Minyak Yu Yee Cap Limau : Minyak turun-temurun

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Siapa sini pengguna Minyak Yu Yee Cap Limau? Minyak turun-temurun yang biasa digunakan oleh ibu bapa buat anak-anak mereka. Tak terkecuali juga dengan cx. Minyak Yu Yee Cap Limau masih menjadi pilihan. 

Semasa bersalin anak pertama tahun 2015, perkara pertama kena ada dalam list adalah Minyak Yu Yee Cap Limau. Semestinyalahkan sebab minyak ni banyak manfaatnya. Betul tak? Dahlah bau dia sedap je.



Bila anak kembung ke, selesema, cuaca sejuk ke kan, mesti cx akan tekapkan gosokan Minyak Yu Yee Cap Limau dekat anak. Selawat sikit, doa minta pada Allah. Alhamdulillah anak okay kemudiannya. Minyak ni bukan baby je boleh pakai, cx kalau pening pon, cx akan pakai dan cium bau Minyak Yu Yee Cap Limau ni. Lega sungguh bila dapat bau. Pening pon boleh surut. Sungguh.


Cx biasa beli yang besar punya. Pakai sikit-sikit, dan boleh tahan lama. Mana-mana pergi mesti bawa. Almaklum ada anak kecil. Ini kali kedua mengandung, dah standby Minyak Yu Yee awal-awal. Sekarang dah 36minggu, kot minggu ni je depan anak nak keluar, minyak yu yee dah standby kan. Rezeki baby mencurah kali ni bila dapat Minyak Yu Yee percuma. Alhamdulillah syukur.



Korang tak payah risau bab isu halal ni. Minyak Yu Yee memang halal. Nampak tak logo halal dekat botol tu? Printed halal tau. Nak risau apa lagi? Betul tak. Okaylah, ternyata minyak yu yee ni kalau pakai, memang cx suka sangat bau dia. Kalau sapu dekat baby, lagi sedap sebab minyak yu yee macam sebati sahaja dengan bau baby. Lembut je bau. Bila orang datang ziarah, belum sempat melangkah lagi dah cakap sedapnya bau minyak yu yee ni. Yelah, minyak yu yee kalau ada dekat rumah, confirmlah ada baby baru. Khennsss?

Yakinlah Rezeki itu Ada
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

3 Comments

Emyjia said…
Sesuai utk baby kembong perut