iBawal Soraya 2017 Parfum : Tudung Haruman Kekal

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Okay, siapa peminat bawal? Sila angkat tangan! Di sini cx nak kongsikan jenama iBawal yang kini menjadi kegilaan ramai disebabkan keharuman dan material yang tinggi kualitinya. Cx bukan cakap kosong tau. Cx sendiri dah ada iBawal ni. Best je pakai tau. Dah boleh bawa raya. Yeah!

Credit to: iBawal


Nampak tak tudung dalam gambar di atas? Haa, cantik kan warna dia? Mostly warna-warna yang menjadi pilihan iBawal adalah warna yang lembut sedap mata memandang untuk koleksi kali ini. Sesuailah dengan para pengguna dan pencinta iBawal. Selembut sutera gitchew. Serius warnanya sangat soft. Warna pastel orang kita panggil. Memang sekali tengok, terus fall in love. 


"Be Different, Wear iBawal" adalah treadmark bagi tudung keluaran Sofris Hijab Sdn.Bhd. yang tampil bersama koleksi terbaru mereka, Koleksi Soraya 2017 Parfum dengan tudung wangi haruman kekal yang diilhamkan oleh kecantikan seni alam tropika Malaysia.

Credit to: iBawal
Okay seperti yang cx mention above, design iBawal terkini lebih bertemakan kepada FLORA FAUNA PARFUM 2017. Tema yang fokus kepada dedaunan dan bebunga serta berbau harum. Serius masa cx dapat sahaja tudung ini, buka sahaja kotak, Ya Allah wangi sangat tau. Wangi yang sedaplah hidung kita nak bau. Soft je bau sama macam lembutnya kain dan warna pilihannya. Cx gerenti korang pasti suka, lebih-lebih lagi pencinta bawal. 


iBawal ini tudungnya sangat cantik, lembut, mudah dipakai, tak payah beriya nau nak gosok sebab tak mudah berkedut pon. *Gambar ni cx dah keronyok asalnya sebab nak cari idea untuk ambil gambar. So cx memang tak gosoklah hehe. Ampun.

Tudung iBawal sangat berkualiti, terletak cantik bila dipakai, cepat pon cepat dipakai dengan tambahan haruman kekal haruman ros dan tropikal tau. Sungguh tak berdusta. Nak info lanjut, korang boleh rujuk link yang cx sediakan di bawah tau. Pergilah grab sekarang! 

 

Website : iBawal
Instagram: iBawal.my
Facebook: ibawalmalaysia

Alhamdulillah rezeki
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

2 Comments

Sha Mohamed said…
Cantiklah warna dia.. Soft je..
Aqalili Azizan said…
Swwet sweet colour dia, Packaging dia pun superb.