Donhu Jurassic Garden, Dinasour Park Muar Johor; Tarikan Pelancongan yang Menarik di Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

DONHU JURASSIC GARDEN, DINASOUR PARK, MUAR JOHOR; TARIKAN PELANCONGAN YANG MENARIK DI MALAYSIA

Hai semua! Siapa pernah tengok dinasour depan-depan? Semestinyalah tidak kan? Hihi. Kalau tengok dalam televisyen siaran National Geography, sudah tentu kita dapat gambarannya. Sekarang ni, di Muar Johor, Malaysia telah dibangunkan satu kawasan yang menjadi tarikan para pelancong bagi menjelajah dunia dinasour. Waima kawasannya sederhana tetapi memang seronok dapat pergi ke sana. Bukan anak-anak sahaja yang teruja, mak dia pon sama naik. Haha.

Dinasour yang menyambut kehadiran pelawat. Hihi

Pintu Masuk Depan. Dia boleh je parking belakang

Masa pergi sini, kami tak rancang pon.  Pagi tu abanh cx ajak pergi sarapan ke Muar, kedai Hipster makan Satay. Hihi. Korang boleh baca di entry ini okay; R&H Cafe Muar Johor; Sarapan Hipster dan Satay Dara Maharani.  Dah alang-alang ada di kawasan sana, abang cx pon bawalah kami masuk. Lagipun percuma. Cx pertama kali sampai sini. Abang, kakak, mak, dan anak cx dah dua kali sampai. Seronok juga rupanya bila sampai sini. Cx yang teruja lebih. Hahah! Yelah, mana tidaknya, dinasour dia bergerak-gerak. Hihi. Teruja!

Bila masuk dalam ni, ada empat tempat yang boleh kita terokai sambil bermain.  Tiket pon berbaloilah. Antara yang menarik adalah; Pengembaraan Dunia Dinasour, Bumper Car, Dinasour World Water Fun dan Pengembaraan Kereta Api Dunia Dinasour. Setiap tempat ini, ada harga tertentunya. Jom cx kongsikan gambar tempat permainan dan pengembaraan Dinasour yang disediakan.

Kaunter Tiket

Pengembaraan Dunia Dinasour; Kanak² akan ditemani oleh ibu atau bapa. [RM5.00]

Pengembaraan Kereta Api Dunia Dinasour. Satu box boleh buat dua dewasa dan seorang kanak-kanak. [RM10.00]

Laluan Kereta Api Mengelilingi Sekumpulan Dinasour Pelbagai Jenis

Bumper Car; [RM10.00]

Dinasour World Water Fun; [RM10.00]

Cx taklah main semua. Banyak betul duit. Hahaha! Anak cx nak naik Pengembaraan Dunia Dinasour yang RM5.00 tu.  Dalam dia memang best! Pusing² bawa dinasour motor tu sambil tengok Dinasour yang mengaum bunyi sepanjang jalan kami. Cx ada rakam tapi nanti tengok dekat Instagram okay. Hihi. Kalau ikutkan, memang anak cx nak main semua tapi mak dia tak bagilah. Kopak mak dia. Hahah! Seronoklah juga dekat sini. Teruja dok tengok dinasour. Haha! Anak cx yang kedua tu takut sikit. Hahah! Paklong dia acah² dekat dinasour pon dah jerit haha. Dah ajom cx belanja gambar² dinasour yang sempat kami snap!









Yeah! Banyak lagi sebenarnya yang dekat dalam kawasan permainan jelajah tu. Ada sahaja video dia tapi taknak share sini. Hihi. Okay, korang kalau belum ke sini, ajomler bawa keluarga. Anak² pasti suka dan teruja tau! Okay sebelum cx tutup entry, cx belanja satu lagi gambar dekat kawasan tengah Jurassic Park itu ya. Okay bai!

Semua dinasour ini boleh bergerak dan berbunyi. Hihihi. Excited!

