بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Okaylah, siapa lagi yang dah cuba KFC Ghost Pepper Zinger ni? Komen sikit pada pendapat perasa lidah korang. Kot ada yang kata pedas? Hihi lepasni nak cuba pizza eggyolk plak. Belum berkesempatan untuk rasa lagi.
Jalan jalam cari makan
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu
Haritu ramai betul kongsi pasal KFC Ghost Pepper Zinger dekat media sosial. Cx pon taknak lepaskan peluang. Almaklum cx suka juga makan yang pedas-pedas ni. Makanya kelmarin tiba-tiba encik suami ajak makan dekat luar lepas cx cakap nak makan burger ramli depan rumah. Hahah. Terus encik suami suruh buat pilihan nak makan apa. Cx apa lagi, semestinya pilih KFC Ghost Pepper Zinger. Taknak kalah juga kan? Haha Alhamdulillah.
Set sekali dengan anak² |
Kami suami isteri pilih Ghost Pepper Zinger semestinya. Anak-anak makan set ayam nugget dan kami tambah cheesy wedges. Air pilihan semestinya air milo sebab encik suami tak minum air gas. Cx pon elakkan ambil air gas bila menyusu anak. Alhamdulillah spend time dengan keluarga. Nampak simple tapi kualiti masa bersama itu sangat dititikberatkan. Okay jom cerita sikit pasal Ghost Pepper Zinger ni
Dok dengar khabar KFC Ghost Pepper Zinger ni pedas gila tapi bila makan, tak jumpa pon pedas dia. Hahaha. Cx dan encik suami makan dok tambah-tambah dengan sos tapi biasa je. Last² cx muak hahahahha! Bak kata encik suami, cx tak boleh makan banyak kalau macam burger² ni. Tapi kalau nasi, berkoyan pinggan pon boleh hahah! Tapi KFC Ghost Pepper Zinger ni okaylah biasa sahaja. Boleh makan tapi tahap kepedasan itu tak ada. Yalah, orang imagine ianya pedas kaw² tapi rupanya tak berapa menyengat. Sorry KFC. Pedas lagi sos McD. Hihi Ada juga yang cakap KFC Ghost Pepper Zinger ni pedas geli-geli sahaja.
Masa ni dah mula tak boleh nak habiskan hahah |
Okaylah, siapa lagi yang dah cuba KFC Ghost Pepper Zinger ni? Komen sikit pada pendapat perasa lidah korang. Kot ada yang kata pedas? Hihi lepasni nak cuba pizza eggyolk plak. Belum berkesempatan untuk rasa lagi.
Jalan jalam cari makan
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu
27 Comments