بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hai semua. Kelmarin cx berkesempatan menyertai JomRun sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2019 dan Save Our Rainforest Race (SORR2019) yang berlangsung di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka. Buat kali ketujuh, program Save Our Rainforest Race atau lebih terkenal dengan jenama SORR anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA MALAYSIA) telah berjaya diadakan. Program ini telah mencapai sasaran menanam 1,000 batang anak pokok hutan dengan penyertaan 1,000 orang peserta dari sekitar negeri Melaka dan negeri-negeri lain termasuk dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah menengah dan antarabangsa, agensi kerajaan, badan berkanun, ngo-ngo dan individu-individu.
Tema SORR tahun ini adalah "Save Oir Rainforest to Save Our Wildlife" (Selamatkan Hutan untuk Melindungi Hiduoan Liar) . PEKA memilih tema tersebut untuk meraikan kepelbagaian dan keunikan liar negara kita yang diberkati. Bagaimana hendak selamatkan hidupan liar, jika kita memusnahkan habitatnya (hutan), kata Setiausaha Agung PEKA Malaysia merangkap Pengerusi SORR2019, Encik Abang Abdul Rahman Hamid. Bersempena juga dalam mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2019, berslogankan kerakaan negeri Melaka "Pintar, Hijau, Bersih".
Para peserta telah dilepaskan tepat jam 9:30 pagi oleh Yang Berhormat. Laluan SORR kali ini melibatkan laluan sejauh 14.4km bermula dan tamat di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh. Sepanjang laluan perlumbaan, peserta diberikan beberapa tugasan di sembilan ''Check Point' termasuk aktiviti menanam pokok hutan.
Visi utama SORR 2019 pada kali ini adalah untuk memupuk dan mendidik masyarakat untuk menghargai khazanah alam di negara ini. Khazanah alam bukan sahaja hutan, sungai, flora dan fauna, tasik serta pelbagai lagi yang terdapat di daratan tetapi termasuk hidupan laut, pantai dan banyak lagi.
"Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah SORR pada kali ini adalah untuk memberi peluang kepada semua negeri di Malaysia disamping mempromosikan penghayatan kecintaan kepada khazanah alam kepada rakyat pelbagai peringkat umur, jantina dan kerjaya secara menyeluruh. SORR yang pertama telah diadakan pada tahun 2013 diikuti di Hutan Simpan Sg.Besi, Kuala Lumpur (2014), Hutan Lipur Kuala Woh Tapah, Perak (2015), dan Hutan Simpan Sg. Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan (2016), Pulai Pinang (2017) dan Selangor pada tahun lepas.
PEKA Malaysia yang ditubuhkan sejak 2010 merupakan bukan sebuah badan kerajaan (NHO) yang memperjuangkan isu-isu alam semulajadi khususnya hutan hujan tropika di Malaysia dan sering diadakan program² penanaman semula pokok² hutan di kawasan yang telah dimusnahkan akibat kerja² pembalakan. Program² tersebut turut dijalankan dengan kerjasama agensi² kerajaan, badan berkanun, swasta, pusat pengajian tinggi dan kolej, sekolah antarabangsa dan individu² yang menghargai khazanah alam di negara ini
SORR 2019 ini turut mendapat kerjasama daripada prlbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka, agensi² kerajan Negeri Melaka, mendapat sokongan dari sektor pendidikan seperti Cempaka School, Achmar, UiTM AABGS, UiTM Melaka, Uniten, Usim, Utem, Putra College. Manakala penaja utama SORR 2019, adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Penaja sokongan pula adalah Tanah Aina Berhad, Ikhasas, Mycar, dan Corncorde Shah Alam sebagai penaja makanan sejak 2013. Penghargaan juga buat NALSMY dan JOMRUN, bersama menjayakan SORR 2019. Penaja² KEEK Collection, Malaysia Airlines, Nestle, 100Plus, Doraemon, Hotel Equotaril Al-Najwa, Saha Associated, Hotel Metrasquare dan RekaReka

22 Comments
www.maisarahsidi.com