بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Menjadi viral gambar loceng bas masa zaman 80an ke 90an di laman sosial dua tiga hari kebelakangan ini. Sesiapa sahaja yang ada pengalaman dengan loceng bas ini pasti akan menekan butang like. Tak terkecuali cx sendiri. :) Ianya satu moment yang sangat menjadi kenangan terindah.
Credited. Tq |
Sepanjang cx bersekolah menengah, memang bas awamlah yang menjadi pilihan cx untuk pulang ke kampung dan pastinya loceng inilah jodoh cx setiap kali bertemu serampang dua mata. Hehe Memang seronok nak main tekan-tekan tapi jadi fobia bila ianya cx tak dapat nak tekan. Sebab apa? Sebab loceng itu tinggi sangat. Miahaha!
Cx tak salahkan loceng. Hehe Tapi sedih sebab tiap kali nak tekan mesti tak sampai ataupun kena bertinjet. Haha. Lagi tak best bila bas penuh dan loceng jauh. Aduhai. Camno eden nak buek tu? Seperkara lagi bila loceng betul-betul atas kepala penumpang yang sedang duduk di kerusi tersebut. Haha. Semestinya cx akan cakap 'kak, tolong tekankan loceng boleh?' sambil buat muka semanis habis. Hehe. Almaklum cx tak sampai. Kih3.
Pengalaman dan kenangan manis korang dengan loceng bas yang sangat legend ini bagaimana pula? :) Seronok bila imbau kembali zaman loceng ini kan? :)
Alhamdulillah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu
4 Comments
lama dah xda bas tu
tetibe rindu nak naik bas. rindu nk dgr loceng byk kali
pernah sekali tu tekan-tekan tak bunyik..nasib ada orang lain tekankan loceng lain..