بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
KULIT WAJAH SEOLAH-OLAH BERNAFAS SELEPAS MENGGUNAKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER DARIPADA HANSAEGEE NATURE !
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser : Hansaegee Nature |
Okay, serba sedikit cx kongsikan tentang Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini ya. Ianya mengandungi gabungan mantap dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Dua bahan ini mempunyai keistimewaan dan kekuatannya tersendiri dalam penjagaan kulit wajah. Umum tahu Aloe Vera bertindak mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembabkan kulit wajah, melembutkan dan melegakan kulit sensitif. Sementara itu, bahan utama kedua adalah Tree Leaf Oil yang mana mampu membantu masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kepada kulit, memberi kelembutan, anti fungus dan melicinkan kulit wajah.
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini didatangkan dalam bentuk botol agar tahap kebersihan dan keselamatan kandungannya terpelihara dan selamat untuk digunakan. Fungsi utama Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini adalah;
📌 Mengatasi masalah kulit wajah berjerawat
📌 Membersihkan liang pori dengan lebih dalam.
📌 Merawat kulit wajah bermasalah
📌 Mengawal minyak pada permukaan kulit wajah
📌 Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit
Tekstur sejenis buih membuatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini menjadi pilihan cx kerana teksturnya sangat lembut dan bila mencuci muka, cx rasa puas. Selalu kalau cuci muka, akan rasa macam kulit sedikit kering dan meregang tetapi tidak dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Ianya membuatkan kulit muka cx rasa bersih sangat. Terasa sangat segar dan kulit pon lembab sahaja tidak kering. Rasa selesa sahaja muka ini seolah-olah dapat bernafas. Rasa macam kulit baby pula. Hehe Agaknya sebelum² ni, liang dekat muka ni tersumbat kot, sebab tu rasa lebih bersih dan puas hati selepas pakai Aloe Ac Clean Bubble ini. Alhamdulillah serasi.
Cara Guna:
1. Tekan pemicit Aloe Ac Clean Cleanser ke tapak tangan mengikut berapa banyak yang diperlukan.
2. Pastikan tangan basah terlebih dahulu. Kemudian urut lembut ke wajah foam tadi mengikut urutan membulat.
3. Basuh muka sehingga bersih
Best sangat pakai Aloe Ac Clean Cleanser ni tau! Serius! Dahlah bau dia pon wangi, lembut sahaja. Suka sangat bau dia. Kalau boleh nak bau selalu. Hihi. Harga dia pom InshaaAllah berbaloi. Kita nak yang terbaik untuk kulit wajah kan? Cantik itu pelaburan. Betul tak? Sebotol ni RM65.00 sahaja. InShaaAllah bertahan mengikut kekerapan guna. Dah kalau asyik tekan main buih, memang cepatlah habis. Hihi. Okay meh cx kongsikan cara guna melalui video.
Taknak cuba ke? Best sungguh. Okay, dekat bawah ni cx sertakan maklumat Hansaegee Nature ya bagi memudahkan korang untuk cuci mata dan jatuh hati ke kan? Boleh terus shopping! InShaaAllah.
Kecantikan itu Pelaburan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
26 Comments