Menghayati Keenakan Menu Burger dan Slider Edisi Terhad Inspirasi Antarabangsa di Hard Rock Cafe, Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Menghayati Keenakan Menu Burger dan Slider Edisi Terhad Inspirasi Antarabangsa di Hard Rock Cafe, Melaka

Beberapa hari lalu, cx berpeluang dan dijemput untuk meraikan pelancaran menu baru (Edisi Terhad) di Hard Rock Cafe, Melaka.  Jika selama ini, cx asyik lalu sahaja di hadapan bangunan Hard Rock Cafe waima cx ni orang Melaka, tetapi tidak pernah pon jejak kaki ke sana.  Ini adalah satu momen baru dan cx rasa teruja kerana dijemput untuk bersama² dengan rakan blogger Melaka yang lain untuk menikmati dan menghayati keenakan menu burger serta sliders edisi terhad inspirasi antarabangsa di Hard Rock Cafe, Melaka.


Menu Burger Inspirasi Antarabangsa
Makluman semua, pada 1 May 2019, Hard Rock Cafe di semua cawangan telah melancarkan menu baru inspirasi antarabangsa dengan menggabungkan rasa eklektik iaitu gabungan rasa terbaik antarabangsa dan tempatan. Pelanggan dijamin akan menikmati pengalaman hidangan yang terbaik dan merasai keunikan burger serta sliders mereka. Waima resepi menu baru ini diimport tetapi ianya halal sebab semua yang tidak halal itu, digantikan dengan makanan halal. Hanya menu sahaja sama tetapi bahan semua dijamin suci dan halal.

Terdapat Enam (6) jenis Burgers dan Sliders yang diperkenalkan.  Semuanya mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur tau! Menu ini akan berakhir pada 30 Jun 2019.

TEX-MEX CHEESE BURGER

Tex-Mex Cheese Burger

Ianya terdiri daripada daging lembu, Jack cheese yang dicairkan, kemudian diselit dengan kepingan tortilla rangup. Dihias lagi dengan guacamole, pico de gallo, salad, tomato dan bawang. Roti bun dibakar.

BBQ TURKEY BACON CHEESE BURGER

Bbq Turkey Bacon Cheese Burger

Terdiri daripada: Daging lembu, kepingan daging ayam belanda (turkey), Cheddar cheese cair, hirisan bawang goreng yang rangup, dihidang bersama-sama sos BBQ, salad segar, tomato dan toasted bun.

DOUBLE-DECKER DOUBLE CHEESEBURGER

Double-Decker Double Cheeseburger

Double-Decker Double Cheeseburger ini telah wujud dalam menu Hard Rock Cafe yang pertama pada tahun 1971. Ianya merupakan inspirasi "Down Home Double Decker Burger" dari cawangan London.

Gabungannya terdiri daripada satu pound daging lembu, Cheddar cheese, mayonis, salad, tomato, bawang pula diapit oleh roti bun yang dibakar.

ALL AMERICAN SLIDERS

Satu hidangan: RM58.00

Closeup Lapisan All American Burger
Terdiri daripada Tiga burger daging kecil, Cheddar cheese, onion ring yang rangup dan coleslaw dan toasted buns.

Review | Masa cx makan ni, pergh! Padu pergi dia! Daging burger dia nampak sahaja comel saiznya tapi tebal! Serius! Bila cx makan, daging dia memang rangup sungguh! Ditambah dengan kehadiran cheese dan coleslaw, ia menggabungkan rasa enak yang sempurna! Rasa padu daging, lemak², masam² sikit dan semestinya sedap! Terbaik!

BUFFALO-STYLE SLIDERS

Set hidangan: RM58.00

Closeup lapisan Buffalo Style Sliders

Terdiri daripada: 3 burger daging saiz kecil dengan onion rings yang rangup, sos Buffalo dan blue cheese.

Review | Rasa dia seakan sama dengan All American Burger, cuma ianya tiada lapisan coleslaw.  Daging dia masih padu sebab tebal! Sedap sudah pasti!

MANGO FRUIT SLIDERS

Set hidangan: RM58.00

Closeup Mango Fruit Slider

Terdiri daripada: tiga burger lembu saiz kecil, yang dihias dengan Jack Cheese, chimchurri aioli, jam mangga masam manis, daging turkey dan avocado. 

Ianya menjadi inspirasi kerana telah memenangi pertandingan BurgerRocker dari Costa Rica

Review : Cx suka makan mango fruit slider ni sebab sedap! Gabungan bahan² yang unik bersama daging turkey, memang menjadikan cx rasa puas hati sungguh! Padanan rasa masam manis, lemak² dan kerangupan daging serta avocado, membuatkan cx rasa tak sanggup nak kunyah dan telan laju² sebab ianya sedap sangat! Cx makan perlahan² supaya dapat menikmati kelazatannya! Memang mengancam!

Barisan orang kuat Hard Rock Cafe Melaka. 

Secara keseluruhan, pada cx, menu burger dan slider ni memang padu! Almaklum cx dan suami merupakan peminat tegar daging. Kami memang gila makan daging. Jadi, cx bagi rate 5/5 . Memang puas hati makan! Nampak kecil tau saiz dia tapi baru makan satu setengah burger, terus rasa kenyang! Ini cx cakap betul punya. Memang kenyang sebab daging dia tebal dan padu!

