Suri rumah dan duit poket

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi selamat sejahtera. Tajuk pon dah macam cliche kan? Tapi apa nak heran, orang zaman sekarang yang dah ada kerja tetap gaji riban pon masih cari duit poket sampingan. Betul tak? Apatah lagi kami yang bergelar suri rumah tangga sepenuh masa ini. 

Tak payah nak panjang cerita sebab cx nak bagitahu yang cx rasa seronok sangat bila dapat berbelanja tanpa menyusahkan suami. Duit zaman sekarang ni, RM50 dah macam RM10. Umpama pergi kedai dapat choki-choki je. Umpama jelah ya. Cx ada duit poket sendiri sebab buat bisnes. Alhamdulillah Allah bagi rezeki macam ni.

Orang kata, belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja. Duduk rumah jaga anak. Hurm. Cx nak cakaplah dengan orang fikiran sempit macam ni ya. Siapa yang bagi kita rezeki? Siapa yang pegang tentatif hidup kita? Beringat sikit bila bercakap tau sebab bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nikmat yang ada. Korang tahu ke susah payah dan usaha daya kami dengan kerja ni? Hidup kita sama ke corak dia? Tak kan? 

Inilah bisnes cx sekarang. Tengah ada promosi tau. Hehe Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh je terjah fb cx. Jom cantik luar dalam dengan WD. Aicewah.

Bukan tak cari kerja tapi semua kerja tak lekat. Bukan memilih okay. Kalau dah Allah kata belum tiba masanya , maka memang bersusah payah macam mana pon, memang takkan lekat. Betul tak? Tahu tak ada sampai tahap dah putus asa dan rasa marah? Kenapa Allah tak bagi aku kerja sedangkan orang lain mudah je. Kenapa? Haa, sampai macam tu sekali. Kau pernah rasa down tak untuk sesuatu yang kau berusaha sehabisnya? 

Atlast, cx bisnes sahaja. Memula dropship. Alhamdulillah Allah bagi kemudahan. Kemudian, cx jadi dealer produk WOMEN DESIREE ESSENTIAL CREAM (WD) , Alhamdulillah bulan ini Allah bagi rezeki lebih. Syukur. Rasa bahagia sangat. Mana taknya, dapat bagi hadiah birthday buat yang tersayang, dapat belanja keluarga makan, dapat beli barang keperluan sendiri dan paling best, bila nak membeli, tak perlu rasa macam, alarh, aku takde duitlah nak beli. Haa macam tu. Tak bermakna cx boros, cx masih buat kira-kira untuk setiap keluar masuk duit cx. Cuma rasa macam, nak makan itu ini, Alhamdulillah boleh beli sendiri. Haa camtu. :)

Bukan suami tak bagi duit atau beli apa-apa yang kita perlu dan nak tetapi kita tahu betapa payahnya nak dapat satu sen duit sekarang ni. Betul tak? Okaylah panjang berjela pula. Hehe

Hidup kita berbeda
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

3 Comments

Aini said…
Bagus lah pandai cari duit poket sendiri. bukan apa , incase berlaku apa2 yang kita tak ingini tak dan kita terpaksa ambik alik tugas suami sebagai pencari nafkah. setidaknya kita dah tahu apa nak buat. Tambah-tambah jika suami tak ada ambik insurans.huhuhuhu...
Sue Sopian said…
Alhamdulillah.. rezeki itu ada di mana-mana. Cuma perlu ada usaha, kerajinan, doa & tawakal..
InshaaAllah kalau dah rezeki, tak ke mana..

Bisnes pun bagus.. Boleh jadikan experience tu panduan untuk orang lain menceburi bidang bisnes juga, kan..
Mar Mansor said…
Pandai berbisnes,teruskan bisnes. Bab kerja susah juga nak cakap. Zaman sekaang ni janji ada kerja.