Kenapa Ara Johari Nyanyi Tak Outstanding di AJL33?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Holla! Rasanya semua orang tengok Anugerah Juara Lagu ke-33 tadi.  Sampai ada yang layan live streaming dan youtube semata-mata untuk tonton siaran langsung.  Cx tengok AJL33 di rumah sahaja sambil-sambil tidurkan anak-anak yang dah letih seharian. Entry ini lebih kepada pendapat sis ya. Jangan kecam lebih sangat . Nak tabur bawang sikit-sikit tu boleh tapi jangan sampai pedih mata. Huhu

Cx tak ternanti-nanti pon dengan AJL33 tahun ni.  Mungkin faktor usia? Haha! Almaklum dah tiga siri. Halah halah halah. Pada pendapat cx lah kan, ajl33 kali ni sangat hambar. Rasa macam tak teruja untuk dinantikan. Bila menonton pon tak rasa untuk beriya-iya. Hadiah pon macam tak berapa nak wow! Hehe. Maaf. Persembahan peserta pon macam buat persembahan artis jemputan je rata-ratanya. Cx tak pukul rata semua okay. Peserta yang betul-betul make a performance is Misha Omar, Siti Sarah, Jacklyn dan Siti Nordiana.  Lain-lain tu try hard to do better is Khai Bahar, Amelia. Peserta yang jenis sambil lewa is Ara Johari. Hahaha! Cx rasa nak nangis tengok persembahan dia.



Secara keseluruhan, ajl33 adalah tidak menarik.  Cx nak membawang fokus kepada Ara Johari sebab I is suka lagu-lagu dia, semua dia bawa padu punya bila sekali bagi. Jeritan tertinggi dia boleh buat untuk jadikan lagu tu terbaik dan merinding bila kita dengar. Tapi masa Ajl33 kenapa nyanyi macam tu? Cx is tak puas hati betul tau! Dia macam taknak show off her ability. Ramai juga yang sependapat dengan cx bila up status di facebook. Why Ara? Why ? 

Cx taklah minat Ara Johari tapi suka dengan lagu-lagu dia. No wonder dia boleh menang tadi sebab Ajl memang betul² nilai lagu dan komposer, bukan penyanyi. Persembahan mereka sekadar penyeri sahaja malam ni. Tapi tak bolehlah sambil lewa sahaja perform. Sedih tau! Kita letak expectation yang tinggi untuk Ara Johari buat kelainan malam tadi. Cx tunggu sahaja kot² dia nak jerit part paling tinggi dan tak henti² tapi nan hado. Rasa macam, mana suara emas kau masa recording? Omg! Hampa kot. Hahah! Okaylah, taknak sambung dah entry ni. Kang melambak bawang bersepah dalam dacing dosa pahala cx. Hahaha! Apa²pon, tahniah Ara Johari. Komposer dan pencipta lagu Bunga nyanyian Ara Johari , layak menang. Ajl is for them, not a singer. 


Tahniah kepada semua pemenang! 

Lagu Terbaik 
RM 50,000 + Trofi 
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Kedua Terbaik
RM 35,000 + Trofi
Ara Johari

