River Cruise Sungai Melaka: Alami Episod Sejarah dan Warisan Sambil Menangi Hadiah Utama Sebuah Kereta dengan Cabutan Bertuah 'Cruise & Win' 2019!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

River Cruise Sungai Melaka: Alami Episod Sejarah dan Warisan Sambil Menangi Hadiah Utama Sebuah Kereta dengan Cabutan Bertuah 'Cruise & Win' 2019! | Sempena tahun melawat Melaka pada 2019, Melaka River Cruise telah mengadakan satu cabutan bertuah buat para pelancong yang berkunjung dengan menaiki bot river cruise! Menarik bukan? Pembelian tiket berjumlah lebih kurang RM200 dalam satu resit mampu dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang berupa sebuah kereta dan motor! Tidak ketinggalan dengan lapan (baca:8) hadiah misteri yang boleh kita rebut. Contest ini telah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 31 Disember 2019. Jom dapatkan peluang untuk menjadi salah seorang pemenang yang bertuah! 


Melaka River Cruise
Cruise & Win 2019

Jika datang berkunjung ke Melaka, semestinya akan menjadi tidak lengkap tanpa mengambil peluang untuk menikmati keindahan bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini bersama river cruise selama 45 minit.  Makluman, sejak sepuluh (baca: 10) tahun yang lalu, di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Sungai Melaka telah melalui perubahan yang ketara untuk mencapai tahap terbaik pada hari ini.  Berasal daripada sebuah sungai yang mati, ia kini telah menjadi nadi kepada negeri Melaka, pusat tarikan pelancong di tanah kaya dengan sejarah, budaya dan imaginasi yang tidak berpenghujung. 



Bergambar bersama Puan Lam Chooi Chan, Pegawai Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka

PERJALANAN BERMULA DI SINI |Korang boleh beli tiket sama ada di Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Kemudian, kita  naik bot dan nikmati perjalanan dengan pemandangan yang mengujakan seperti:

Perjalanan bot

Di Jeti River Cruise

Lukisan Mural Hang Tuah 

Pemandangan Malam Bangunan Lama

Kincir Air Kesultanan Melaka

Apa yang menariknya sepanjang cx menaiki bot river cruise ini, kita akan diberi peluang untuk mengalami sendiri episod sejarah dan warisan Melaka yang amat kaya dan bernuansa kontemporari sepanjang perjalanan kita melalui sungai Melaka yang penuh dengan keajaiban dan kebudayaan.  Semasa dalam perjalanan, kita juga diperkenalkan dengan sejarah bagi setiap satu jambatan yang ada di sana. Cx teruja sungguh tengok jambatan² yang dibina. Berbeza dan mempunyai keunikan serta sejarah tersendiri. 

1. Jambatan  Tan Kim Seng (1862)
Penghormatan yang diberikan kepada seorang peniaga Melaka yang kaya dengan nama yang sama. Jambatan ini telah dimusnahkan pada tahun 1942 oleh pihak British dan dibina semula kepada keadaan semasa.


2. Jambatan Chan Koon Cheng (1908)

Mengganti jambatan imbang yang dibina pada tahun 1930 yang dahulunya membolehkan kapal melalui Sungai Melaka.



3. Jambatan Kg. Jawa (1714)

Kepala manusia yang telah dipancung lalu digantung dari tiang jambatan semasa zaman penjajahan Jepun. Juga dikenali sebagai 'Ghost Bridge' (Jambatan Hantu).


4. Jambatan Pasar (1500-an atau 1600-an)

Menghubungkan Kampung Hulu ke Pasar Tua Lama, jambatan kayu ini dibina semasa zaman pemerintahan Portugis.



5. Jambatan Old Bus Station

Gerbang kecil indah yang kini menghiasi jambatan ini dahulu cuma sebuah rangka besi sebelum dinaik tarafkan dan ia juga memberi akses ke stesen bas yang kini dipindahkan.



6. Jambatan Hang Jebat (dibina semula pada 2008)

Teknologi styrofoam yang unik menyokong asas jambatan ini.

Pembelian Tiket Atas Talian

Okay jom cx kongsikan Harga Tiket bagi setiap satu. Sudah pasti ramai yang hendak tahu bukan? InShaaAllah berbaloi! 

Dewasa
MyKad RM25.00
Bukan MyKad RM30.00

Kanak-kanak
MyKad RM15.00
Bukan MyKad RM25.00.

