Review: KFC Ghost Pepper Zinger Kurang Menyengat!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haritu ramai betul kongsi pasal KFC Ghost Pepper Zinger dekat media sosial. Cx pon taknak lepaskan peluang. Almaklum cx suka juga makan yang pedas-pedas ni. Makanya kelmarin tiba-tiba encik suami ajak makan dekat luar lepas cx cakap nak makan burger ramli depan rumah. Hahah. Terus encik suami suruh buat pilihan nak makan apa. Cx apa lagi, semestinya pilih KFC Ghost Pepper Zinger. Taknak kalah juga kan? Haha Alhamdulillah.

Set sekali dengan anak² 

Kami suami isteri pilih Ghost Pepper Zinger semestinya. Anak-anak makan set ayam nugget dan kami tambah cheesy wedges. Air pilihan semestinya air milo sebab encik suami tak minum air gas. Cx pon elakkan ambil air gas bila menyusu anak. Alhamdulillah spend time dengan keluarga. Nampak simple tapi kualiti masa bersama itu sangat dititikberatkan. Okay jom cerita sikit pasal Ghost Pepper Zinger ni 



Dok dengar khabar KFC Ghost Pepper Zinger ni pedas gila tapi bila makan, tak jumpa pon pedas dia. Hahaha. Cx dan encik suami makan dok tambah-tambah dengan sos tapi biasa je. Last² cx muak hahahahha! Bak kata encik suami, cx tak boleh makan banyak kalau macam burger² ni. Tapi kalau nasi, berkoyan pinggan pon boleh hahah! Tapi KFC Ghost Pepper Zinger ni okaylah biasa sahaja. Boleh makan tapi tahap kepedasan itu tak ada. Yalah, orang imagine ianya pedas kaw² tapi rupanya tak berapa menyengat. Sorry KFC. Pedas lagi sos McD. Hihi Ada juga yang cakap KFC Ghost Pepper Zinger ni pedas geli-geli sahaja.

Masa ni dah mula tak boleh nak habiskan hahah

Okaylah, siapa lagi yang dah cuba KFC Ghost Pepper Zinger ni? Komen sikit pada pendapat perasa lidah korang. Kot ada yang kata pedas?  Hihi lepasni nak cuba pizza eggyolk plak. Belum berkesempatan untuk rasa lagi.

Jalan jalam cari makan
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu

Post a Comment

27 Comments

Syafiera Yamin said…
lama tak makan KFC hahaha sebab satu je MAHAL kah kah kah.. I beli ayam 1kg bawah rm15... masak satu jeluarga dapat makan kah kah kah... tapi tengok gaya roti tu Allahu macam scary je
Illya LeYa said…
Memang tak pedas pun. LeYa pun tercari-cari di manakah kepedasannya... Hahaha... Ternyata tak pedas. Ermmm....
Chris_Sella said…
wowwww ada menu baru, dah sebulan tak pergi KFC. tapi kalau Ghost Pepper Zinger pedas, memang tak sesuai la untuk anak saya.
Syiera Firdaus said…
Hahha tak pedas kan? Rasa sedap tu boleh la. Cuma timun tu tak boleh lagi besar ke?😂😂😂
Hunny Kitty said…
Tak cuba lagi sebab tak berapa yakin ngan rasa dia....hmmm..tak tau nak kata maybe presentation dia agak tak sampai kenhati kot
LizzaBella said…
My husband Zuan pun ada try few days ago and he didn't like it. Lagi2 sebab dia memang "hantu" burger tapi dia kata burger KFC ni tak ber"hantu" langsung tak sesuai dengan namanya. Haha..
Cik Nor said…
syaza...mmg timun dn tomato tu dia hiris tebal eh?hihi
CXopportunities said…
Hahaha sesekali makan KFC. Harga sekarang memang dah macam seekor ayam 😅
CXopportunities said…
Kannn?? Makan jelah time tu yg mampu. Dah beli. Kenalah habiskan hahah
CXopportunities said…
Aah betul. Anak tak sesuai. Pedas
CXopportunities said…
Hahahahah haa ! Kan! Masa mula² buka pon cakap mcm tu. Kenapa timun kau besau nau! Takleh nak besau lagi ke? Hahaah
CXopportunities said…
Hehe aah presentation dia biashe biashe ajer.
CXopportunities said…
Ya betul. Sokong! Baru dok ingatkan pedas dia tahap ramen. Tapi rupanya indah khabar dari rupa.
CXopportunities said…
Aah ciknor. Hahaha memula tgk pon terkejut hahaha
Ezna Khalili said…
Ada hari tu suami nak beli da habis pulak. Tak pedas ye?. Rasanya dia nak bagi bebudak pun makan tak tu la tahap pedas geli geli ajer. Hehe.
Mahamahu said…
Kita pun tak cuba lagi KFC Ghost ni hehehe tengok macam sedap sebab warna merah tapi tak pedas sangatkan yang ni... tak tahu sebab KFC ni cepat sangat keluar yang baru tak sempat nak kejar wakakakka...
Mek Onie said…
Allahu, kita dah la tengah puasa ni. Best jugak kalau dapat makan kfc. dah terliur tengok KFC. Ya my lil bro pun kata, yang ni biasa-biasa je. Kurang menyengat :D
cindyrina said…
Alamak Roti pun color merah. I baru nak pi try esok. Nasib tak pergi lagi. Kalau tak sure I kutuk macam I try McD Burger Nasi Lemak hari tu. kekekeke
Hanny Abdullh said…
Ketinggalan betul sis ni..tak tahu pun ada burger ni..hahaha. Nak try gak lah nanti..nak tahu leh terima ke tidak kat tekak ni..:)
Mimie said…
KFC kalau keluar menu baru memang dah tak tergugat iman sebab iklan nampak wow sangat .Tapi bila beli dan makan rasanya kurang menyengat Kadang frust makan sebab tak sama macam yang diiklankan
Izaramli said…
Tak pernah try lagi. Takut pedas. Tapi agaknya CX memang jenis makan pedas kot tu yang tak rasa tu. Kalau Iza ni mesti dah 3 4 cawan air minum. Tgk roti dia pun dah rasa cuak. Hahah
KFC original secret recipe chicken is always my choice! Love the aroma and crispy texture! The potato mash also nice to eat, but, always inadequate amount of the gravy.
Lia Hasty said…
Kita tak Cuba lagi lah kfc baru ni .Tengok. Iklan macam best je nmpak sedap .Kena cyba sendiri baru boleh bagi feedback ni .
yer stuju sgt KFC dah xmcm dulu. beria iklan tapi hakikatnya tak best lansung bila mkn. apa yg silap xtau rase pun dah x macam dulu
Tekkaus said…
OK~so I am not going to try this anymore since it is not as spicy as advertised. LOL :D
Sunshine Kelly said…
Oh this one I have not try yet, nanti I cuba but sad that it's not as spicy as what they mentioned. Thanks for the review.
tak try lagi. tpai rasanya takmo try sebab takut pedas. hehe merah cemtu takut.. tapi tu pun kurang menyengat eeyh ??