Whatsapp Naik Taraf Fungsi Aplikasi: Bluetick Whatsapp

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Whatsapp Naik Taraf Fungsi Aplikasi: Bluetick Whatsapp


Jika sebelum ini, jika kita menggunakan telefon pintar, pasti kita akan muat turun aplikasi whatsapp.  Zaman teknologi hari ini, sememangnya aplikasi whatssap telah memudahkan urusan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain.  Tambahan pula, ianya mengurangkan pembayaran top-up yang banyak habis ketika berbalas mesej.  Cx juga tidak terkecuali untuk menggunakan aplikasi yang serba canggih masa kini.  Memang mudah sangat.  Kita hanya perlu ada data internet sahaja.  Whatsapp telah wujud dengan pelbagai kemudahan untuk berkongsi data, gambar, video dan sebagainya.  Sehinggakan fungsi telah dibaca atau belum pun dikemaskini.


Whatsapp Naik Taraf Fungsi Aplikasi: Bluetick Whatsappp


Kelebihan Aplikasi Whatsapp

Pada CX, banyak juga kelebihan aplikasi whatsapp ini.  Waima benda baik banyak, benda buruk juga banyak .  Cuma, baik buruknya sesuatu itu adalah hadirnya daripada diri kita sendiri.  Jika baik kita gunakan, maka baiknya hasilnya.  Jika niat kita tak berapa baik dan terpesong, makanya lainlah jadi dia.  Jadi, pada CX, antara kelebihan aplikasi whatsapp adalah:

  • Mudah untuk digunakan: Tidak rumit nak digunapakai sebab semuanya tersusun elok.
  • Boleh Pindah Maklumat: Bila guna aplikasi whatsapp, cx senang nak pindah maklumat dan data yang ada. kepada orang lain.  Tak perlu guna email sekiranya maklumat tersebut tidak formal dan nak cepat. 
  • Ada Report Penghantaran: Kita boleh tahu jika mesej kita telah dihantar atau tidak.
  • Banyak simpan data: CX suka bila banyak data kita boleh simpan.  Tidak cepat penuh storagenya.  Tetapi tetap bergantung kepada jenis telefon pintar kita juga. 


Apa Maksud Bluetick Whatsapp

Maksud Bluetick Whatsapp adalah menandakan bahawa mesej kita telah selamat dihantar dan diterima oleh penerima serta sudah dibaca.  Faham? Kalau macam sebelum ini, hanya double tick whatsapp sahaja.  Ia hanya menunjukkan mesej kita dah hantar dan diterima tetapi kita tak tahu orang itu dah baca atau belum.  Jadi, bluetick whatsapp ini lagi memudahkan urusan kitalah.  Tidaklah kita menjadi seolah-olah bagaikan pungguk rindukan bulan. 

Jadi, patutlah tadi sedang cx whatsapp sumai, tiba-tiba ada double bluetick whatsapp.  Agak pelik dan janggal ya.  Mana tidaknya, sebelum ini tak pernah pon ada.   Mesti sifat ingin tahu itu membuak-buak.  Betul tak?  Cx siap screenshoot semata-mata nak tunjuk dekat suami.  Nampak tak keterujaan seorang cx macam mana? haha. Makanya barulah cx tahu bahawa whatsapp naik taraf fungsi aplikasi mereka iaitu bluetick whatsapp.   Tahniah diucapkan kepada Whatsapp.  


Urusan Lebih Mudah dan Cepat dengan Aplikasi Whatsapp 

Ternyata dengan inisiatif whatsapp naik taraf fungsi aplikasi bluetick, cx rasa lagi mudah urusan selepas ini.  Semua benda jadi lebih cepat.  Pada cx bila dah ada bluetick whatasapp, kalau ketika itu kita nak cepat atau penting sangat untuk sampaikan maklumat, ianya memang membantu sungguh.  Mana tidaknya, dah kalau bluetick ditunjukkan tapi tiada balasan dalam masa yang dikehendaki, bolehlah kita telefon terus untuk dapatkan jawapan.  Tidaklah cx buang masa dan tidak kecil hati. Betul tak?

Contohlah, tengah beratur dekat coconut shake, kita teringat dekat adik juga, jadi, kita pon whatsapp tanya nak ke tidak? Bila kita dah hantar mesej tapi dia hanya bluetick, bolehlah cx terus sahaja telefon tanya.  Lagi cepat dan mudah.  Tidak buang masa. Jadi, ayuhlah kita gunakan aplikasi masa kini dengan betul dan tidak menyonsang.  Semoga Allah lindungi kita daripada berbuat kejahatan.  InshaaAllah . 

Teknologi Semakin Maju
Lahirkanlah Keijhlasan Dihatimu

Post a Comment

12 Comments

Wanie Masduki said…
hehe..tu lah, baru tau tadi..ingatkan kenapa warna biru..tapi ok gak tu, cuma akan menyebabkan statistik bergaduh makin tinggi la kot..kih3..i think u know what i mean..
Unknown said…
oooo...paham2...lepas ni dah x boleh nipu2 lagi..hihi
Najlaa 'Aqilah said…
last seen je pun dah boleh buat gaduh, blue tick..ermm..habis laa.. haha

sincerely,
Najlaa 'Aqilah
Luqman Zakaria said…
kat whatsapp luqman xde pon jadi macam tuh lg..huhu
Unknown said…
kmk xda wassap koh. tedah kmk tek. kat sitok xda line 3g. susah mok online k phone. tok online makei internet vsat.
Shida Radzuan said…
ada yg ade..ade yg xde hehee..double tick blue tu..
Deanna Morni said…
kamek bok tauk juak...tedah kamek..heheheeh
Amelia said…
eh, kebetulan pula. saya pun terkejut tadi tengok ada tick2 warna biru..


kawan cakap tadi, kalau whatsapp orang tu x update, kita xkan dapat tengok tick biru tu. unless dua2 dah update whatsapp..
Unknown said…
kesian org yg bcinta mesti bperang habis klau dh baca tp tak balas dgn segera..:p mungkin tjadi kat sstgh psangan je kot.. benda kecil..boleh settle..:)
Cik Rose said…
yang updated je ada tick biru tu. ug tak updated still kekal yang lama ;)
Anonymous said…
kekekek ramai orang tak puas hati dengan blue tick :P hahaha. katanya boleh mendatangkan pergaduhan. hahaha tapi kitalah kena pepandai. kalau tengok blue tick dah.. then kawan tak reply. lepas tu sentap.. kena tngk jugaklaaaa hahaha
Owh..kenapa saya xtau ni?
Ermmm...outdatesd:)
Haha..