بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hai! Pagi semua! I am back! Haha Okay hari ini cx nak cerita pasal Intermittent Fasting iaitu Diet Puasa atau kini lebih dikenali sebagai Diet Lisa Surihani. Haa gittew. Kenapa orang panggil Diet Lisa Surihani? Haa gini, kalau sebut IF atau Diet Puasa, semuanya macam tercengang. Dok tanya apa benda tu? Macam mana IF tu? Macam² soalan keluar bagaikan ditembak machine gun, bertubi². Tapi bila kita sebut Diet Lisa Surihani, kemain lagi semua dok "Ooooo diet tu" . Nampak tak penangan dia pergi jauh mana? Ini pon disebabkan artis kita yang amalkan diet IF ini dan hasil dia sangat wow! Dah tengok kan badan Lisa Surihani sekarang waima anak dua? Haa, tak payah susah payah, nah cx belanja satu.
Credit to Ig Lisa Surihani |
Cx ni kalau makcik pakcik nak tahu is peminat Lisa Surihani sejak dia anak dara lagi. Haha! Suka dengan dia sebab cantik. Okay berbalik kepada Diet Puasa. Diet puasa ini dia mengamalkan konsep menahan diri daripada makan iaitu dengan berpuasa makan dan air manis. Ianya lebih mudah dan senang untuk diamalkan sebab tidak membebankan. Diet puasa ini amat santai. Serius. Buat ikut kemampuan. Ada langkah² dia kalau nak mulakan. Cx mulanya tak rancang pon nak buat IF ni tapi satu hari tu macam tiba² nak on, dah alang² lambat sarapan pagi tu, makanya, cx mulakanlah perjalanan puasa cx ni. Alhamdulillah tak sangka dah hari ke-13. Sekajap sahaja. Nanti cx kongsikan selebihnya.
Breakfast IF cx pagi semalam |
Intermittent Fasting ni ada nisbah waktu dia tau. Kita boleh buat mengikut kemampuan tetapi waktu yang paling digemari dan menjadi pilihan adalah 16:8 iaitu 16 jam berpuasa dan 8 jam waktu untuk kita makan. Tapi janganlah dok bedal setiap jam waktu berbuka tu. Baik tak payah buat IF kan? 😅 Kalau beginner, boleh mulakan dengan 12:12 atau 14:10 jam dahulu. Kalau dah selesa, bolehlah sikit² lajak waktu puasa. Ada yang paling hebat , on terus 24jam. Tapi itu lain pula caranya. Tengok badan. Kaji dulu sebelum mula. Ilmu itu penting. Jangan eager nak diet, sampaikan memakan diri sendiri.
Dinner IF cx pada jam 1720. Last! 😃 |
Macam cx, paling lama puasa adalah 20:4 jam. Paling singkat 14:10 sebab ini mula² dulu. Takut nak puasa lama² sebab tak biasa lagi kan? Cx cuba nak buat 24jam tapi tak boleh sebab sekarang bf anak. Pernah cuba tapi terkandas sebab dah mula pening. Haa, itu tak boleh diteruskan ya, jangan paksa diri. Relax sahaja buat IF ni. Chill okay. Banyak lagi nak cerita ni tapi macam panjang sangat pula entry tapi sebenarnya macam malas nak taip panjang². 😂 Nantilah cx sambung my IF Diary ya kalau rajin. Hahahh! Kalau korang ada nak tanya apa², boleh tanya dekat komen di bawah okay! Nanti cx jawab. Nak tulis semua macam panjang berjela pula. Hehe Okaylah, jom! Nak sarap! Yeah!
Sihat itu Bahagia.
Lahirkanlah Keikhasalan Dihatimu
21 Comments
Namun insyaallah minggu depan akan mula juga.. Hehehe. Almaklumlah perut dah besar ni..hihihi
Mcm kita sekrang xleh nak buat. Anak nak 2thun dh lg bbrpa hri, makin galak dia BF. Kita pulak skrng xlalu makan sebab sakit kalenjar airliur. Nak makan pun xde selera. Tp awat xkuruihh.. 😄😄
How to deal with markets ups and downs?
nice sharing CX.. nanti share lagi eh journey IF. boleh we ols jadikan inspiration =)