Bunyi Tembakan di Stesen Minyak Petronas Ayer Molek, Melaka.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Bunyi Tembakan di Stesen Minyak Petronas Ayer Molek, Melaka.

Sekarang ini banyak betul kes yang tiba-tiba terjadi dan paling cemas bila ianya berlaku dekat dengan kita atau keluarga. Baru sahaja sebentar tadi cx dapat berita daripada seseorang menyatakan adanya berlaku kes tembakan di petronas Ayer Molek Melaka.  Cx tak dapat maklumat sahih berkenaan kes ini.  Dikatakan ianya berlaku kira-kira dalam pukul tiga atau empat petang yang lalu.  Risau juga sebab nenek dan atok cx ada berhampiran di kawasan tersebut setiap hari.  

Lepas sahaja cx dapat tahu berita ini, terus whatsapp emak dekat rumah.  Waktu ini cx tak ada dekat rumah emak.  CX cerita hal tembakan ini dekat emak, emak pon cemas dan risau juga jadinya.  Terus emak cx telefon nenek dan atok di Ayer Molek.  Syukur Alhamdulillah nenek dengan atok tiada apa-apa.  Korang bayangkan petronas itu seberang jalan sahaja daripada kawasan lepak harian nenek dan atok cx.  Mana tak risau dibuatnya.  Dahlah mereka pon sudah berusia. Minta simpanglah perkara buruk yang terjadi.  Semoga Allah kurniakan perlindungan kepada nenek dan atok cx walau dimana pon mereka berada. Amin. 



Bunyi Tembakan di Petronas Ayer Molek

Kronologi Cerita Disebalik Bunyi Tembakan


Melalui sumber yang boleh cx percayai, katanya senapang pengawal keselamatan di Stesen Minyak Petronas Ayer Molek, terjatuh dan meletup.  Apa yang dimaksudkan dengan meletup macam mana itu, cx tak pasti.  Berkemungkinan pengawal keselamatan terlepas senapang atau pistol daripada pegangan.  Agaknya terlepas dan bila jatuh ke bawah, berlakulah tembakan yang tidak disengajakan.  

Namun, ianya menjadi agak kecoh disebabkan bunyi tembakan yang secara tiba-tiba di kawasan stesen minyak ptronas Ayer Molek, Melaka.  Siapa tak kecoh dan panik bila adanya bunyi tembakan di stesen pam minyak.  Betul tak? Semua orang panik.   Kes masih dibawah siasatan polis.  SEmoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku.  InShaaAllah. Mudah-mudahan yang baik-baik sahaja hendaknya. Amin. 


Doakan yang baik-baik
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

3 Comments

Unknown said…
bahaya eh. dah dekat peronas. gne juak senapang ya terus tertembak oo, x di lock ka senapang ya
Bahaya juga jadi macam tu. sebab jatuh aje boleh tertembak.
Anonymous said…
Harap xder lah yg cedera, adohhh... bahaya gak klu kna org awam...