بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hai semua. Hari ni nak kongsikan sedikit resepi mudah. Cx sangat suka makan roti puri ni tapi dulu resepi dia kena pakai yis yapi sekarang, tak perlu lagi dah. Semang sangat. Cx dapat resepi ini pon atas perkongsian rakan facebook. Alhamdulillah sedap juga rupanya guna resepi ni. Cx dahlah suka roti puri. Dok makan panas-panas memang ummphh! Tak sempat nak menoleh ke belakang langsung! Aicewah! Sebelum ini pon ada kongsi resepi roti puri tapi dengan yis lah dan banyak pula bahan serta step nak membuatnya. Sekarang ni dah senang!
Resepi Roti Puri
1. Tepung Gandum (4 cawan)
2. Minyak Masak Panas (2sdb)
3. Air Garam (2 cawan) (Air+ 2sdt Garam)
4. Gula (2sdt)
Cara-cara
1. Tuangkan minyak panas ke dalam mangkuk yang telah berisi tepung.
2. Gaulkan biar sebati menggunakan sudu.
3. Masukkan air garam dan gula. Gaul sehingga menjadi doh pejal.
Doh yang dikehendaki. Pastikan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pejal sebab kita akan gelek doh menjadi leper. |
Okay, setelah dileperkan doh, ajomlah kita buat tekapan. Kita tekap dia comel² sahaja. Pakai apa yang ada dekat rumah. Cx pakai cawan plastik ikea sahaja. Mudah dan cepat. Hihi. Asal ada bentuk dan memuaskan hati juga pandangan mata. Alhamdulillah dah.
Taraaa, macam nilah jadi bentuknya. Comel². Lepastu gorengkanlah ia. Cara goreng pon kena betul supaya puri mengelembung naik cantik |
Cx memang buat banyak sebab suka makan. Anak-anak cx pon suka makan. Manis katanya. Biasalah budak-budak memang suka makan manis-manis. Sedangkan mak dia letak sikit sahaja gula supaya sesedap rasa bila kita makan. Ratah macam tu pon ssedap dah. Tapi cx lawankan dengan kuah lada dan sambal ikan bilis bawang bersepah. Hahaha! Makan panas-panas secara berjemaah dilawan dengan air teh ke kan? Nescafe kopi pon sedap. Fuh! Marvelous!
Bolehlah tengok video cara menggoreng ya. Maafkan kebisingan sudip dan kuali itu. Hahahaa! Boleh sahaja nak letak dan dibiar ianya masak sendiri tapi tak berapa nak jadi dan naiklah gelembung dia. Nanti jadi flat, sepatutnya sfera. Eh! Haha je Okaylah, selamat mencuba! Bai.
Berkongsi itu Pahala
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
36 Comments
Mudah je rupanya buat benda ni. Macam roti goreng kan? Ni kalau cicah dengan kari ayam memang terangkat lah!
boleh la cuba cara baru ni..:-)