Holla! Lately macam banyak pula update pasal produk kecantikan dan penjagaan kulit wajah kan? Hari ni cx nak kongsi sikit tempat makan yang cx pergi kelmarin. Abang cx ajak sarap di Muar Johor. Pergh! Kemain jauh lagi sarapan pagi dari Melaka ke Muar. Hihi Bukan selalukan? Sebelum ini pon pernah juga sarapan ke Muar tapi cx pergi ke Murtabak Singapore. Masa tu awal tahun perkahwinan pergi ramai-ramai dengan geng suami. Kali ni kita pergi ke R&H Cafe Muar Johor, Cafe Hipster yang menghidangkan Sate dan pelbagai sarapan di pagi hari. Boleh tahan hipster hahah!
|
R&H Cafe, Muar Johor |
Apa yang hipster sangat tu cx? Haha pada cx, ianya memang hipsterlah sebab cx order sirap bandung tapi sampainya sirap warna hijau. Hehe hipster kot ! Mak cx order air barli suam tapi sampainya barli suam umpama air kelapa. Eh! Ini betul² tau. Orang tu yang cakap. Memang air dia sedemikian. Hipster habis. Waima air dia hipster tapi rasa dia Alhamdulillah masih serupa. Hebat buat air warna lain tapi rasa masih kekal serupa. Nak tengok tak air dia? Haa meh! Cx kongsikan dekat bawah. Ohya! Siapa dah pernah pergi sini? Kongsi sikit review dekat komen ya. Cx lak jakun bila order air hipster macam ni. Hehe
|
Air Sirap Bandung Pandan Soda. [RM4.50] |
|
Air Barli Pandan Boi [RM4.50] |
Hipster mereka terjadi bila dicampur dengan pandan. Makanya, jadilah air barli hijau dan sirap pon hijau. Hebat! Okay, kami datang sini sebab kakak dan abang cx nak makan sate dia. So kami ikut sajalah jalan-jalan sebab baru sahaja selesai sarapan. Lewat sikit sahaja dapat invitation. Hehehe Cx pon minum air sahaja. Lain² semua mereka yang order. Mak dan nenek cx pon ikut sama. Maka ramailah satu kereta. Lima dewasa dan dua kanak-kanak. Anak cx lettew. Haha Okay jom usha sikit apa yang kami order.
|
Mee Rebus Jawa [RM4.00] |
|
Sate Dara [RM0.80 secucuk]. Kira yang makan sahaja. |
|
Roti Manja [RM5.50] |
|
Roti Bakar [RM2.00] |
Haa itulah antara yang kami order. Boleh tahan juga rasa masing-masing di atas ni. Cx rasa sikit-sikit sahaja, jamah sebab dah kenyang makan nasi lemak sebelum tu di Melaka. Roti Manja tu pon sedap. Tak loya tapi kalau makan dengan lada sulah bagi pedas sikit. Kalau makan gitu sahaja, memang muaklah hahaha! Sate dara dia sedap! Isi besar! Padu sahaja bila makan. Sate dara ni viral juga dekat kedai sini. Rata-rata datang, mesti order sate. Mee rebus jawa dia pon okay. Mungkin tekak cx sedang kenyang masa tu, makanya mungkin tahap kesedapan paling maksima dia tak sempat nak melantun. Hihi. Tapi InshaaAllah ramai juga order masa tu cx tengok. Penuh juga kedai pagi tu. Roti bakar tu macam biasalah seperti kita order dekat kedai² lain. Okay, dibawah ni cx kongsikan menu lain yang mereka sediakan ya. Macam-macam ada, pilih sahaja.
|
R&H Cafe: Sate Maharani, santapan hebat pengerat hubungan |
|
Menu Makanan |
|
Menu Minuman |
|
Special Menu: Weekend |
Okay, nanti pergi sana dan cuba sendiri okay. Kedai dia pon cantik, mesra pelanggan, dihiasi denganm mural Flienstone dan rama-rama besar. Cantik! Ada kereta kartun Flienstone juga. Anak cx kemain teruja lagi suruh ambil gambar tau! Mak dia memang kerjanya ambil gambar sahajalah. Dah mak dia blogger. Mestilah nak kongsi dekat blog kan? Untung badan, tuan kedai offer makan free untu review ! Haha! Dah²! Jom tengok sikit keadaan kedai mereka. Banyak gambar famili mereka juga di sana. Menarik.
|
Kemain lorat lagi suruh ambilkan gambar dia. Maaf mak terpaksa tutup muka awak. Haha! |
|
Ada mural rama² besar dan Flienstone! |
|
Senarai Menu lain di kedai mereka |
Okay dah! Settle! Kenyang makan! Daripada ramai orang, sehingga pekerja dekat situ dah siap kemas meja naikkan kerusi lagi, kami masih lepak situ. Haha. Alah! Bagilah can. Kami bukan selalu datang. Kami dari Melaka tau ke Muar pagi hari semata² nak sarap Sate Dara Maharani Muar Johor ni. Apa² pon terbaik!
Alhamdulillah Rezeki Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
23 Comments
Air barli tu ada bubuh apa lagi? Nampak macam berketul ketul besar je..
Dah lama betul tak makan sate..
Mesti sedap kan sesekali dapat makan.
Tengok harga pun okay je..