Pengalaman Cabut Bulu Ayam Hutan Kacuk untuk Masak Sup

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi pagi semua. Pagi ni cx nak kongsi sedikit pengalaman menyiang ayam. Haha. Bukan tak pernah siang ayam tapi nak bersihkan ayam yang masih ada bulu tu tak pernah! Masa tulis entry ni pon tak tahu nak bagi tajuk apa tau! Idea ada tapi macam tak in. Huhuh. Ini pertama kali c  cabut bulu ayam. Tiba-tiba pokteh adik emak bagi ayam hutan kacuk dara dan teruna. Ayam muda, belum bertelur. Jadi isinya lembut dan sedap. Pokteh bagi bulat bulat sahaja selepas sembelih. Kemain seketul ayam segar dibagikan pada emak cx.  Cx dapat sahaja terus masuk peti ais. Haha! Sebab nak masaknya bukan haritu tapi esoknya.

Dah mula siat baru dok dapat idea nak update dekat blog. Haha. Ini kepala dia cx dah buang awal². Tak suka tengok. Haha
Pagi esok tu, awal-awal lagi cx dah keluarkan ayam daripada freezer. Nak bagi dia lembut.  Buka sahaja plastik. Mak aihh! Kepala dia dulu cx nampak! Haha! Dahlah kalau beli ayam dekat kedai pon, cx suruh buang kepala. Tak suka! Inikan ada dua biji kepala. Eh! Betul ke penggunaan biji untuk kepala? Atau dua ketul kepala? Haha apa² sahajalah, asalkan faham. Kan? Okay  mula² tak tahu nak buat macam mana tau. Apa yang cx tahu, kalau nak cabut bulu ayam, kena didih dulu dalam air panas supaya senang nak tanggal . Tapi, mak cx kata tak perlu, hanya siat sahaja. Nanti dia tanggal. Eh! Kemain lagi. Maka bermulalah adegan siat menyiat bulu ayam hutan kacuk ni. Boleh tahan mudah juga. Mungkin sebab ayam ni masih muda.  Selepas dah siap cabut bulu, togellah dia cx bersihkan. Hehe. Lepastu macam biasalah cx siang dia potong berapa yang kita nak. Ayam hutan kacuk ni comel sahaja. Makanya masak semua terus sebab ajak adik beradik lain makan sekali. 

Dah siap siang! Yeah! Bersihkan? Haha Lelemak pon tak banyak. Itu sahaja. 

Dah siap potong . Tak tahu potong berapa. Haha! Bedal sahaja asalkan tak kecil sangat, dan tak besar nau nau supaya semua boleh rasa. 
Selepas dah siap siang, cx apalagi, ajomler kita masak sup. Cx nak buat rendang tapi mak nak makan sup. Makanya cx buat sup sahajalah. Sekarang meh kita sediakan bahan-bahan okay.  Masak sup kan simple-simple sahaja.  Orang kata main campak-campak. Aicewah! Dah! Nah bahan-bahan yang diperlukan. Tak susah pon.  

Bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan:
Ayam 
Bawang Merah 3ulas besar
Bawang Putih 5ulas
Halia 2-3inci
4 sekawan (Bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis jika suka)
Minyak Masak
Kuali
Air
Kentang
Lobak Merah
Gula
Kiub Pati Ayam Knorr
Garam
Sup Bunjut *Option

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan dalam kuali yang dah panas. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kentang, lobak merah, dan ayam sekaligus supaya manis ayam turun bersama empuknya kentang dan lobak.
3. Dah empuk ayam dan sayur, bolehlah tambah air sedikit lagi dan garam secukup rasa tekak kita.
4. Biar mendidih dan tutup api. Siap!

Haaa meh! Jemput tengok. 🤭

Dah siap masak, kita lawan dengan sambal belacan ataupon sambal goreng garing dan tambah kicap! Makan panas-panas secara berjemaah. Memang confirm tak sempat toleh kiri kanan depan belakang, tup-tup nasi dalam periuk habis. Hahah! Alhamdulillah. Selesai masak ayam hutan kacuk. Cx ingatkan susah nak cabut bulu ayam. Rupa-rupanya mudah. Kalau ayam suntik dekat kedai tu memang tak pernah nak dicabut bulunya. Biasa beli dah siap potong. Hehe. Mudah kerja mak nak haha! Kau jangan suruh cx kejar dan tangkap ayam eh! Ada yang kau cx masukkan dalam reban! Hahahah! Mana pernah oii! Waima duduk kampung nenek tapi rumah nenek dah moden. Taman. Rumah kampung tiada. Hihi. Arwah nenek sebelah abah pula memang kampung tapi nenek tak pernah suruh tangkap . Hehe. Tolong bagi ayam makan ada juga . Halah halah halah, rindu pula zaman kanak-kanak di kampung. Haaa kan dah terkenang. Rindunya. Okaylah, itu sahaja nak kongsi. Almaklum tak pernah cabut bulu ayam. Dia jadi excited nak kongsi. Hahahha! Kbai!

