Penyakit KAYAP

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

kali ini cx nak kongsikan tentang kayap. semoga entry kali ini bermanfaat buat semua. mencegah itu lebih baik daripada mengubati. InsyaAllah. sila jaga kebersihan ya kawan-kawan semua! :)

Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masalah penyakit kanser. 

Kajian membuktikan sebanyak 55% kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, 20% di bahagian muka, 15% di bahagian bawah pusat ke bawah manakala 5% berlaku di bahagian sulit dan punggung. antara petua merawat kayap adalah;

credit : Mr.Google
Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:

1) Cepat-cepat berjumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.

2) Elakkan memakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.

3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)

4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah

5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal-gatal, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal-gatal.

6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.

7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan-rakan dikhuatiri mereka akan dijngkiti pula.

8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal-gatal. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal-gatal dan goreng-goreng cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.

9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai, timun, labu)

10) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

sumber:
anihamiza
baca-blogspot
setiap penyakit ada ubatnya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

0 Comments