بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Alahai lamanya tak update blog kesayangan cx ni. Okay hari ini berkesempatan sebab idea datang. Padahal sebelum ini ada sahaja idea cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Okay here we go;
Ramainya update tentang business online di facebook semalam. Etika berbisnes online. Macam-macam ragam. Pada cx, ramai orang, banyaklah ragamnya. Mungkin kita suka cara itu, tetapi pelanggan tidak. Begitu juga sebaliknya. What i want to share just a few things as below:
1. Post Iklan di Personal Whatsapp
Okay ini paling pantang pada cx! Melainkan owner yang minta kita berbuat demikian. Nak difokuskan kepada jenis manusia yang sesuka hati tiba-tiba share dekat personal whatsapp tanpa izin. Dah bertahun tak pernah bertanya khabar, tup-tup whatsapp tanya khabar but then terus shoot hal bisnes dia. Nenek mu! Behave please. Kau ingat semua orang suka? Cx dah siap block seorang kenalan gara- gara suka share hal bisnes dekat personal whatsapp. Cx mula-mula tak kisah sangat, rasa macam normal sebab seller cari buyer tapi bila dah pagi petang siang malam tak kira waktu orang , memang mendapatlah kau. Uppsst! Sorry. You cross my line!
2. Expose YourSelf
Bab ini ada pros and cons. Nak cerita macam dah boleh up next entry je nih sebab panjang berjela. Huhu. Okay ini cx setuju but beware, zaman sekarang banyak manusia bertopeng. Tak semestinya itu diri mereka. Okay, as i mentioned at my facebook before, cx memang bisnes tetapi cx tidak menggunakan medium blog dan fb blog. Tetapi cx guna personal facebook. Sebabnya, bila orang kenal kita, tahap trust mereka akan lebih tinggi berbanding dengan tak tahu siapa. Facebook cxopportunities cx tak share bisnes sebab cx memang taknak orang kenal siapa cx. Kekwat tak? Hahaha! Okay so sorry but it was my prinsip before start blogging. Biar orang kenal tulisan daripada rupa dan hiasan. Eh!
3. No price and item's details
Ini satu hal! Paling berbulu rasa bila jenis yang tak letak harga but then berderet pm. Ya i know itu salah satu marketing strategy. Its up to you lah. Taknak komen lebih. But for me, much better bagitahu details siap-siap! Macam kita pergi kedai baju. Takkan nak tanya satu-satu? Lepas tu tak beli. Kau rasa? So sorry.
4. PM? Private mesagge
Uhhhh! One more thing! Cx jenis yang letak details complete for each items and product termasuk postage charge. Sebab cx malas nak layan pm berjela but then nothing. Masa hakak tu dik non!! Huhu iols ni ada tanggungjawab. Be consider! Palinglah cx tak layan bila orang komen suruh pm. Memang berlumutlah pm kau tu cx tak layan. Everything was there. So why you need me to reply your pm? Nak pm apa? Melainkan kau tanya stok ada lagi tak? (Ini pon cx update dah siap-siap!) Dan kau cakap dah bank in untuk stock sekian dan sekian.
Haaaaa .. panjangkan? Ada lagi sebenarny tapi tunggulah next entry. Itupun kalau ada. Hahaha. Okay, any komen, sila tinggalkan di bawah. Its okay, just luahkan apa yang terbuku atau tanda tak setuju. Hahaha kbai
Semoga Allah Luaskan Rezeki Kita Semua
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
9 Comments
memang bermanfaat utk saya
http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/05/giveaway-spicy-ramen-challenge-by.html