R&H Cafe Muar Johor: Sarapan Hipster dan Sate Dara Maharani

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! Lately macam banyak pula update pasal produk kecantikan dan penjagaan kulit wajah kan? Hari ni cx nak kongsi sikit tempat makan yang cx pergi kelmarin. Abang cx ajak sarap di Muar Johor. Pergh! Kemain jauh lagi sarapan pagi dari Melaka ke Muar. Hihi Bukan selalukan? Sebelum ini pon pernah juga sarapan ke Muar tapi cx pergi ke Murtabak Singapore.  Masa tu awal tahun perkahwinan pergi ramai-ramai dengan geng suami. Kali ni kita pergi ke R&H Cafe Muar Johor, Cafe Hipster yang menghidangkan Sate dan pelbagai sarapan di pagi hari. Boleh tahan hipster hahah! 

R&H Cafe, Muar Johor

Apa yang hipster sangat tu cx? Haha pada cx, ianya memang hipsterlah sebab cx  order sirap bandung tapi sampainya sirap warna hijau. Hehe hipster kot ! Mak cx order air barli suam tapi sampainya barli suam umpama air kelapa. Eh! Ini betul² tau.  Orang tu yang cakap. Memang air dia sedemikian. Hipster habis. Waima air dia hipster tapi rasa dia Alhamdulillah masih serupa. Hebat buat air warna lain tapi rasa masih kekal serupa. Nak tengok tak air dia? Haa meh! Cx kongsikan dekat bawah. Ohya! Siapa dah pernah pergi sini? Kongsi sikit review dekat komen ya. Cx lak jakun bila order air hipster macam ni. Hehe

Air Sirap Bandung Pandan Soda. [RM4.50] 

Air Barli Pandan Boi [RM4.50]

Hipster mereka terjadi bila dicampur dengan pandan. Makanya, jadilah air barli hijau dan sirap pon hijau. Hebat! Okay, kami datang sini sebab kakak dan abang cx nak makan sate dia. So kami ikut sajalah jalan-jalan sebab baru sahaja selesai sarapan. Lewat sikit sahaja dapat invitation. Hehehe  Cx pon minum air sahaja. Lain² semua mereka yang order. Mak dan nenek cx pon ikut sama. Maka ramailah satu kereta. Lima dewasa dan dua kanak-kanak. Anak cx lettew. Haha Okay jom usha sikit apa yang kami order.

Mee Rebus Jawa [RM4.00]

Sate Dara [RM0.80 secucuk]. Kira yang makan sahaja.

Roti Manja [RM5.50]

Roti Bakar [RM2.00]

Haa itulah antara yang kami order.  Boleh tahan juga rasa masing-masing di atas ni. Cx rasa sikit-sikit sahaja, jamah sebab dah kenyang makan nasi lemak sebelum tu di Melaka. Roti Manja tu pon sedap. Tak loya tapi kalau makan dengan lada sulah bagi pedas sikit. Kalau makan gitu sahaja, memang muaklah hahaha! Sate dara dia sedap! Isi besar! Padu sahaja bila makan. Sate dara ni viral juga dekat kedai sini. Rata-rata datang, mesti order sate.  Mee rebus jawa dia pon okay. Mungkin tekak cx sedang kenyang masa tu, makanya mungkin tahap kesedapan paling maksima dia tak sempat nak melantun. Hihi. Tapi InshaaAllah ramai juga order masa tu cx tengok. Penuh juga kedai pagi tu. Roti bakar tu macam biasalah seperti kita order dekat kedai² lain. Okay, dibawah ni cx kongsikan menu lain yang mereka sediakan ya. Macam-macam ada, pilih sahaja.

R&H Cafe: Sate Maharani, santapan hebat pengerat hubungan

Menu Makanan

Menu Minuman

Special Menu: Weekend

Okay, nanti pergi sana dan cuba sendiri okay. Kedai dia pon cantik, mesra pelanggan, dihiasi denganm mural Flienstone dan rama-rama besar. Cantik! Ada kereta kartun Flienstone juga. Anak cx kemain teruja lagi suruh ambil gambar tau! Mak dia memang kerjanya ambil gambar sahajalah. Dah mak dia blogger. Mestilah nak kongsi dekat blog kan? Untung badan, tuan kedai offer makan free untu review ! Haha! Dah²! Jom tengok sikit keadaan kedai mereka. Banyak gambar famili mereka juga di sana. Menarik. 

Kemain lorat lagi suruh ambilkan gambar dia. Maaf mak terpaksa tutup muka awak. Haha! 

Ada mural rama² besar dan Flienstone!

