen menarik Mobile Legends bersama Domino’s di media sosial dan jangan lupa tag @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB. Jika nak tahu maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, boleh klik pautan berikut okay:
Semoga Terus Maju
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
20 Comments