بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Alhamdulillah rezeki apabila orang sedekah talapia tujuh ekor siap siang kepada keluarga cx kelmarin. Jiran bagi sebab famili beliau tak makan ikan darat. Apabila dapat sahaja ikan talapia tersebut, resepi paling sedap untuk dimasak dan dimakan adalah masak lemak! Yummy~ okay jom cx kongsi resepi even ramai dah excellent tetapi nak juga kongsi. Hehe.
Bahan-bahan
Ikan Talapia
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Belacan
Kunyit
Serai
Nanas
Cili padi
Santan
Garam + Ajinomoto
Cara-cara
1. Bersihkan ikan dengan air garam + air basuh beras (jika ada kosek beras) + tepung + garam untuk hilangkan rasa tanah dan hanyir ikan darat. Kemudian goreng ikan dengan garam kunyit seperti biasa. Goreng garing-garing.
2. Pada masa yang sama dah boleh mulakan masak lauk. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. Haha. Kemudian masukkan dalam periuk/kuali yang telah diisi air mengikut sukatan yang sesuai. Biarkan mendidih. *nak tumis pon boleh. Ikut suka.
3. Masukkan nanas dan santan. Pastikan api sederhana dan lauk dikacau sentiasa supaya santan tidak berkepala/berbuih.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan garam serta ajinomoto secukup rasa.
Okay dah siap, boleh dihidangkan dan makan! Hahaha! Mudahkan? Kemain sedap berlemak lagi ikannya. Huhu Okaylah. Tata.
Alhamdulillah syukur
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu
2 Comments