Senarai Menu lain di kedai mereka
Okay dah! Settle! Kenyang makan! Daripada ramai orang, sehingga pekerja dekat situ dah siap kemas meja naikkan kerusi lagi, kami masih lepak situ. Haha. Alah! Bagilah can. Kami bukan selalu datang. Kami dari Melaka tau ke Muar pagi hari semata² nak sarap Sate Dara Maharani Muar Johor ni. Apa² pon terbaik! 

Alhamdulillah Rezeki Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

23 Comments

Sha Mohamed said…
Panas-panas nie kalau dapat air sirap pandan bandung soda tu memang nyaman lah tekak..
glad you sharing here, my friends going to JB soon this weekend. I can let her know of this place if she plan to go dine. I seldom to JB now, last went JB was few years back.
mek yunie said…
kita plan nak pegi johor hjung tahun ni. kena buka balik blog CX nanti.
Kayathre said…
Nampak menarik. Banyak item dalam menu. Will visit this restaurant soon.
Mimie said…
Sate dara, roti manja semua buat tekak kita mengidam tau .Meleleh air liur tengok. Eh air sirap bandung pandan soda tuh rare sangat .Macam mana eh rasanya .Biasa minum air sirap bandung soda. Ni sirap bandung pandan soda .
Fadzi Razak said…
Yang air barli tu kenapa barli die jadi besar-besar macam tu. betul betul nampak macam isi kelapa. sate die pulak, ui gemuk gemuk jugak ye. kenyak makan tu
xulhlmi said…
wah banyakhya menu dekat cafe ni, boleh hilang diet hahahah
Mahamahu said…
Ya Allah sedapnya Roti Manja tu hehehe nama pun manja jer wakakakakkaka kita boleh makan banyak roti tu hehehehe... Satay tu pun sedap dan menyelerakan boleh lah datang sini nanti....
sedapnya sate ayam tu. semua menu nampak menyelerakan. harga pun boleh tahan murah. kalu datang ke muar boleh la singgah restoren ni. nak jugak rasa masakan orang muar
Hanny Abdullh said…
Kenapalah baca entry ni time kol 2 pagi..now dah lapar pulak di buatnya. Nampak menyelerakan sungguh. Kalau dekat besok gak sis dah terjah tau tmpt ni
Sunshine Kelly said…
Best juga cafe santai ni. The sate dara is name is quite unique and hope that the taste also. I m eyeing at the mee rebus jawa looks appetizing.
ajumohit said…
laparnya tengok semua menu tu, belum breakfast memang nak cuba semua menu tu rasanya. harga pun berpatutan, insha allah kalau ke sana bolehla singgah untuk mencuba rasa
Izaramli said…
Hipster kedai ni. Nampak macam menarik makanan dia. Roti dia tu alahai sedapnya rupa dia. Tapi jauh sangat nk pergi. Tunggu la klu ada pergi johor.
Julia Mahir said…
Wahhh macam best je makanan dia. Menarik2. Air bandung soda tu menggiurkan. Mmg fave sgt tapi x banyak kedai buat bandung soda huhu
Syamimi Saad said…
Tergoda pulak tengok sirap bandung pandan tu. Mesti sedap kan..
Air barli tu ada bubuh apa lagi? Nampak macam berketul ketul besar je..
Dah lama betul tak makan sate..
Mesti sedap kan sesekali dapat makan.
Tengok harga pun okay je..
azlina ina said…
alahai,sedapnya satey tuu. Memang nampak sedap tuu.besar dan padat isi
Emi said…
Sate kat muar besttt. dorang memang breakfast sate kan? pernah pergi trip ke muar dulu
precious cla said…
Sate dara maharani ? wow, pasti sedapkan hehe. Dulu pernah makan sate kat Johor lupa dah nama tempat tu, tapi memang sedaplah !
Tekkaus said…
This place looks really interesting to say the least. The decoration is not bad and quite chic. The food looks good as well especially the Mee Rebus Jawa. Might give it a try if I am in Muar. :)
Lia Hasty said…
Air pandan tu kalau dapat minum tengah panas sedap ni . Menu pun sedap. Sate pun isi gemuk2. Nampak puasje makan .
Alia Farhan said…
Uiii sedapnya nampak.. Yg kacang pool tu xda keee. .. Hari tu pi jb x sempat pun nk jjcm sgr kt sana
Rawlins GLAM said…
Cute la dia nyer menu. Macam komik pun ada. And hiasan dalam cafe nampak sangat instaworthy. Sedap ek makanan dia? Nasib la jauh dari Bangi haha
pernah makan sini sekali. hehe dulu masa ayah kata pepagi nak makan sate tak berapa percaya. rupanya memang sungguh pepagi orang Muar bekpes sate..