بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
River Cruise Sungai Melaka: Alami Episod Sejarah dan Warisan Sambil Menangi Hadiah Utama Sebuah Kereta dengan Cabutan Bertuah 'Cruise & Win' 2019! | Sempena tahun melawat Melaka pada 2019, Melaka River Cruise telah mengadakan satu cabutan bertuah buat para pelancong yang berkunjung dengan menaiki bot river cruise! Menarik bukan? Pembelian tiket berjumlah lebih kurang RM200 dalam satu resit mampu dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang berupa sebuah kereta dan motor! Tidak ketinggalan dengan lapan (baca:8) hadiah misteri yang boleh kita rebut. Contest ini telah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 31 Disember 2019. Jom dapatkan peluang untuk menjadi salah seorang pemenang yang bertuah!
Jika datang berkunjung ke Melaka, semestinya akan menjadi tidak lengkap tanpa mengambil peluang untuk menikmati keindahan bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini bersama river cruise selama 45 minit. Makluman, sejak sepuluh (baca: 10) tahun yang lalu, di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Sungai Melaka telah melalui perubahan yang ketara untuk mencapai tahap terbaik pada hari ini. Berasal daripada sebuah sungai yang mati, ia kini telah menjadi nadi kepada negeri Melaka, pusat tarikan pelancong di tanah kaya dengan sejarah, budaya dan imaginasi yang tidak berpenghujung.
PERJALANAN BERMULA DI SINI |Korang boleh beli tiket sama ada di Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Kemudian, kita naik bot dan nikmati perjalanan dengan pemandangan yang mengujakan seperti:
Melaka River Cruise |
Cruise & Win 2019 |
Jika datang berkunjung ke Melaka, semestinya akan menjadi tidak lengkap tanpa mengambil peluang untuk menikmati keindahan bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini bersama river cruise selama 45 minit. Makluman, sejak sepuluh (baca: 10) tahun yang lalu, di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Sungai Melaka telah melalui perubahan yang ketara untuk mencapai tahap terbaik pada hari ini. Berasal daripada sebuah sungai yang mati, ia kini telah menjadi nadi kepada negeri Melaka, pusat tarikan pelancong di tanah kaya dengan sejarah, budaya dan imaginasi yang tidak berpenghujung.
Bergambar bersama Puan Lam Chooi Chan, Pegawai Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka |
PERJALANAN BERMULA DI SINI |Korang boleh beli tiket sama ada di Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Kemudian, kita naik bot dan nikmati perjalanan dengan pemandangan yang mengujakan seperti:
Perjalanan bot |
Di Jeti River Cruise |
Lukisan Mural Hang Tuah |
Pemandangan Malam Bangunan Lama |
Kincir Air Kesultanan Melaka |
Apa yang menariknya sepanjang cx menaiki bot river cruise ini, kita akan diberi peluang untuk mengalami sendiri episod sejarah dan warisan Melaka yang amat kaya dan bernuansa kontemporari sepanjang perjalanan kita melalui sungai Melaka yang penuh dengan keajaiban dan kebudayaan. Semasa dalam perjalanan, kita juga diperkenalkan dengan sejarah bagi setiap satu jambatan yang ada di sana. Cx teruja sungguh tengok jambatan² yang dibina. Berbeza dan mempunyai keunikan serta sejarah tersendiri.
1. Jambatan Tan Kim Seng (1862)
Penghormatan yang diberikan kepada seorang peniaga Melaka yang kaya dengan nama yang sama. Jambatan ini telah dimusnahkan pada tahun 1942 oleh pihak British dan dibina semula kepada keadaan semasa.
2. Jambatan Chan Koon Cheng (1908)
Mengganti jambatan imbang yang dibina pada tahun 1930 yang dahulunya membolehkan kapal melalui Sungai Melaka.
3. Jambatan Kg. Jawa (1714)
Kepala manusia yang telah dipancung lalu digantung dari tiang jambatan semasa zaman penjajahan Jepun. Juga dikenali sebagai 'Ghost Bridge' (Jambatan Hantu).
4. Jambatan Pasar (1500-an atau 1600-an)
Menghubungkan Kampung Hulu ke Pasar Tua Lama, jambatan kayu ini dibina semasa zaman pemerintahan Portugis.
5. Jambatan Old Bus Station
Gerbang kecil indah yang kini menghiasi jambatan ini dahulu cuma sebuah rangka besi sebelum dinaik tarafkan dan ia juga memberi akses ke stesen bas yang kini dipindahkan.
6. Jambatan Hang Jebat (dibina semula pada 2008)
Teknologi styrofoam yang unik menyokong asas jambatan ini.
Pembelian Tiket Atas Talian |
Okay jom cx kongsikan Harga Tiket bagi setiap satu. Sudah pasti ramai yang hendak tahu bukan? InShaaAllah berbaloi!
Dewasa
MyKad RM25.00
Bukan MyKad RM30.00
Kanak-kanak
MyKad RM15.00
Bukan MyKad RM25.00.
Bayi
Bawah Dua Tahun PERCUMA
OKU dengan MyKad
Dewasa RM15.00
Kanak-Kanak RM10.00
Warga Emas
60 Tahun ke Atas RM20.00
Pelajar Kolej/Uni Malaysia
Kad Matrik/Kad Pelajar untuk Pengesahan RM20.00
#i@sungaimelaka |
Waktu Beroperasi pula ada setiap hari bermula jam 9:00 pagi sehingga 11:30 malam. Jadi, tiada alasan untuk tidak sempat melainkan bot penuh dan perlu tunggu giliran. Hihi. Pembelian tiket juga boleh kita dapatkan melalui atas talian tau! Lagi mudah dan cepat! Masukkan sahaja berapa orang yang nak pergi dan pilih tarikh yang korang ada masa lapang untuk alami sendiri babak sejarah warisan Negeri Melaka ini. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh rujuk bawah okay.
Melawat Melaka beerti Melawat Malaysia
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
18 Comments
Oh ye. Macam mana keadaan sungai tersebut? Dah ok ke?
rasanya la kan tahun lepas kot pernah la nak naik, tapi tak jadi sebab rasa macam harganya mahal. haha
dewasa seorang rm18. macam tak berbaloi pula.. sekarang dah rm25 ye..