Cekodok Manis Viral

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi semua. Okay hari ini rajin nak update blog. Rasa macam semangat berblog dah kembali. Haa gittew. Cx is happy sebab rasa bersemangat sangat macam dulu-dulu masa awal berblog tahun 2011.

Saja je pon nak kongsi, kan sekarang viral pasal cekodok manis viral tu. Makanya cx pon nak mencuba juga. Walhal selama ni tak heran pon benda-benda tular ni. Buat tak tahu sahaja tapi kali ni tetiba rasa nak cuba tapi sukatan sendirilah sebab makan sorang je buat sarapan hehe. Okay meh kita kongsi sikit resepi waima semua resepi cekodok ni sama sahaja. Hahaha. 


Bahan-bahan
Tepung - 1cawan
Gula Pasir - 2 sk
Garam - secukup rasa
Air panas
Kuali
Minyak masak

Cara-cara
1. Adun sebati semua bahan di atas. Sila pakai sudu ya sayang.
2. Kemudian biarkan sejuk sekejap, kemudian bulat-bulatkan dia pakai tangan. Cx pakai sudu sebab tak sabar sangat nak makan, jadinya doh panas-panas tu, cx terus bulatkan pakai sudu. Hehe
3. Panaskan minyak dalam kuali. 
4. Masukkan doh dan goreng sehingga warna bertukar coklat keemasan. 
5. Okay siap !

Mudah sangat kan? Lagipun semalam ada kawan cx buat dan kongsi di facebook, jadinya cx pon rasa terliur nak makan. Haha. Maka dengan itu, jadilah cekodok viral cx pepagi ni sementara anak-anak sedang enak diulit mimpi. Bolehlah mak dia meronggeng dekat dapur. Haha. Okaylah bai. 

Selamat mencuba 
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

8 Comments

Wanie Masduki said…
dah lama tak buat cekodok sendiri..haha..
Sheila Adziz said…
Salam... dah lama x putus hubungan dgn cx... klu masih ingat akak la... cekodok manis mmg sedap, sekali makan nak lagi...
sedapnya makan time panas2..
Unknown said…
nakkk try laa... :)

https://aztieyshana.blogspot.my/
Mar Mansor said…
sedapkan...dah lama tapi viral pula sekarang
maszull said…
assalamualaikum CX...ya Allah lama mama x singgah ke sini...apa kabar CX skg ni ek...
** Mama Maszull