بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Mengigau dikategorikan sebagai parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat. - Rossa Calla
Gambar Tiada Kaitan. HAHAH! |
1. Layankan Sahaja
Biasa orang yang mengigau ini dalam keadaan separa sedar, makanya dia akan bercakap bertanya menjawab dan memarahi sesuka hatinya. Makanya layankan sahaja sebab kalau korang layan, ianya amat mencuit hati. Biasanya masa macam inilah kita boleh tanya benda yang jujur, sebab memang akan dapat jawapan yang jujur juga.
2. Buat Tak Tahu
Abaikan sahaja orang yang sedang mengigau itu kerna apabila diabaikan, mereka lebih suka bermonolog sendiri. Sebab alam mereka ketika itu adalah alam mimpi dimana para manusia yang terlibat adalah wujud hanya pada pandangan mata mereka.
3. Kejutkan
Kalau boleh tolong kejutkan diorang tapi susah sebenarnya nak kejutkan mereka kerna silap hari bulan, korang menjadi mangsa terjebak dalam alam mengigau mereka. Bahaya kalau keadaan mereka ketika itu sedang memarahi atau dalam keadaan cemas.
Okay, ini sahaja cara untuk korang hadapi orang yang mengigau. Jangan korang marah orang yang mengigau itu sudahlah sebab ianya mampu membahayakan diri anda. *terkadang boleh sentap juga bila berdepan dengan orang yang mengigau ini. So, stay cool bebeh!
Simpan diam-diam
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu
5 Comments
setuju yg no 1. sebab pernah tnya kawan yg mengigau. mmg gelak pcah perotla
bawak tong sampah kat ruang tamu
dihamburnya sampah di tengah2 rumah
lepas buat sampah, dia sambung tdo balik
kelakar betul
layankan memang best. eeyh trying to recall CT ada penah ngigau tak. maaluuuunya.