Kenangan Itu Tak Pernah Luput
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

24 Comments

Cik Nor said…
sdapnya sup ayam kg..:)
Sha Mohamed said…
Wah.. terror.. Sha pun tak pandai.. pengalaman yang ohsem..
HAWA said…
sedap nya. rumapnya senang ja nak masak lauk ni. untung awak lepas ni dah ada pegalaman dah tak yah risau nak beli ayam potong macam mana. semua bnda dah tahu
Airah Syahirah said…
airah biasa beli ayam yang dah siap buang bulu semua lepastu potong dekat kedai je. scary sangat nak buang bulu ayam sendiri hihihi
Mahamahu said…
Kalau tengok ayam tu masa tak siap masak rasa macam geli lak tapi bila dah siap masak tu sangat menyelerakan hehehehe kita tak pernah makan ayam hutan kacuk ni hehehehe liat macam daging ayam kampung ker...
Julia Mahir said…
wehhh apa gigih sgt siap cabut bulu ayam ni. kita nak siang ayam pun sikit nye malas lah. hahaha. sbb tu dlu x penah nak masak kaki ayam, sbb xnak pegang2 dia hahaha
5 Little Angels said…
I tak pernah siang ayam. Nampak geli je but I like how to experience it and cook it with your delicious soup.
Ezna Khalili said…
Ayam hutan orang kata sedap. Entah la tak pernah rasa lagi. Tak pernah la cabut bulu ayam macam ni. Beli yang siap je. Seram nak cabut.
cindyrina said…
Tak pernah makan ayam hutan. I bet yang ni sangat nutritious and sedap. Whoa you buat I teringin nak rasa but I want to skin yang bab kena cabut bulu tu la. kekeke
Syamimi Saad said…
Kita pernah ada pengalaman cabut bulu ayam juga. Allah, jenuh jugak masa tu. Nak settlekan 3 ekor kot masa tu. Tapi tak ingat masa tu mak buat masak apa. Dah lama dah.
kita pun tak pernah lagi cabut bulu ayam hehehheehe..tapi nampak hidangan yang dimasak menyelerakan betul....mesti sedap kan....
Nadia Johari said…
dulu kecik-kecik mak ayah ada bela ayam. Lepas tu nak amkan ayam sembelih sendiri ,lepastu ayam dh mati ambil rendam dalam air panas..pastu cabut bulu dia..suka dulu cabut bulu ayam..hehee..syok..buat sup memang sedap..
Tekkaus said…
OMG...kalau saya...tak dapat tercabut lar bulunya. OMG! Salute you for being such a brave wife and mother. LOL :D Tapi ayam kampung memang lebih enak dan tender kan.
Hanny Abdullh said…
Huhuhu...kalau sis idoklah sanggup nak membersih ayam yang ada bulu lagi, sanggup kot tak masak kalau ayam tu kena bersihkan gan cabut bulu. Memang terbaiklah orang yang berani n tak geli.
MiaZain said…
Ooo, ayam ni tak perlu rendam dalam air panas yea. Selalunya kalau nak cabut bulu ayam kena rendam dalam air panas kan.
Nina Mirza said…
Rindu nya nak makan Ayam Hutan. Dulu baba selalu gak memburu. Sedapnya dah siap masak tu... Ada lagi tak? Hehee
Emi said…
Wowww ayam hutan. Tak pernah makan. Tp kat kampung kitorang selalu je sembelih ayam kampung & itik untuk dimasak. Biasanya kita rendam dulu dengan air panas, lepas tu cabut bulu2 ayam/itik tu. Hehe
Mimie said…
Saya tak pernah makan ayam hutan apa entah lagi cabut bulu ayam .Ooo sebelum cabut kena rendam air panas dulu ya. Baru tahu .Selalu beli ayam yang dah siap dibersihkan semua. Ni first time tengok ayam hutan dan cara cabut bulu
JMR said…
Dah lana tak makan ayam hutan. Dulu selalu makan ayam hutan ori dr hutan sbb pakcik selalu gi memburu. Isi dia cam ayam kampung tu yg sedap
dear anies said…
ok jap lagi lunch hour, sy dtg rumah ya nk pekena sup ayam tu eh ehhh ;-)
aku tak pandai membersihkan ayam, kebanaykan membeli ayam di supermarket yang sudah dipotong
Kak dah biasa cabut bulu ayam,klu balik kpg melaka. masa mmg byk ayam jd lps sembelih terus rendam dlm air panas and terus cabut bulu dia
Keyk Hu said…
Dulu pernah tengok nenek sembelih ayam ni di kampung. Tp tak pernah cabut bulu fresh mcm ni.
sheayang said…
Serius la lemak dia macam ada takde je. Gila flawless camtu. Huhuhu.
Tak pernah makan ayam hutan, kalau dapat, tak tau la camner perginya. Hihihi