Roti Hotdog Cheese Mudah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! Dah lama sebenarnya nak update tentang roti hotdog ini tetapi tidak berkesempatan. Makanya tersimpan sahaja dalam gallery phone cx. Nampaknya hari ini jua menjadi pilihan untuk dikongsikan. Encik suami yang request masa bulan puasa kelmarin dan baru hari ini dapat update dekat blog. So, here we go ~


Bahan-bahan
Roti Gardenia (1bungkus)
Hotdog Cheese (1packet) *direbus
Telur (2biji) *dipukul
Serbuk Roti
Penggelek Roti
Minyak Masak / Kuali

Cara-cara (Rujuk Gambar)
1. Gelek roti sehingga leper *rujuk gambar no.1
2. Kemudian letakkan cheese hotdog. Cx belah dua nak dapat banyak punya pasal. Haha *Rujuk gambar no.2
3. Kemudian gulungkan roti dan hotdog berkenaan. Letakkan sedikit sapuan telur di hujung roti supaya melekat cantik. *rujuk gambar no.3
4. Celupkan roti yang telah digulung tadi ke dalam telur *rujuk gambar no.4
5. Kemudian salutkan dengan serbuk roti. *rujuk gambar no.5
6. Akhir sekali, bolehlah digoreng. *cx potong dua supaya mudah dimakan. 

Okay selamat mencuba! Ada lagi yang encik suami request sepanjang bulan ramadhan. Nanti cx update tetapi tak janji. Hehe encik suami cx ini jenis berbuka tidak makan nasi. Makanya cx kena cari menu-menu simple dan yang disukainya. :) 

All the best!
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

5 Comments

I N A A I N A A said…
Haishh lama dah tak makan hotdog roll ni... Sedapnyaa nanti nak buat.. Dulu sekolah mak selalu bekalkan
CXopportunities said…
Heheh sedapkan? Anak anak buah pon suka :))
Unknown said…
aisemennn buat lapar je tengok roti hotdog ni.. mesti kena buat ni!

kak gojes said…
wah..bagus tutorial ni...nak try juga
Rubiah Kadir said…
Sedapnya..ruby xpenah jumpe lagi ni breads crumbs...selalu kt kedai duk bahagian mane ye??