بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Personal Review: Bumblebee [2018]
Holla everyone! Okay cx kelmarin pada 23 Disember 2018, secara unplanned, tiba tiba sahaja pergi menonton wayang. 🤭 Tapi tak bawa anak anak. Memandangkan pakcik dan makcik dia rajin nak bawa jalan². Makanya mak abah diorang bawa diri pergi dating sekejap secara tak sengajanya. 🤭 Dah lama tak masuk wayang tau sejak ada anak². Bagi canlah.
Personal Review: Bumblebee [2018]
|
Penceritaan yang Mengujakan dan Seronok
Siapa yang dah tengok Bumblebee? Ya Allah! Cerita dia tersangatlah best! Sepanjang cerita, ia umpama membawa kita untuk merasai semua perasaan yang bercampur baur tau. Gembira, Sedih, Simpati, Risau, Geram, Teruja dan semuanya, segala perasaanlah sila kaut sekali. Semua rasa. Serius. Bumblebee ni sangat ringkas cerita dia tapi sepanjang cerita ada elemen² dan scene yang menarik. Tak sempat nak berkedip pon mata tu tengok skrin pawagam.
Sinopsis Ringkas Bumblebee 2018
Bumblebee ini berkisahkan tentang perjuangan sebuah robot dan manusia melalui nilai persahabatan. Permulaannya Bumblebee datang ke bumi hanya untuk bersembunyi daripada Decepticon disebabkan telah berlakunya pergaduhan dan peperangan di planet mereka. Tetapi Decepticon dapat kesan Signal B-127 iaitu Bumblebee yang menyebabkan mereka memburu Bumblebee dengan bantuan satelit bumi setelah mendapat keizinan penduduk bumi yang tertipu akan lakonan dan kata² Decepticon.
Personal Review: Bumblebee [2018]: Charlie dan Bumblebee |
Perubahan Mendadak Charlie Selepas Kematian Ayahnya
Di bumi, Bumblebee dijaga oleh Charlie seorang atlet yang mengimpikan menjadi seorang juara penerjun terkenal. Namun tidak kesampaian. Charlie sangat rapat dengan ayahnya sehinggakan perangainya berubah menjadi suram pendiam 360° semenjak kematian ayahnya akibat sakit jantung. Namun, dengan kehadiran Bumblebee, Charlie menjadi seorang yang periang dan ceria kembali. Masa pertama kali Bumblebee tunjukkan dirinya yang sebenar, ianya sangat² comel dengan memek muka dan perlakuannya seperti anak² yang kena marah. Serius comel. Bumblebee menjadi seorang yang penakut akan keadaan sekeliling dan tak ingat apa² sebab lost memory. Tambahan pula peti suaranya telah dirosakkan oleh team Decepticon. Kesian Bumblebee. Korang kena tengok part Charlie dan Bumblebee di awal pertemuan mereka. Sangat comel!
Personal Review: Bumblebee [2018]: Bumblebee yang sangat comel |
Charlie ni ada secret admirer bernama Memo. Memo suka Charlie tapi tak pernah berjaya usha atau bercakap dengan Charlie tapi disebabkan Charlie dah terkantoi dengan Memo pasal Bumblebee, sejak itu, mereka menjadi sangat rapat. Family Charlie pula dengan bapa dan adik lelaki tiri yang tak sejiwa. Makanya Charlie tak rapat dan jadi seperti musuh waima dengan ibu dia sendiri. Tapi dengan kehadiran Bumblebee dalam misi menyelamatkan bumi, segalanya berubah.
Personal Review: Bumblebee [2018]: The very cute and sweet of BumbleBee |
Bumblebee Mati ?
Dipendekkan cerita, ketika Decepticon dah tangkap dan rosakkan Bumblebee, Charlie sangat sedih sebab Bee mati. Tapi dengan semangat setiakawan dan cinta akan Bee, Charlie berjaya hidupkan Bee kembali. Nak tahu macam mana Bee dihidupkan, korang kena tonton sendiri. Waktu ni, Decepticon dah mulakan rancangan untuk panggil team mereka turun ke bumi dan memulakan peperangan. Mereka pasang alat penyambung di satelit utama manusia untuk memberi isyarat kepada team mereka. Scene ni sedih. Serius sedih. Bee terpaksa melawan Decepticon untuk melengahkan keadaan, sementara Charlie sendiri berusaha panjat menara satelit untuk matikan fius utama mereka.
Personal Review: Bumblebee [2018]:
Bumblebee mengucapkan terima kasih kepada Charlie kerana memberi Bee suara
|
Personal Review: Bumblebee [2018]:
Part sedih. Cx nangis. Haha!
|
Lima Bintang untuk Movie Bumblebee 2018
Scene ketika tu memang orang kata nak bernafas pon tersekat asyik perhati si Charlie dan Bee. Nak dua² selamat menjayakan misi dalam masa yang sama. Tak boleh lewat dan silap. Nak tahu Charlie berjaya atau tidak? Haa, cx taknak cerita. Haha. Sila pergi ke pawagam berdekatan okay. Huhu. Tapi last sekali, Bumblebee ada buat kejutan untuk Charlie. Nantikan di pawagam dengan duit anda sendiri.. Tamat. Cx bagi lima bintang ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk cerita Bumblebee 2018. Yeah!
The Best Movie 2018
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
20 Comments
How to deal with markets ups and downs?
Kena tengok ni. Cx dah bagi 5 Bintang. Tentu banyak adengan yang best harus di tonton. Belum berpeluang bawak anak-anak nonton, mamanya asyik busy sokmo Huhuuu
Kita tak tengok lagi cite ni. Selalu terbaca perkongsian cerita dari kawan-kawan kata best. Nti nak tengok juga la.
kena tunggu blue ray release baru nak cari nanti. best tengok iklan dia.. haih..
Kita bagi 9/10 hahaha
Sebab banyak gak la part cute dan lawak bumblebee ni hahaha
Adoii kering gusi wey.