Pagi kesayangan! Salam Jumaat penuh barakah buat semua. Hari ini cx dok teringat nak update pasal Candy Crush Saga. Awatnya? Takdak entry lainkah? Haha Eh! Suka hatilah, inikan blog cx. Hahah , gurau sahaja. Ini semua gara² semalamlah dok layan game. Hihi
Cx ni dalam telefon, tak banyak game yang ada. Cx suka simpan game yang boleh layan santai², tak perlu stress. Suka juga game yang tak memerlukan rank online hat mana orang kata, nak pergi buang air pon tak menyempat, kang kalah rank, kawan semua dok marah ke kita. Haa, tau tak game apa tu? Hahaha! Sila abaikan.
|
Candy Crush Saga 1308 |
Okay, ini game paling lama cx main. Tak ingatlah sejak bila tapi dalam entry blog ini, cx pernah update mula tahun 2013. Haha lama betul setia. Tak tahu bila nak habis. Kawan² yang layan pon dah kemain jauh nun atas sana tinggalkan cx dekat level² bawah. Hahah! Takda masa nak main kadang². Sibuk dengan anak². Mana nak layan anak lagi , nak masak, nak update bisnes bagai. Kadang tak sentuh pon berminggu lamanya.
|
Dok layan sekejap sebelum tidur semalam |
|
Dah berapa kali main, asyik tak lepas. Geram! Hahaha! |
Sekarang ni pon dok sibuk fight dengan suami, siapa level paling jauh. Haha. Tau² sahaja, suami dah tinggalkan cx jauh ke bawah. Hampagas betul. Entah bila masa beliau main. Candy Crush sekarang dah makin seronok. Ada sahaja habuan di bagi kalau menang. Setiap level, ada sahaja yang diciptakan something new for candy.
|
Party Mode |
Inilah antara benda baru untuk level ni. Kalau dapat pecahkan candy party ni, ianya akan bertukar kepada special candy iaitu booster! Satu lagikan, kalau macam kita out of move, kalahlah senang kan? Hahah Kita boleh play video yang diberikan untuk dapat extra spin. Kalau bernasib baik, dapatlah move, kalau tak, dapat jugalah booster yang terpilih. Kemudian, kalahlah, kena main balik. Nyawa pon berkurang. 😅
|
Ini yang cx cakapkan tu, kalau dah out of move, dia bagi kita pilihan untuk play video. Sekejap sahaja ads dia tapi annoying juga. Dok perabis data je! Haha |
|
Lepas play video, dia suruh kita spin untuk dapatkan extra move. Kalau bernasib baik, dapatlah. Hahah Kalau tidak, sila nganga. |
Okay, cx suka main Candy Crush Saga ni sebab masa kita offline pon dia masih boleh main. Tak perlu guna data pon dan paling best, ianya syncronize sahaja dengan akaun kita. Senang. Okaylah, agaknya bila boleh lepas level ni ya? Stress mak nak! Hahahahah. Okaylah, nak sambung sekejap. Sebelum tu, nah! Cx belanja gambar kalah! Haha
|
Yeah! Dah kalah sebab tak bernasib baik untuk dapat extra move masa spin tu! Haha! Sadis |
Okay dah! Korang simpan game apa sahaja dalam telefon? Mobile Legend ke? Pubg ke? Hahaha macam². Jangan tergadai masa dan rumahtangga sudahlah ya. Main game ni biar berpada², jangan digadai segala yang ada. Kes curanglah, bercerai gara² game lah, gaduh anak beranak sebab tak boleh nak diganggu ketika rank, nak minta tolong pon tak boleh. Agaknya kalau kita mati dalam bilik sensorang pon, gamers tu tak perasan kan? Hurm. Okaylah, babai!
Hati hati dalam bertindak
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
22 Comments
How to deal with markets ups and downs?