Kenangan Di Hospital: Jiran Sebelah Katil yang Sangat Baik

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kenangan Di Hospital: Jiran Sebelah Katil yang Sangat Baik

Stay dekat hospital ini memang memerlukan tahap keredhaan yang tinggi. Lebih-lebih lagi apabila diwajibkan stay almost a month. Memang cx mula sayang  'sangat' hospital ni. Muahahaha.! Pffttt~ Tidak mengapalah, demi kesihatan jangka masa panjang bersama, cx redha sahajalah. Huhu Syukur Alhamdulillah kepada Allah. Makluman, jiran sebelah katil cx adalah non-muslim (Chinese). 

Ya Allah baiknya kakak Chinese ni. Dia baru bersalin czer empat hari lepas dan baby sedikit meragam. Kita fahamlahkan sebab baby ada ragamnya tersendiri. Apa yang menyebabkan cx cakap kakak ini baik adalah kerana semasa cx solat, anak dia menangis taknak berhenti sebab baby tak pandai breastfeed tau. Nak tau kakak tu kata apa selepas cx sudah solat dan anak dia senyap sekejap? Katanya "maaf ya mengganggu. Anak saya taknak berhenti menangis". Alololo kakak oii.  Comel je.

Ini namanya langsir jiran sebelah katil. Mueheheh

Bukan itu sahaja, Ada sekali tu cx solat, famili dia datang dan itu pun dia kata maaf ya mengganggu, saya tak sangka famili saya datang awal. Alahai baiknya. Semasa cx solat tu, mereka tak mengganggu pun. Cakap bukan baik cover lagi sebab taknak buat bising masa cx solat. Ya Allah baiknya dia. Cx tak rasa terganggu langsung. Yalah kita faham bila famili datang. Tapi memang kakak ini sangat menghormati orang lain. Cx pula rasa serba salah nak duduk lama-lama dekat sejadah. Haha.

Cx's says:
Agama bukan penyebab kita untuk membezakan kebaikan dan bersifat perkauman. Apa yang memburukkan nama agama bukanlah agama itu sendiri tetapi manusia yang menganutinya.  Setiap orang mahu menjadi baik dan terbaik untuk mencapai syurga agama masing-masing, maka tiada istilah agama penyebab kemusnahan akhlak manusia sebaliknya manusia itu sendiri yang memusnahkannya. 

Alhamdulillah syukur
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

1 Comments

respect each other, itu kunci p'paduan.