بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hi pagi semua. Pagi ni cx nak kongsi sedikit pengalaman menyiang ayam. Haha. Bukan tak pernah siang ayam tapi nak bersihkan ayam yang masih ada bulu tu tak pernah! Masa tulis entry ni pon tak tahu nak bagi tajuk apa tau! Idea ada tapi macam tak in. Huhuh. Ini pertama kali c cabut bulu ayam. Tiba-tiba pokteh adik emak bagi ayam hutan kacuk dara dan teruna. Ayam muda, belum bertelur. Jadi isinya lembut dan sedap. Pokteh bagi bulat bulat sahaja selepas sembelih. Kemain seketul ayam segar dibagikan pada emak cx. Cx dapat sahaja terus masuk peti ais. Haha! Sebab nak masaknya bukan haritu tapi esoknya.
Dah mula siat baru dok dapat idea nak update dekat blog. Haha. Ini kepala dia cx dah buang awal². Tak suka tengok. Haha |
Pagi esok tu, awal-awal lagi cx dah keluarkan ayam daripada freezer. Nak bagi dia lembut. Buka sahaja plastik. Mak aihh! Kepala dia dulu cx nampak! Haha! Dahlah kalau beli ayam dekat kedai pon, cx suruh buang kepala. Tak suka! Inikan ada dua biji kepala. Eh! Betul ke penggunaan biji untuk kepala? Atau dua ketul kepala? Haha apa² sahajalah, asalkan faham. Kan? Okay mula² tak tahu nak buat macam mana tau. Apa yang cx tahu, kalau nak cabut bulu ayam, kena didih dulu dalam air panas supaya senang nak tanggal . Tapi, mak cx kata tak perlu, hanya siat sahaja. Nanti dia tanggal. Eh! Kemain lagi. Maka bermulalah adegan siat menyiat bulu ayam hutan kacuk ni. Boleh tahan mudah juga. Mungkin sebab ayam ni masih muda. Selepas dah siap cabut bulu, togellah dia cx bersihkan. Hehe. Lepastu macam biasalah cx siang dia potong berapa yang kita nak. Ayam hutan kacuk ni comel sahaja. Makanya masak semua terus sebab ajak adik beradik lain makan sekali.
Dah siap siang! Yeah! Bersihkan? Haha Lelemak pon tak banyak. Itu sahaja. |
Dah siap potong . Tak tahu potong berapa. Haha! Bedal sahaja asalkan tak kecil sangat, dan tak besar nau nau supaya semua boleh rasa. |
Selepas dah siap siang, cx apalagi, ajomler kita masak sup. Cx nak buat rendang tapi mak nak makan sup. Makanya cx buat sup sahajalah. Sekarang meh kita sediakan bahan-bahan okay. Masak sup kan simple-simple sahaja. Orang kata main campak-campak. Aicewah! Dah! Nah bahan-bahan yang diperlukan. Tak susah pon.
Bahan-bahan yang diperlukan. |
Bahan-Bahan:
Ayam
Bawang Merah 3ulas besar
Bawang Putih 5ulas
Halia 2-3inci
4 sekawan (Bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis jika suka)
Minyak Masak
Kuali
Air
Kentang
Lobak Merah
Gula
Kiub Pati Ayam Knorr
Garam
Sup Bunjut *Option
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan dalam kuali yang dah panas. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kentang, lobak merah, dan ayam sekaligus supaya manis ayam turun bersama empuknya kentang dan lobak.
3. Dah empuk ayam dan sayur, bolehlah tambah air sedikit lagi dan garam secukup rasa tekak kita.
4. Biar mendidih dan tutup api. Siap!
Haaa meh! Jemput tengok. 🤭 |
Dah siap masak, kita lawan dengan sambal belacan ataupon sambal goreng garing dan tambah kicap! Makan panas-panas secara berjemaah. Memang confirm tak sempat toleh kiri kanan depan belakang, tup-tup nasi dalam periuk habis. Hahah! Alhamdulillah. Selesai masak ayam hutan kacuk. Cx ingatkan susah nak cabut bulu ayam. Rupa-rupanya mudah. Kalau ayam suntik dekat kedai tu memang tak pernah nak dicabut bulunya. Biasa beli dah siap potong. Hehe. Mudah kerja mak nak haha! Kau jangan suruh cx kejar dan tangkap ayam eh! Ada yang kau cx masukkan dalam reban! Hahahah! Mana pernah oii! Waima duduk kampung nenek tapi rumah nenek dah moden. Taman. Rumah kampung tiada. Hihi. Arwah nenek sebelah abah pula memang kampung tapi nenek tak pernah suruh tangkap . Hehe. Tolong bagi ayam makan ada juga . Halah halah halah, rindu pula zaman kanak-kanak di kampung. Haaa kan dah terkenang. Rindunya. Okaylah, itu sahaja nak kongsi. Almaklum tak pernah cabut bulu ayam. Dia jadi excited nak kongsi. Hahahha! Kbai!
Kenangan Itu Tak Pernah Luput
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
24 Comments
Tak pernah makan ayam hutan, kalau dapat, tak tau la camner perginya. Hihihi