Ketiga Terbaik 
Rm 20,000 + Trofi
Misha Omar

Vokal Terbaik
RM 12,000 + Trofi 
Misha Omar

Persembahan Terbaik 
RM 12,000 + Telefon Samsung A9 + Trofi
Sufian Suhaimi

Setiap sudut perlu seiring
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

18 Comments

kite x follow sangat Ara but okayla nice lagu tu.. tp suara Dayang mcm dalam recording betol. ada few yang hambar juga..
Ciktie said…
Sebelum ni memang taktahu pun yang mana satu Ara hehe tapi lagu dia yang ni kita suka. Best !!
Zharif Azis said…
Setuju. Persembahan Ara sangatlah biasa2. Tiada apa yg istimewa. Tapi tak hairanlah sebab dia menang utk kategori lagu. Sebab kategori lagu nie berdasarkan lagu. Tak dinafikan lagu Bunga tu mmg sedap dan lirik dia sgt bermakna. Kalau dia menang bab persembahan or vokal, yg tu boleh argue. Anyway, memang rezeki ara malam tu 😉
tak tengok pun persembahan ara johari.
tapi amni suka suara dia dan lagu ni serius edap haha.
dan sufian suhaimi slay gileeee persembahan dialoveee sangat hahaha
Suria Amanda said…
Akak semalam memang tak tengok habis sebab perlu tido awal..hari ni kerja kan..bila tengok semula kat youtube tadi..laaa...dia nyanyi macam nak tercekik microphone lagu bleh menang no 2? kriteria macam mana yang juri nilaikan erk? ikutkan banyak gak yang bagus contohnya Siti Sarah dan Siti nordiana & Jaclyn victor..hurm..x paham akak..
Rawlins GLAM said…
Sama la. Rawlins tak mengharap sangat tapi tak sangka persembahan Ara sebegitu je. Rawlins melayan sebab nak tengok Misha dan Dayang hehe
Māmy Syu said…
Ohh I tak tengok AJL. Banyam tahun dah rasanya yak te gok AJL live haha. Bila ada feedback macam ni, baru I pergi search kat youtube.
Btl tu kak pun rasa xpuas hati,ada yg nyanyi lg powet
JMR said…
kan..punya dok tunggu tunggu part yg dia tarikkk tu..tapi takde.. macam dia dh tahu dia dpt 2nd place, so biasa-biasalah,takperlu sakitkan anak tekak..haha
Kak pun tak puas hati dia mng nyanyi xlah power klu nk banding dgn siti sarah,misha omar nasib baik dia xmng juara lagu.
Chris_Sella said…
Saya suka lagu Ara, tapi kenapa vokol dia teruk sangat. Saya Search kat you tube, lagu dia memang best.
Pernah dengar ara nyanyi life. Mmg sedap suara dia x tipu. Tapi katanya sebelum ajl mmg dia x sihat. Tapi ajl sebenarnya mempertaruhkan komposer
Julia Mahir said…
Kita pun lama x tgk AJL ni dah. Smlm kebetulan tgk, byk betul nama kita tak kenal. Yg betul2 kenal Dayang, Misha, Sarah, Kaer & Ameylea. Lain semua yg baru2 x kenal & x pernah tau lagu plak huhu
Dakwat Pena said…
Haaaaa part ni Bonda setuju dgn CX!!...ehhh pokoknya mmg xlayak laaa menang tmpt ke2....tmpt ke6 pn xlayak...layak lagi siti sarah n siti nordiana....tp bonda mmg dh jangka c ara ni menyanyi live ke laut dlm...rasanya penah tgk dia perform live kt tv....mmg hancuss...
Mimie said…
Tengok juga AJL tapi tak semua lah Ada yang skip skip .Performance ara memang so so malam tu .Takde faktor wow. Suara pun ke laut .Tapi tuhlah kan nama pun juara lagu .lirik dna lagu yang dinilai .Bila penyanyi buat persembahan yang bahus lahi bertambah menarik. Memang rezeki dia menang no 2 walaupun terkejut sebenarnya .Lagu bunga memang best.
Kayathre said…
I am not familiar with malaysian artists. Maybe now I should start listening to them. They all good.
Sunshine Kelly said…
Hari tu i layan AJL juga, tapi tak full. Sambil kemas rumah for CNY i on jer, to me its ok but maybe tak begitu kaw compared to the previous years.
sheayang said…
Tunggu gak part dia tarik tu tapi sendu plak. Hihihi. Dia je ada sebab kenapa buat persembahan gitu. Key dia pun dengar cerita direndahkan. Memang tak padan la dengan suara dia. Entahlah.

Tengok pun tak habis hari tu. Memang turn off except for the hosts. Alif Satar + Sherry Al Hadad best!