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai status halal. Baiklah, jangan risau ya sebab; 
√ Pembekal bahan mentah untuk dapur Hard Rock Cafe Melaka, kesemuanya ada pensijilan status halal daripada JAKIM.  
√  Takungan air beralkohol adalah dibuat khas melalui pam dari bawah tanah. Ianya tidak bercampur atau terdedah secara awam di situ. Kawasan yang tidak halal adalah di satu ruang khas dan segala peralatan yang digunakan, akan dikendalikan hanya di tempat berikut.  Tidak akan masuk kawasan dapur cafe. Tukang cuci dan hidang juga orangnya berbeza. Mereka tidak campur semua perkara. Semuanya telah dikhaskan satu kumpulan di tempat tertentu. 
√  Pekerja dapur Hard Rock Cafe terdiri daripada 90% orang Muslim. Paling penting Chef Utama mereka adalah Muslim.

Jadi, jangan risau, InShaaAllah mereka amat menitikberatkan soal halal ini. Lebih-lebih lagi pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. 

Promosi Menu Edisi Terhad
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

19 Comments

o.m.g..! nmpk delicious giler!
Faries said…
Alamak sedapnya. Kite mmg suke burger style amerika mcm ni. Meleleh teruk airliur. Belum pernah lg pergi Hardrock. Boleh try soon. huhuhu
Cik Lily Putih said…
kalau kak lily pun pilih mango slider tuh, so kita dapat rasa masam manis pedas dalam burger tuh. tengok nampak kecik tapi isinya memang padatlah. burger kalau kat HRC even di KL ni pun memang camtu saiznyer. awesome
dr-Life said…
wahh... i dont remember when was my last moment with Hard Rock Penang... i love their food so much and of course i wanna go back there for makan2
Zharif Azis said…
Uwaaaaaaaaaaaaaaa ! silaplah bukak entri nie time tengah2 hari mcm nie. ya Allah tebal nya patty dia. mesti sedap dan juicy rasa daging tu. bestnya ! nak pergi cari jugaklah nanti. teringin pulak nk cuba
Qeela said…
woww tebal2 potongan daging burger dia tu semua kan, geram pulak tgk rasa nk try semuaa haha semua nmpk sedap2 belaka. Maybe if pergi Melaka lg boleh la try nnt.
ajumohit said…
mak aihh sedapnya weh. syukurla baca entri ni selepas berbuka kalau tidak sure meleleh ailio. puashati dapat makan burger macam ni. elok tebal dagingnya
Mahamahu said…
Banyaknya koleksi burger ni hehehe semua nampak sedap-sedap belaka hehehe nak juga pergi buka kat sini boleh tak wakakakaka....
Lia Hasty said…
Aduhai sedapnya tengok semua burger2 ni. Rasa nak pergi Hard Rock Penang pergi makan sekarang jugak. Baru boleh rasa dan komen sendiri kan sedap ke tak.
Farhana Jafri said…
Fuhhh uniknya ada burger daging turkey! Memang susah nak dapat la pilihan menu macam ni. Nanti singgah Melaka ada tarikan baru boleh try.
Nadia Johari said…
Pwegh tu dia.. Banyaknya jenis burger.. Double tu.. Mesti puas makan tu.. Daging pulak turkey.. Pergh mengancam.. Dapat burger mcm ni memg kenyang la kan.. Hehehe
Fadzi Razak said…
Nampak menyelerakan betul. Nak nak pulak patty burger tu tebal tebal. Nampak pun juicy. Sebenarnya tak pernah lagi jejak kaki ke Hard Rock ni. Bila baca entry ni terasa nak cuba pulak
Julia Mahir said…
Adoiii teringin je jugak. Dah la baca ni tgh bulan Puasa ni. Menggugat iman sungguh! Hahaha. teringin gak nak merasa masuk Hard Rock satu hari nanti haha.
kalu sorang makan ni confirm kenyang sebab portion burger nampak besar & tebal betul isi daging tu. BBL tak pernah lagi pergi Hard Rock Melaka tapi kalu Hard Rock lain dah masuk sekali. Kalu jalan-jalan ke melaka boleh singgah cuba burger kat sini
Mawardi Yunus said…
wow nampak menarik dan sedap sis. dulu pernah sekali masuk makan di hard rock KL. Burger-burgerdiamemang besar dan berbaloi nak makan
Hanny Abdullh said…
Peghhh nasib baik baca entry ni waktu kol 2 pagi..kalu x dah menceceh air lioq..hehehe. Nampak sedap betul burger dia.Lama dah tak masuk HRC ni, makanan dia memang sedap2.
Nina Mirza said…
Jahatnya gambar! Terliur kita.... Huhuuu
Banyaknya pilihan Burger! Patty nya tebal ya ampun. Meriah sungguh. Berbaloi-baloi buka puasa kat sini
Rawlins GLAM said…
Astaga. Burger apakah itu? Tebalnya bukan main. Alangkan kat McD dan Burger Kings pun Rawlins kena makan layer by layer, yang nie memang bercinta la nak makan kan. Mesti rasa dia best gak tu.
Sunshine Kelly said…
When ever i go to Melaka i always passby this hotel and cafe but tak pernah try their food there also. Maybe I should singgah cos their burgers macam so delicious.