بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Kita semua mesti ada pasang niat untuk ke tanah suci Mekah kan? Cx juga tidak ketinggalan mempunyai niat sama. Lebih lebih lagi, kakak abang ipar dan mak abah mentua baru sahaja selesai menunaikan umrah mereka pada tahun lepas. Rasa sangatsangat . Namun, tahukah anda ketika di sana, kita perlu pastikan kesucian barang² yang kita bawa dan pakai supaya tidak menyulitkan keadaan ketika beribadah?
[Suchi Kosmetik: Set Raudhah] |
Suchi Kosmetik merupakan produk keluaran Muslim di bawah naungan Frontpage Solution yang mula ditubuhkan pada tahun 2012 di Seremban. Suchi adalah produk kosmetik haji yang sah digunakan ketika ihram. Ianya diyakini suci dan selamat. Kita semua sedia maklum bahawa dengan memakai wangi wangian adalah dilarang ketika ihram. Melanggarnya adalah tidak membatalkan haji dan umrah tetapi kita dikenakan dham. Oleh itu, pihak Frontpagd Solution mendapat ilham dengan mencipta produk Suchi Kosmetik ini dan ianya sangat membantu para jemaah daripada perasaan was was dan tidak yakin.
APA YANG ADA DALAM SET RAUDHAH SUCHI KOSMETIK?
1. Gel Mandian Suchi
Gel mandian Suchi amat sesuai dan praktikal untuk dibawa ketika memgembara. Kandungan sebanyak [50ml] dibekalkan dalam set ini dan ianya mampu bertahan sehingga dua minggu. Gel mandian Suchi juga bertindak menghilangkan bau badan, menyegarkan serta melembabkan kulit.
Gel mandian Suchi diperkaya dengan ekstrak minyak zaitun [olive oil], lidah buaya [aloe vera] dan daun pudina [peppermint)]. Bahan-bahan ekstrak tersebut telah terbukti dapat mengekalkan kelembapan serta menyegarkan kulit. Gel mandian Suchi juga dapat membuang segala kotoran tanpa menjejaskan keseimbangan semulajadi kulit.
2. Ubat Gigi Suchi
Ubat Gigi Suchi dicipta khas bagi melindungi gigi dan gusi secara menyeluruh. Ianya mampu menguatkan gusi dan mengelakkan masalah gigi seperti berlubang dan kuning. Dengan penggunaan ubat gigi suhi ini, ia boleh mencegah bau mulut dengan adanya ektrak daun pudina yang terkandung didalamnya.
Suchi Kosmetik mencipta ubat gigi Suchi dengan saiz paket yang sesuai dibawa ketika mengembara kerana ianya sedang elok dan tidak terlalu besar atau kecil serta semestinya tidak memakan ruang simpanan.
3. Losyen Suchi
Losyen Suchi direka khas untuk tangan dan badan ini diperkaya dengan eksstrak Minyak Zaitun [Olive Oil], Lidah Buaya [Aloe Vera], Minyak Bunga Matahari [Sunflower Oil], dan Daun Pudina [Peppermint] yang semestinya memberi kesegaran kepada kulit.
Khasiat daripada ekstrak tersebut dapat mengekalkan kelembapan kulit dan merawat kulit kering serta menggelupas. Ketika berada di tanah suci Mekah, cuaca yang berbeza kering dan panas boleh menyebabkan kekeringan kepada tubuh badan kita. Makanya, air amatlah diperlukan dan losyen juga pengelamat bagi mengekalkan kelembapan kulit. Losyen Suchi tidak melekitkan kulit dan ianya "waterbased".
4. Pelembab Bibir Suchi
Ketika kita mengembara, sudah pasti denga perubahan cuaca seperti panas terik dan kering, boleh menyebabkan bibir kita merekah kekeringan. Selain dengan meminum air yang banyak, Suchinjuga mereka khas pelembab bibir Sucgi yang boleh merawat kulit kering dan merekah akibat cuaca panas.
Pelembab Bibir Suchi Kosmetik dapat menghalang bibir daripada kering dan merekah serta melembab juga melindungi. Bahan seperti ekstrak Mentega Shea [Shea Butter], Lilin Lebah [Beewax], Minyak Bunga Matahri [Sunflower Oil], dan Minyak Zaitun [Olive Oil], kesemuanya dikompilasikan di dalam Pelembab Bibir Suchi Kosmetik ini. Kekerapan mengoles Pelembab Bibir ini amatlah digalakkan bagi mengekalkan kelbapan kulit bibir.
5. Krim Tumit
Set terakhir dalam Raudhah ini adalah krim tumit. Umum tahu bila cuaca panas dan kita berjalan jauh dan lama, sudah pasti tumit kaki akan mula mengering dan merekah. Sungguh rekahan di tumit adalah sakit dan tidak selesa dan ianya mampu mengganggu proses kita beribadah.
Penggunaan krim tumit Suchi sebelum melakukan aktiviti amatlah membantu para jemaah dalam mengelakan kulit kering, merekah dan pecah. Krim Tumit Suchi diperkaya dengan khasiat Lilin Lebah [Beewax], Minyak Bunga Matahari [Sunflower Oil], dan Minyak Zaitun [Olive Oil] dan Lidah Buaya [Aloe Vera] yang terkandung di dalam krim ini benar benar dapat membantu para jemaah.
Set Lengkap Suchi Kosmetik |
Set Suchi Kosmetik mempunyai banyak lagi produk yang dihasilkan. Antaranya adalah seperti berikut;
✓ Syampu dan Perapi
✓ Losyen B'Fit
✓ Krim Muka Uv Spf25
✓ Deodoran
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai set yang ada dalam Produk Kosmetik Suchi; bolehlah tekan link yang disediakan;
Website;
Facebook;
Instagram;
Youtube;
Suchi Kosmetik Mesra Ibadah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
20 Comments