بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
[3-MINUTE HALAL INSTANT PASTA READY TO EAT MEAL IN MALAYSIA BY MASTER PASTO]
Siapa peminat pasta? Angkat tangan sikit. Okay kita serupa! Jika dulu cx memang tak pernah nak makan pasta tau. Tapi selalu tengok orang makan macam sedap sahaja. Jadinya, cx belajar makan. Itupon cx cari orang yang betul-betul biasa makan dan reti masak sebab taknak nanti masa awal perkenalan dengan tekak tu, ianya jadi kenangan pahit. Haha. Makanya Alhamdulillah semenjak itu, cx menjadi seorang pencinta pasta. Tapi taklah always craving 24/7. Tekak masih lagi citarasa lauk-lauk kampung ulam segala daun. Hihi. Tapi Alhamdulillah, pasta juga makanan kegemaran cx. Kalau makan, tak bertambah memang tak sah tau! Boleh pulun tiga pinggan terus. Halaah halaah halaah, dia seorang sahaja dok bagi perabis!
Nak masak pasta ni memang makan masa sikit. Nak kena rebus dulu pastanya lebih kurang 6-10 minit supaya masak lembut. Kemudian nak buat sos dia lagi dah makan masa. Bahan-bahan pon boleh tahan nak kena sediakan. Betul tak? Nak kena ada bawang merah, bawang putih, sos cili dan tomato, cili mesin, ayam, daging, brokoli segalanya kan? Complicated juga. Tapi sekarang ni, takyah nak renyah-renyah dekat dapur tu lagi, meh cx nak kenalkan kepada semua; dengan hanya tiga minit sahaja, anda boleh menikmati pasta kegemaran tanpa perlu menunggu dan kelaparan. Ini serius! Hanya memerlukan tiga minit sahaja. Mudah sangat!
Pasta 3-minit Master Pasto ini merupakan keluaran Lioco Food Industries Sdn Bhd. Pulau Pinang Malaysia. Ia semestinya halal, tiada campuran MSG atau bahan pengawet. Jangan risau okay. Selamat untuk dimakan. InShaaAllah. Okay jom cx kongsikan cara memasaknya. Mudah sangat. Ada dua pilihan diberi. Boleh guna mikrowave ataupon secara rebusan.
Cara Penyediaan Pasta |
Jika di rumah ada microwave, lagi mudah dan cepat. Hanya perlu keluarkan spaghetti dan sos daripada peknya ke dalam pinggan dan hanya perlu panaskan dalam microwave selama satu minit. Siap untuk dihidang dan selamat menjamu selera!
Kalau tiada microwave macam cx ni, jangan risau, kita boleh sahaja guna cara merebus. Buka sahaja kotak, ambil paket pasta dan sos, masukkan sahaja terus ke dalam air mendidih. Biarkan masak selama tiga minit. Kemudian, siap untuk dihidang! Packaging spaghetti segera ini menggunakan flexy packy dimana peknya selamat dan boleh dipercayai walaupun direbus dengan suhu yang tinggi.
Master Pasto ini sangatlah sesuai kalau nak pergi travel, boleh bawa. Mudah dah kerja kalau susah sangat nak jumpa makanan halal di luar negara. Jimat, ringan dan cepat. Gerenti sedap dan puas hati. Kalau kita tak sempat nak masak sebab kerjaya ataupun sibuk dengan assignment belajar, elok sangat pilih Master Pasto ini untuk dibuat bekalan.
Terdapat tiga sekawan untuk set yang ada pada cx ini iaitu Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese dan Spaghetti Aglio Olio. Ketiga-tiga spaghetti ini berasaskan ayam. Cx dah rasa Spaghetti Bolognese. Rasanya sedap! Dah macam masak sendiri pula, sedangkan instant pasta. Memang terbaik! Tak rugi beli, berbaloi-baloi. Tak sabar pula nak rasa lagi dua spaghetti. Nyum!
Mana nak dapatkan Instant Pasta Master Pasto ni? Mudah sahaja sesaiyang semua. Meh sini cx senaraikan link untuk rujukan dan pembelian ya. Jangan sedih tau. Tekan sahaja link di bawah untuk maklumat lanjut. Selamat membeli dan mencuba!
Website:
Instagram:
Facebook:
Hidangan Mudah dan Sedap
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
29 Comments
Memudahkan kerja.
Nanti nak beli la juga.
Bolehlah nanti cuba yg instant ni..cepat n senang nk bagi dia bila time mak dia malas