Kulit Wajah Seolah-Olah Bernafas Selepas Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser : Hansaegee Nature!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

KULIT WAJAH SEOLAH-OLAH BERNAFAS SELEPAS MENGGUNAKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER DARIPADA HANSAEGEE NATURE !


Hai semua. Siapa sejenis kulit muka kering? Allah! Kulit muka jenis kering macam cx ni banyak juga cabarannya. Kalau salah pakai produk, habislah muka. Macam cx, kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka cx, nanti akan naik tompok-tompok putih tau. Dia macam panau. Teruk juga dulu kena. Banyak juga cuba produk untuk cari yang serasi. Daripada mahal sampailah yang murah. Semua dah cuba. Tapi kali ini, cx tertarik untuk cuba produk dari Hansaegee Nature yang merupakan produk asli 100% dari Korea. Korea juga terkenal sebagai negara yang menitikberatkan soal kecantikkan kulit wajah. Sebab tu orang korea cantik tertarik memang da bom! 

Aloe Ac Clean Bubble Cleanser : Hansaegee Nature
Okay, serba sedikit cx kongsikan tentang Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini ya. Ianya mengandungi gabungan mantap dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Dua bahan ini mempunyai keistimewaan dan kekuatannya tersendiri dalam penjagaan kulit wajah.  Umum tahu Aloe Vera bertindak mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembabkan kulit wajah, melembutkan dan melegakan kulit sensitif. Sementara itu, bahan utama kedua adalah Tree Leaf Oil yang mana mampu membantu masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kepada kulit, memberi kelembutan, anti fungus dan melicinkan kulit wajah. 


Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini didatangkan dalam bentuk botol agar tahap kebersihan dan keselamatan kandungannya terpelihara dan selamat untuk digunakan. Fungsi utama Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini adalah;

📌 Mengatasi masalah kulit wajah berjerawat
📌 Membersihkan liang pori dengan lebih dalam.
📌 Merawat kulit wajah bermasalah
📌 Mengawal minyak pada permukaan kulit wajah
📌 Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit

Tekstur Foam Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Buih² kecil Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Tekstur sejenis buih membuatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini menjadi pilihan cx kerana teksturnya sangat lembut dan bila mencuci muka, cx rasa puas. Selalu kalau cuci muka, akan rasa macam kulit sedikit kering dan meregang tetapi tidak dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Ianya membuatkan kulit muka cx rasa bersih sangat. Terasa sangat segar dan kulit pon lembab sahaja tidak kering. Rasa selesa sahaja muka ini seolah-olah dapat bernafas. Rasa macam kulit baby pula. Hehe Agaknya sebelum² ni, liang dekat muka ni tersumbat kot, sebab tu rasa lebih bersih dan puas hati selepas pakai Aloe Ac Clean Bubble ini. Alhamdulillah serasi.  

Cara Guna:
1. Tekan pemicit Aloe Ac Clean Cleanser ke tapak tangan mengikut berapa banyak yang diperlukan.
2. Pastikan tangan basah terlebih dahulu. Kemudian urut lembut ke wajah foam tadi mengikut urutan membulat.
3. Basuh muka sehingga bersih


Best sangat pakai Aloe Ac Clean Cleanser ni tau! Serius! Dahlah bau dia pon wangi, lembut sahaja. Suka sangat bau dia. Kalau boleh nak bau selalu. Hihi. Harga dia pom InshaaAllah berbaloi. Kita nak yang terbaik untuk kulit wajah kan? Cantik itu pelaburan. Betul tak? Sebotol ni RM65.00 sahaja. InShaaAllah bertahan mengikut kekerapan guna. Dah kalau asyik tekan main buih, memang cepatlah habis. Hihi. Okay meh cx kongsikan cara guna melalui video. 


Taknak cuba ke? Best sungguh. Okay, dekat bawah ni cx sertakan maklumat Hansaegee Nature ya bagi memudahkan korang untuk cuci mata dan jatuh hati ke kan? Boleh terus shopping! InShaaAllah.

