بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun
Holla! Hari ini nak cerita serba sedikit pengalaman anak pertama cx Potty Train Seawal Tiga Tahun. Sebenarnya taklah training sangat sebab anak cx ni macam rela sendiri. Hihi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan
Alkisahnya masa anak usia dua tahun lebih nak masuk tiga tahun, cx dah mula ajar dia tau. Bukan ajar yang serius bagi arahan beriya tu tapi lebih kepada cool and relax macam tengah sembang sembang. Maka, ianya jadi sangat santai. Okay mehlah kita bagi ikut point Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun, mudah sikit kan? 😃
Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun
1. 'SoftSell' Instruction
Haaa kemain lagi Softsell Instruction kan? 🤭 Okay dia macam ni, cx selalu dok ajak sembang dengan anak, cakap ; "Luqman nak tahu tak? Kita kalau buang air besar dekat tandas, maknanya kita pandai tau! Luqman pandai kan? Kawan² Luqman pon pandai macam Luqman kan?"
Nanti bila kita cakap dengan dia macamtu, ia umpama menggalakkan untuk dia bertindak lebih positif. Biasanya anak memang akan respon, cakap dia pandai. Kemudian, cx pon ajarlah bawa dia duduk dekat tandas sesekali.
Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun Photo credit to BabyCenter (Potty Training) |
2. Kerap Mengingatkan
Cx kerap ingatkan anak; "kalau nak buang air besar, bagitahu mak tau! Kita boleh buang dekat tandas. Luqman dah besarkan?, Luqmankan anak yang bijak" Anak akan jadi lebih teruja bila kita puji dia selalu dan arahan kita akan lebih diingati bila kita lebih positif dengan dia. InShaaAllah.
Setiap setengah jam cx akan tanya. Kadang tu setiap 15minit. Hahaha punyalah mak dia nak sangat ajar anak. 😅 Tapi biasalah anak anak, kadang² dia lupa juga, dok membuang dalam pampers. Mak biasalah kadang kadang jadi hijau. Haha kena banyak sabar dalam urusan potty training ini. Tidak semudah yang disangka ya
3. Bawa ke Tandas
Cx memang tak belilah barang² yang untuk ajar anak duduk dekat tandas segala bagai tu. Mak dia kedekut sikit bab gini. Hahahah Jadi, cx memang akan selalu bawa anak pergi tandas. Alhamdulillah Luqman jenis cepat bagitahu bila nak buang air besar. Mesti dia akan cakap; "Mak! Nak b**ak!" Haha Dahlah suka jerit kuat². Memang nak bagitahu satu taman agaknya. 😅 Potty training punya pasal, mak kau redha sahaja anak oii.
Masa ni, cx memang selalu teman dia duduk dekat tandaslah sebab rumah kami tandas duduk. Tapi suruh je dia cangkung atas bowl tu. Hahah Tapi memang dia akan; "Mak! Tunggulah Luqman, peganglah Luqman, nanti Luqman jatuh" 😂 Makanya mak dia berhuhulah selama beberapa minggu untuk ajar dan biasakan dia ke tandas. Bertabah sungguh bila jadi mak ni tau. Hahah
4. Belikan Anak Seluar Dalam Kesukaan
Okay ini tips potty training paling menjadi. Ini serius! Pada masa awal dulu, cx rasa, kenapa mesti nak beli sebab anak bukan pandai lagi pon nak buang air dekat toilet. Haha noob sungguh mak dia ni. Tapi cx cuba juga beli. Tanya dia nak yang mana. Masa mula beli, tak ada gambar kartun. Cuma warna tapi itupon anak dah teruja. Ya Allah! Macam dapat apa jelah anak cx ni. Dia siap cakap sambil ketawa suka ala² segan gitu ; "Luqman ada pender baru!" Sambil sengih² macam kerang busuk. Kemain teruja nak pakai 😅
Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun. Belanja sikit gambar anak² sedang bermain dengan rakan seperjuangan di kampung 😊 |
Tapi korang memang boleh cuba tips potty training ni, anak memang teruja habis. Semenjak beli, memang anak suka nak pakai dan taknak pakai pampers lagi dah. Ini serius!
5. Sebelum Tidur Wajib Buang Air
Okay ini wajib! Bila anak dah pandai tak pakai pampers, silalah alert untuk remind mereka supaya pergi tandas buang apa yang patut sebelum tidur. Wajib waima baru sahaja dia membuang sejam dua yang lalu. Kalau tak, sila redhalah tilam jadi bahan siraman baja tak bernilai. 🤭
Okay dah, cukuplah LIMA Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun ini ya. Apa yang penting, tahap kesabaran ibu bapa untuk hadap memang kena tinggi. Almaklum, anak memang akan selalu terlepas dalam seluar di merata tempat. Macam Luqman, dekat rumah tak pernah lagi terkucil dalam seluar merata, tapi dekat rumah nenek² dia, pernah tapi sekali dua sahaja itupon sebab meleka bermain. Haha. Bertabahlah. Ohya, cx ajar anak lebih kurang empat minggu. Kalau dalam sehari tiga hari tu, korang memang terbaik! 👍Okay sekian daripada cx. Semoga bermanfaat!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
Anak itu Amanah Allah
29 Comments
Invest in PRS to get Tax Relief!
Kawin pun belumm. haha. Calon gak ada lagi hahahaha.