Selipar Jepun Abah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tahun 2007

Ketika itu, cx baru menginjak usia 18 tahun setelah habis SPM pada tahun 2006. Selesai sahaja SPM, berehat dua tiga bulan dan terus cari kerja walaupun abah tak izinkan. Niat utama kerja adalah nak ada duit sendiri dan simpanan sendiri even gaji MYR600.. Pendirian akal ketika menginjak dewasa ketika itu.

Ada satu saat, tiba-tiba cx terpandang akan pemakaian abah. Lengkap serba serbi tatkala ditatap daripada atas kepala terus ke kaki dan saat itu mata terpaku dan hati meluruh sayu. Allahuakhbar! Abah .. kemana-mana hanya berselipar jepun yang nilainya tika itu MYR2.50 lebih kurang. Allahuakhbar! Sedih hati melihat abah pakai selipar jepun. Abah seorang lelaki yang simple tetapi tidak lagi pernah cx melihatnya menyarung selipar jepun putih biru itu. Allah! Sayu hati.


Sejak dari itu, esoknya cx minta izin dengan bos tempat kerja untuk ambil gaji hari. Kebetulan hari itu abah nak datang ambil cx balik daripada kerja. Cx cakap dengan abah; "abah. Singgah jap jom dekat kedai uncle hotlink kasut sekolah tu" .. abah cx pon bertanya kenapa dan mengapa tetapi cx hanya cakap "kejap je singgah. Abah tunggu dalam kereta dengan mak, biar cx (ganti nama diri dirahsiakan) pergi seorang sekejap". 

Cx masuk kedai dan terus cari sepatu jenama bata bersaiz lima yang biasa abah pakai dan juga kegemaran beliau. Sungguh comel kaki abah dan cx turut mengikut jejak saiz kakinya. Hehe. Puji diri sendiri. Muahaha. Setelah selesai, cx terus masuk kereta dan serahkan sepatu bata kepada abah serta-merta suruh abah cuba dan pakai. Alhamdulillah muat sebab cx anak kesayangan abah dan semestinya cx tahu details abah. Syukur abah suka. 

Disaat terkenang kembali memori ini, hati jadi sayu sedih dan pilu. Hampir empat tahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Allahuakhbar! Sungguh cx rindu abah. Sejak kepergian abah, cx nekad untuk tidak lepaskan peluang sedekahkan apa yang termampu demi kesenangan abah di sana. Biar abah rehat dan tenang tak perlu berebut doa sedekah orang lain kerana sepanjang hayat abah, kami sering bertikam lidah, serba serbi tak kena dan tak sependapat tapi jauh di sudut hati, cx sayang sangat dekat abah. Allahuakhbar. Tenangkanlah abahku di alam sana. Amin.

Kepada korang, hargailah insan tersayang, luahkan dan tunjukkan kasih sayang korang directly. Jangan jadi macam cx, tak reti tunjukkan dan luahkan kasih sayang. Semoga Allah ampunkan segala dosa abah di sana. Amin.

Rindu abah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

1 Comments

RaksasaBaik said…
Al fatihah tuk abah kamu..smoga pmergian dia mnjadikan kamu lbih kuat dan smoga bliau sntiasa di jaga allah..amin~ hehe