Online Shop | Instagram | Blog | TwitterFacebook page | Youtube Page 

Kecantikan itu Pelaburan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

26 Comments

Cik Nor said…
first time tengok muka syaza..comel la..:)
Dr Yingzangel said…
Byknya foam. Saya nak try jugak
khai artzfar said…
amboii ni orang perempuan suka la ni! bagus juga ya. anyway lelaki boleh pakai tak hehee
cre8tone said…
i love aloe vera products... so soothing... yet to try out this one.. looks bubbly nice.. hahahahah
Mek Onie said…
Wah! I suka betul kalau cleanser jenis bubble ni, seronok nak menonyoh kat muka, hehe... Aloe Vera tu... :D Nanti kalau terjumpa onie nak cuba okay ke tak. Which is, suit or not for my skin :D
CXopportunities said…
Hahahaahah! Memang sebelum ni tak pernah tunjuk muka pon. 🤭 Tahun ni je sejak aktif blk blogging. Hihi
CXopportunities said…
Ya betul. Suka sangat. Kalau boleh memain bawa mandi, memang dok dalam bath tub berendam. Haha
CXopportunities said…
Lelaki pon boleh pakai. Cubalah. Memang best. Bukan setakat perempuan je suka, lelaki pon akan suka
CXopportunities said…
True! Aloe vera is the best ingredient to try.
CXopportunities said…
InShaaAllah serasi. Cari tau, jgn tak cari. Rugi tak cuba
Izaramli said…
Sukanya produk ni sebab ada aloe vera. Iza suka produk ada aloe vera tapi iza tak pernah cuba lagi yang ni. Texture bubble pulak tu. Mesti lembut je kat muka.
mek yunie said…
memang best kan guna pencuci ni. lembut je, kulit jadi tak kering
Hanny Abdullh said…
Tak pernah lagi cuba produk ni. Best je tengok bubble tu. Sure bagus sebab dr aloe vera. Bolehlah sis cuba nanti
Mimie said…
Saya hari ni baru nak try cleanser ni ramai cakap best dan memang berkesan bila pakai. Nak nak berasaskan aloe kan Produk korea memang selamat digunakan Tak perlu ragu ragu
Dikbee said…
Produk ni dari korea kan. Nampak macam best je. Suka buih banyak-banyak ni. Rasa puas nak tonyoh kat muka. Lagipun produk korea memang best. tengok la kulit depa, licin macam kulit telur tu
Cik Min said…
Akak pun pakai ni. Memang suka sgt dengan result dia! Betul2 best
Looks like a promising product! Can try out via the online shopping!
nampak ada perbezaan sebelum & selepas guna produk ni..lagi2 jenis bubble ni senang nak gosok kat muka. boleh la suggest adik perempuan guna
Nadia Johari said…
Ramai nad tengok pakai cleanser ni... Ampak best. .Nad paakai dua produk dia pun dah best. .Nanti nak grab la lagi
Emi said…
Ramai rupanya yg gunakan produk dari jenama hansaegee natural ni. Haritu ada terbaca pengalaman beberapa rakan emi guna produk ni, katanya best
Rawlins GLAM said…
Rawlins dah banyak baca good review nie. Nampak cam Rawlins pun kena try agar dapat menambahbaik keadaan kulit yang semakin dimamah usia nie. Doakan agar berjaya ye.
precious cla said…
Tak dinafikan produk ni memang bagus, walaupun saya belum try tapi tengok wajah kawan I cantik & glowing bila guna produk ni. Nanti nak try jugak la
Mawardi yunus said…
Wah baca tajuk je dah rasa nak ke beli satu. Btw nampak bagus sangat produk ni.
Absolute Yana said…
you look so cute! Heheheh after washing it looks like there's more colour in your skin...like a rejuvenated look.
penaberkala said…
Suka pakai produk aloe verra sebab akan rasa sejuk je kulit muka. Tengok foam dia banyak gitu, mesti best ni 0akai kat muka. Boleh try ni nanti, cambest je
Ruby said…
Produk berasaskan Aloe Vera memang sesuai utk kita semua. Sebab dengan cuaca panas dan lembah. Kemudian sunburned lagi kan. Nak memerap kat rumah selalu mana bleh. Tak keje pula sebab takmo berpanas. Haha.