بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Pagi semua! Cx kembali hari ini selepas semalam tak sempat nak update blog gara gara idea hilang terbang entah kemana. Hihi. Jadi hari ini ayuhlah jemput datang kesini dan blogwalking say hi hi bye bye. 🤭
Semalam, abah dan mak mentua cx baru balik dari mengerjakan umrah selama sepuluh hari. Alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah umrah yang mana di Mekah sekarang tengah sejuk 22° membeku kalah Cameron Highland. Makanya kami berkumpul di rumah kampung untuk menyambut kepulangan mereka. Sedang elok masing masing bersembang sambil menjeling perlawanan bola antara Malaysia dan Vietnam semalam tiba tiba anak bujang cx kemain rajin lagi tau.
Nampak tak dia sedang buat apa? Menyapu nak oiii! |
Elok sangatlah rajin tu nak. Alhamdulillah. Jangan masa kecil sahaja rajin, dah besar kemain taknak tolong lagi kan? Haha Nauzubillahiminzalik. Minta jauh. Kita doa yang baik² sebagai mak ayah. Anak bujang cx ni memang rajin kalau bab tolong ni. Pantang nampak cx buat kerja, ada sahaja yang ringan tulang. Nak tolong sapu sampahlah, tolong angkat bajulah, macam macam. Tapi itu masa dia rajinlah. Masa dia kurang rajin, kena juga keluar rotan untuk acah dia . Kadang² kena juga sedas dua untuk mengajar.
Cx ada prinsip tau. Sejak belum kahwin lagi cx dah berazam, cx nak anak² cx tak kira lelaki atau perempuan, mereka kena tahu buat kerja rumah. Paling cikai pon, asas semua kena tahu. Cx taknak didik dengan memanjakan mereka lagi² lelaki, dok goyang kaki sahaja, perempuan pula dah macam hamba abdi kehulur kehilir buat kerja. Cx taknak semua tu. Jadi, memang cx terapkan dekat anak² cx semua. Harapannya, semoga Allah kurniakan kemudahan dalam mendidik mereka. Amin.
Masa ni dah suruh berhenti sebab dah bersih tapi katanya, belum lagi. Jadi, mak dia biar jelah. Huhu |
Atok dia pula yang cakap, dahlah tu Luqman. Abah Luqman pula menyampuk, biarkan dia abah, biar dia buat. Haa nampak tak? Suami cx support hahaah sebab cx awal² dah bagitahu dulu nak anak² sama² dididik. Alhamdulillah. Syukur. Siapa macam cx? Ajar anak tak kira jantina buat kerja rumah? Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Perempuan pon dah bekerja, jadi, tak bolehlah kerja rumah pon perempuan juga. Sama²lah buatkan? Tak adil. Lagipun dalam Islam poon tak ajar macam tu. Adat dulu² sahaja melebih² manjakan anak lelaki. Kesudahannya? Anak perempuan jadi orang gaji. Kesian tahu tak?
Okay² dah . Panjang lebar pula cx menceceh. Sebenarnya nak membebel lagi tapi takpelah. Hahah. Dah, meh cx belanja sikit .gif sempena perlawanan bola semalam. Semoga terhibur. Hihi kbai!
Anak itu umpama sehelai kain putih
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
22 Comments
salam kenal dari www.umifuzy.com, jemput singgah
www.maisarahsidi.com