Banjir 2014 : Temerloh Pahang Kini Tenggelam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Banjir 2014 : Temerloh Pahang Kini Tenggelam


Banjir di Temerloh Pahang 2014

Fenomena Alam: Banjir 2014 semakin teruk melanda. Allahuakhbar!  Jika kita tengok pada gambar yang dikongsikan oleh saudara CX ini, semestinya kita juga turut rasa gerun. Banjir merupakan bencana alam yang kalau boleh semua orang tidak mahu dan cuba dielakkan.  Namun, perancangan daripada Allah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, siapalah kita untuk menyangkalnya. Banjir di Temerloh Pahang ini memberi kesan yang agak teruk juga ya.  Semakin banyak nyawa yang hilang khabarnya. Semakin musnah harta benda yang ada. Semakin lemah semangat para manusia yang kehilangan orang tersayang. Allahuakhbar! 

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentikanlah daripada curahan hujanmu" .. 

Kota Bharu kini sudah surut banjir tetapi kesan yang ditinggalkan, Allah. Sungguh banjir kali ini sangat teruk. Kini maklumat banjir di Temerloh juga semakin menjadi-jadi. Temerloh, rumah saudara mara cx, Allah. Semoga Allah permudahkan. Siapa sangka akan berlakunya bencana alam sebegini?  Selama kita hidup bersuka ria, kadang kala alpa akan ujian daripada Allah.  Semoga selepas ini, Allah kurniakan hikmat terhebat buat semua .  Lebih-lebih lagi para mangsa banjir 2014 di Temerloh Pahang.  Setiap yang hilang, pasti ada gantinya.  Pastinya adalah yang lebih baik kurniaan daripada Allah.  InShaaAllah.

Sumbangan untuk Mangsa Banjir di Temerloh Pahang


Kepada kawan-kawan yang mahu memberikan sebarang sumbangan, korang boleh salurkan ke tempat yang betul, benar dan berdaftar ya. Walaupun keadaan banjir, tetapi masih ada manusia yang tiada hati perut melakukan jenayah. Semoga kebaikan kalian setimpal dibalas Allah dalam membantu mangsa yang terlibat. Takziah untuk semua mangsa banjir. Sabarlah sayang, Allah sedang menguji. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Tapi kita sebagai insan yang melihat sebagai saksi keadaan, sebenarnya jentikan juga daripada Allah.  Kita juga bertanggungjawab membantu dan memudahkan urusan serta keadaan mereka.  Allah turut uji kita juga sebenarnya.  Betul tak? Allah nak didik hati dan uji sejauh mana kita boleh jihad hati di dunia ini. 

Sabarlah Sayang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

5 Comments

Iola said…
Allahuakbar..banyak negeri affected kali ini
Deanna Morni said…
Semoga mereka selamat dan bantuan smpai dengan cepat...aminnn
Mime MF said…
memang teruk sgt banjir kali ni...moga mangsa tabah...doakan terbaik bt mereka..amin..
maszull said…
assalamualaikum cx...mmg teruk banjir kali ini...
Anonymous said…
tabahkan hati mereka mereka..
Allah uji.. dapat tolong mana termampu..