Bayi
Bawah Dua Tahun PERCUMA

OKU dengan MyKad
Dewasa RM15.00
Kanak-Kanak RM10.00

Warga Emas
60 Tahun ke Atas RM20.00

Pelajar Kolej/Uni Malaysia
Kad Matrik/Kad Pelajar untuk Pengesahan RM20.00

#i@sungaimelaka

Waktu Beroperasi pula ada setiap hari bermula jam 9:00 pagi sehingga 11:30 malam. Jadi, tiada alasan untuk tidak sempat melainkan bot penuh dan perlu tunggu giliran. Hihi. Pembelian tiket juga boleh kita dapatkan melalui atas talian tau! Lagi mudah dan cepat! Masukkan sahaja berapa orang yang nak pergi dan pilih tarikh yang korang ada masa lapang untuk alami sendiri babak sejarah warisan Negeri Melaka ini. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh rujuk bawah okay.

FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE | HOTLINE : 06 281 4322/23 | BOOKING 

Melawat Melaka beerti Melawat Malaysia
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

18 Comments

Kayathre said…
Menarik dan harga pun murah. Shall plan a trip there soon.
Rawlins GLAM said…
Rawlins dan famili pernah naik bot dan enjoy Sungai Melaka nie. Cantik pemandangan siang dan malamnya.
Oh ye. Macam mana keadaan sungai tersebut? Dah ok ke?
Julia Mahir said…
Kita pernah beberapa kali gak naik river cruise Melaka ni tapi waktu siang je. malam tak pernah lagi. Nanti nak cuba jugak la. Macam cantik je tgk lampu lampu tu.
cindyrina said…
Ala...rm200 worth ticket. Jenuh la sebab keluarga tak besar. Tapi best Kan hadiah dia menarik. Mana tau Ada rezeki.
saidila said…
belum berpeluang lagi nak naik melaka cruise ni tapi syokkk tengok..pernah lepak tepi sungai sampai tengok cruise lalu lalang jer
Ruby said…
Suka naik River Cruise Sungai Melaka ni. Pusing Kiri kanan mesti Ada kisah sesuatu tempat. Lalu bawah jambatan pun ada nama khas jambatan. Hehehe. Nanti nak ke Melaka, nak join Naik Cruise ni lg. Seronok dengar pemandu pelancung bercerita. Hehhe
Mahamahu said…
Kalau malam nampak cantik sangat menyusuri singai Melaka ni sebab pemandangna yang indah dengan lampu neon kan tapi kalau siang ada orang kata lah yang sungi ni tercemar sikit hehehehe tak tahu lah kita tak pergi lagi ....
Syamimi Saad said…
Ehhh, harga tiket dia dah naik lagi ke CX?
rasanya la kan tahun lepas kot pernah la nak naik, tapi tak jadi sebab rasa macam harganya mahal. haha
dewasa seorang rm18. macam tak berbaloi pula.. sekarang dah rm25 ye..
Dikbee said…
wahh, dah makin cantik Sungai Melaka ni. Dulu pernah juga naik cruise ni tapi masa tu takde la secantik macam sekarang, siap lampu warna warni bagai. Nanti kalau pi Melaka nak round sini lagi laa
Mohd Zarin said…
Pernah naik cruise di Sungai Melaka ni waktu malam. Memang menarik sebab rasa tenang je dan cantik. Tapi rasa macam teringin pergi lagi sekali lepas baca blog ni
Hanny Abdullh said…
Memang best kalau dapat gi Melaka, dah lama rasanya tak ke sana dan jalan-jalan sekitar Melaka. Selalu dok singgah makan je kalau ke Melaka. Next time rasanya nak tido sana dan nak lakukan mcm2 aktiviti kat sana
Cantiknya Melaka di waktu malam. Warna warni dan tenang je. Bolehlah masukkan dalam senarai destinasi percutian sis kelak. All the best kepada yang join contest tu. Mana tahu memang kereta.
Jia Shin Lee said…
Thanks for the recomendation, will bring my kids for a ride during our visit this sounds really fun especially when it's done at night.
Zharif Azis said…
wahhhh dah lama tak naik cruise mengelilingi sungai melaka nie. mengimbau kenangan lama ke sini bersama yang tersayang yg kini tidak bersamaku lagi. hahahahhaa. okay, lepas nie nak naik dan boleh cuba masuk contest tu
AlongMurni said…
Tahniah sbb menang.. Menarik gak naik Cruise nie.. Leh la raya nie AM nak bawa anak2 AM ke sini nnti
Faries said…
Ewah dah ad cabutan bertuah ye for those yang naik cruise kt Melaka. Lama dah tk ke sana. Rindu nk tengok view time malam. hehehe
Nisa Kay said…
Ya Allah kenanganya lahai melaka cruise ni tauu.. dulu naik dengan kawan kawan, rilek jeee tengok pemandangan dan nikmati angin malam. nak kena pergi lagi ni
Sunshine Kelly said…
Wah best nyer, pergi melancong or bersantai naik river cruise di melaka pun ada chance nak memang hadiah besar.