Semoga Bermanfaat
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

21 Comments

Cik Nor said…
syaza nak sekor dinosour tu..nak ltk dpn pintu pagar rumah..hihi
Sizzling Suzai said…
Wow jugak walaupun simple tapi kalau utk bdk2 ni dh ckup happy sgt dh ni n plg penting sy rs harga die mmg affordable!! hi slm perkenalan dari sy Suzai :)
el said…
dah banyak taman dinosour kat malaysia ni..kat penang pun ada tapi tiket dia mahal bapak hahaha..betul tu kdg2 mak pak yang teruja ari anak2..yelah excited nak ambil gambar anak2 dgn dinosour kan
khai artzfar said…
wah ada dinasour! teringat mimaland hahahaha. biarpun kecik tapi very informative kpada pengjung. at least takde la dorg nanti tertanya macam mana rupa dia kan?
Qaseh Dalia said…
Nak tengok dinasour betul haha tak sempat tgk kena ngap , kalau budak2 ni mesti suka n eksited , johor byk tmpat menarik
cindyrina said…
kanak kanak sure teruja kan datang sini. Best gak boleh introduce they all dengan pelbagai hidupan pra purba. Boleh la buat activity hujung minggu.
Hizami Li said…
wah! tengok dinosaur depan mata! tak boleh lepaskan peluang ni. kanak-kanak mesti seronok tengok replika dinosaur dengan mata kepala sendiri.
eh.. kita pernah pergi sini jugak dulu lupa nak tulis la.. hahaha.. best sgt! anak2 pun suka.
Fadzi Razak said…
Alahai, ni kalau bawak aneeq ni mesti die meraung sebab takut dinasour. dah lah dinasour tu nampak real je besar macma tu kan. Pernah Fadzi bawak aneeq pergi karnival upin ipin, ade dnasour. punye die takut huhuhuh
Nina Mirza said…
Tempat yang menarik bawak anak-anak. Kita trngok lun dah teruja apatah lagi depa kannnn... Ni kalau anak-anak kak nina depa yamg sakan suruh snap gambar depa . Mak sila bertabah. Hahaa
Syamimi Saad said…
Kita suka pergi tempat macam ni. Tapi kalau nak kena bayar sesaja kopak poket jugak dibuatnya kan.
Kita suka tengok benda benda macam alam semulajadi dari jalan jalan kat mall. Hehe
Kayathre said…
Nampak menarik. Mesti kanak-kanak suka pergi sini. Good place to bring kids during holidays.
Zharif Azis said…
dinosaur nie memang kesukaan ramai, baik yang besar mahupon kecil. excited betul kalau nampak dinosaur. terutama sekali budak2 lah. dorg memang gila betul bab dinosaur nie. nanti boleh bawa sanak saudara dtg ke sini. mesti dorg suka
SlumberLady said…
Anak mesti excited ni. Dia minat sangat dengan dinosaur sampai maknya kena hafal dan bezakan jenis-jenis dinosaur. Baca buku dinosaur hari2. Haha. Dapat tgk real life mahu tak nak keluar.
seronok tengok dino kat sini...anak2 kalau datang sini mesti teruja punya..sbb dino ni antara feveret dowang...bagusla ada taman macam ni..tarikan terbaru bawa famili
Tengkubutang said…
alaaa.. dekat muar johor.. jauh la pulak.. ni mesti harraz suka jugak ni kalau TB bawak dia pi tengok dinosaur ni.. alahai.. TB pun suka dinosaur.. huhu
Zandra Zane said…
eh so niceeee, ni actually lagi menarik daripada yg kat dlm mall. baru fefeeling alam semulajadi teruih kan. Haha siap bepanas tapi itu la yang best! rasa pengalaman dinosaur di habitat asal dia. eh. Haha tapi kenapa macam tak ada orang share kat fb eh. ni patut viral tau!
Cik Min said…
Wah..menarik sangat ni! Kalau bawak budak2 mesti seronok sangat ni kan? Actually kak min pun teringin nak gi haha
penaberkala said…
Uish, kat Johor pun dah ada ni. Meriah la kalau bawak anak anak pi sini.banyak benda boleh explore. Mesti dorang excited tengok Dinasour depan mata
Hanny Abdullh said…
Kalau bawak anak2 kecik suka lah depa ni. Satu tarikan jugak ni walaupun simple..atleast ada kan. Bolehlah singgah nanti kalau ke Johor
Anonymous said…
Buka hari ape je ek ?